Sebelum anda mengambil sesuatu polisi takaful atau insuran, pastikan
anda ambil langkah yang betul bagi memastikan anda tidak mengambil
polisi yang anda sendiri tidak faham dan akan menyusahkan anda di
kemudian hari.
Baca kontrak polisi dengan teliti
Selepas anda menerima polisi dari syarikat insuran atau takaful,
pastikan anda baca dan fahami terma serta syarat polisi yang anda
terima. Anda sebenarnya mempunyai 15 hari daripada tarikh penerimaan
polisi tersebut untuk meneliti semua isi kandungan polisi.
Pastikan manfaat yang terkandung dalam polisi tersebut adalah sama
seperti apa yang anda setuju ketika mendaftar pelan takaful tersebut.
Ini adalah peluang anda untuk memastikan maklumat yang diterima adalah
betul dan polisi juga menepati keperluan anda.
Jika terdapat pertanyaan berkenaan polisi tersebut, hubungi ejen anda untuk dapatkan penjelasan dan maklumat lebih lanjut.
Kepentingan pendedahan
Adakah anda pernah pernah dengar cerita atau kisah di mana pemilik
takaful yang kecewa kerana gagal untuk membuat tuntutan perubatan? Salah
satu faktor utama kegagalan membuat tuntutan perubatan tersebut adalah
kerana tidak mendedahkan fakta dan maklumat kesihatan yang betul ketika
mendaftar pelan takaful.
Anda hendaklah mendedahkan semua maklumat dan fakta kesihatan anda
ketika mengisi borang permohonan. Pastikan ejen anda juga tahu tentang
maklumat kesihatan anda dan mengisinya di dalam borang permohonan.
'Jika anda sudah mempunyai penyakit, syarikat takaful selalunya tidak akan tanggung kos perubatan penyakit tersebut.'
Pihak syarikat takaful atau insuran juga berhak untuk menolak permohonan anda.
Pembelian polisi insurans
Cara paling mudah untuk anda mendapatkan polisi insuran atau takaful
adalah dengan melalui ejen takaful yang berdaftar. Selain itu, anda jug
boleh terus pergi ke syarikat insuran atau bank/institusi kewangan yang
menawarkan pelan insuran.
Jika anda berurusan dengan ejen takaful, pastikan anda lihat dahulu kad
kuasa ejen tersebut. Jika masih ragu-ragu, anda boleh terus hubungi
syarikat takaful tersebut untuk mendapatkan pengesahan. Semua ejen yang
sah mestilah berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) atau
Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).
Pembayaran premium
Kebanyakan pemilik polisi lebih gemar untuk buat bayaran premium takaful atau insuran melalui online transaction kerana lebih mudah dan cepat. Untuk lebih selamat, anda juga boleh buat auto deduct dari kad kredit anda supaya anda tidak tertinggal bayaran setiap bulan.
Anda juga boleh buat bayaran premium tersebut terus kepada syarikat
takaful atau melalui bantuan ejen takaful anda. Pastikan setiap bayaran
yang anda buat mestilah atas nama syarikat takaful tersebut dan juga
dapatkan resit bayaran tersebut.
Anda tidak digalakkan untuk menyerahkan tunai terus kepada ejen takaful
atau insuran anda. Kenapa? Ini bagi mengelakkan kes tidak amanah ejen
anda yang mungkin tidak membuat bayaran tersebut kepada syarikat takaful
atau insuran.
Sumber : BNM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan