Memiliki Takaful atau 'Medical Card' pada usia yang muda adalah sesuatu
yang perlu bagi mengelakkan masalah kesesakan wang bagi tujuan
perubatan.
Sebelum memilih kad perubatan yang sesuai dengan anda, terdapat beberapa faktor yang perlu anda tahu.
Berikut adalah faktor yang perlu anda ambil kira sebelum membuat keputusan memiliki kad perubatan anda.
PerundingTakaful
Kebanyakan kad perubatan yang ditawarkan di Malaysia adalah mempunyai
ciri yang lebih kurang sama sahaja. Namun, apa yang membuatkan kad
perubatan tersebut nampak lebih baik adalah servis tambahan yang
ditawarkan oleh Perunding Takaful anda.
Pastikan perunding takaful anda adalah seorang yang bertauliah dan mahir
tentang produk dan perkara berkaitan takaful supaya perunding tersebut dapat
membantu anda ketika anda memerlukan.
Jika kali pertama menggunakan kad perubatan, anda mesti mempunyai
perasaan ketidakpastian. Oleh itu, anda boleh rujuk kepada Perunding anda.
Selain itu, perunding takaful yang menjaga anda secara full time adalah lebih baik berbanding perunding takaful part time. Ini kerana mereka mempunyai masa yang lebih banyak untuk menjawab segala persoalan anda dan juga membantu anda.
Salah satu ciri-ciri perunding takaful yang baik adalah apabila anda
mempunyai rasa 'percaya' terhadap perunding tersebut. Anda inginkan seseorang
yang boleh menjaga anda ketika anda memerlukan dan bukan hanya fokus
pada komisyen sahaja.
Kelebihan dan kekurangan kad perubatan
Setiap kad perubatan yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat pengendali takaful
pastinya mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Pastikan anda memahami
segala kelebihan dan juga kekurangan kad perubatan tersebut.
Sebab itu ada diantara syarikat pengendali takaful menawarkan pelbagai pakej kad
perubatan yang sesuai mengikut gaya hidup anda. Semakin banyak pilihan,
semakain mudah untuk anda memilih kad perubatan yang sesuai dengan gaya
hidup anda.
Setiap orang tidak mempunyai gaya hidup yang sama dan mungkin memerlukan jenis kad perubatan yang berbeza.
Kemampuan
Faktor lain yang perlu anda lihat adalah kemampuan anda untuk membuat
caruman setiap bulan. Pastikan caruman tersebut sebaiknya adalah tidak
melebihi 10% dari gaji anda setiap bulan.
Ini bagi mengelakkan anda membuat bayaran yang terlalu tinggi untuk kad perubatan anda.
Selain itu, jika anda mempunyai masalah caruman setiap bulan, kad
perubatan anda mungkin terpaksa dihentikan kerana tiada caruman bulanan
seperti yang dijanjikan.
Caruman bulanan adalah berbeza mengikut beberapa faktor seperti umur,
jantina, jenis pekerjaan dan juga gaya hidup. Semakin meningkat usia
kita, semakin tinggi caruman yang perlu anda sediakan. Ini kerana orang
yang lebih tua adalah berisiko tinggi berbanding orang muda.
Kelancaran penggunaan Kad Perubatan Tersebut
Antara punca ramai pemilik kad takaful menjadi marah dengan syarikat pengendali takaful adalah kerana masalah penggunaan kad perubatan. Kadang-kadang
terdapat beberapa syarat yang perlu anda ikut sebelum anda boleh gunakan
kad perubatan tersebut.
Oleh itu, pastikan kad perubatan yang anda pilih adalah sangat lancar penggunaannya. Anda boleh dapatkan nasihat atau mereka yang berpengalaman dalam menggunakan servis dan perkhidmatan kad perubatan.
Oleh itu, pastikan kad perubatan yang anda pilih adalah sangat lancar penggunaannya. Anda boleh dapatkan nasihat atau mereka yang berpengalaman dalam menggunakan servis dan perkhidmatan kad perubatan.
Ingin dapatkan Medical Card termurah di pasaran? KLIK SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan