Kenapa perlu ambil insuran untuk pembiayaan perumahan anda?Supaya waris
anda tidak perlu menanggung hutang tersebut jika sesuatu berlaku
terhadap diri anda. Jika anda mempunyai insuran, pembiayaan rumah anda
dengan pihak bank akan ditanggung oleh syarikat insuran dan rumah anda
bebas dari hutang tertunggak.
Terdapat dua jenis insuran untuk pembiayaan perumahan iaitu Mortgage
Level Term Takaful (MLTT) dan Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT).
Kedua-dua jenis insuran ini adalah patuh syariah.
Berikut adalah beberapa perbezaan antara MLTT dan MRTT.
Mortgage Level Term Takaful (MLTT)
MLTT mempunyai manfaat di mana pihak syarikat takaful tersebut akan menanggung berdasarkan jumlah pembiayaan yang awal.
Contohnya :
Jumlah pembiayaan rumah : RM200,000
Selepas 10 tahun, baki pembiayaan : RM150,000
Jika berlaku kematian terhadap individu tersebut, pihak takaful
akan menanggung jumlah sebanyak RM200,000 walaupun baki hanya tinggal
RM150,000. Dalam kes di atas, pihak syarikat takaful akan memberikan wang
sejumlah RM200,000 kepada waris atau penama dan menjadi tanggungjawab
penerima tersebut untuk melunaskan baki pembiayaan tersebut kepada pihak
bank.
Jenis takaful ini lebih menguntungkan kerana bukan sahaja dapat menyelesaikan
baki hutang tertunggak tetapi juga waris akan menerima wang pampasan
tambahan.
Namun, jumlah premium yang perlu dibayar juga adalah sangat tinggi dan
biasanya perlu dibayar setiap tahun. Untuk perlindungan jenis ini, individu
tersebut biasanya perlu menggunakan wang sendiri kerana tidak termasuk
dalam pembiayaan perumahan.
MLTT juga boleh di pindah milik ke unit rumah yang lain jika anda mahu menjual rumah sedia ada.
Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT)
MRTT pula menyediakan manfaat di mana takaful ini hanya menanggung jumlah hutang yang tertunggak sahaja.
Contohnya :
Jumlah pembiayaan rumah : RM200,000
Selepas 10 tahun, baki pembiayaan : RM150,000
Jika berlaku kematian terhadap individu tersebut, pihak syarikat insuran
hanya akan menanggung jumlah baki pembiayaan iaitu RM150,000. Untuk
insuran ini, fungsi utama adalah untuk menanggung baki pembiayaan dengan
pihak bank tanpa memberikan pampasan tambahan kepada waris.
Pihak bank biasanya menawarkan pembiayaan tambahan untuk insuran ini.
Selain itu, bayaran premium pula hanya dibayar sekali sahaja.
Jika anda seorang pelabur hartanah..
Anda mungkin boleh mengambil MRTT kerana premium tersebut boleh
dimasukkan ke dalam pembiayaan hartanah. Jadi, anda tidak perlu
mengeluarkan wang tambahan.
Anda juga boleh mengambil MLTT jika anda mahu jual rumah tersebut dalam masa terdekat atau anda mahu refinance rumah tersebut. Anda boleh pindahkan insuran ini ke unit rumah anda yang lain atau baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan