Selasa, 22 November 2016

BEGINI RASANYA BILA NAIK 'FIRST & BUSINESS CLASS' QATAR AIRWAYS

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Siapa sangka, sebelum ini saya hanya simpan angan-angan untuk menaiki penerbangan kelas premium.

Walaupun masih bergelar pelajar dan tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap, namun tiada yang mustahil dalam hidup jika kita berusaha untuk mencapainya.

Rezeki Allah dah tetapkan, simpan cita-cita serta usaha yang selayaknya untuk menggapai impian kita.
Okay untuk kali ini, saya ingin kongsikan pengalaman menaiki First & Business Class dari Kuala Lumpur-Doha-Cairo serta beberapa tips tambahan.

1. CHECK IN
Sebelum penerbangan lagi, dah dapat merasa kelebihan menaiki penerbangan kelas premium. Okay untuk kelas premium akan ada kaunter khas untuk daftar masuk.

Untuk penerbangan kali ini, anggaran kasar hanya 30 kerusi kelas premium. Jadi memang tak payah nak beratur panjang untuk check in, dalam setengah jam dah siap. Berbanding kelas ekonomi, masa untuk daftar masuk sahaja dah mengambil masa hampir sekitar 2 jam.

TIPS 1: Anda boleh mendaftar masuk di kaunter Business Class walaupun menaiki kelas ekonomi dengan syarat anda memiliki kad loyalti penerbangan tersebut, sekurang-kurangnya kad anda berstatus Silver.

2. LOUNGE
Okay dah siap check in, sekarang ada masa sekitar 2 jam lagi sebelum penerbangan. Jadi untuk mengisi waktu ini, anda bolehlah menunggu di dalam lounge Plaza Premium.

Walaupun tak semewah dan secantik KLIA Golden Lounge, tapi bolehlah untuk rehatkan badan sambil makan makanan yang ada di dalam lounge tersebut. Untuk yang tidak mengetahui, anda boleh makan dan minum secara PERCUMA di dalam lounge tersebut, jadi jangan ragu ragu dan makanlah sepuas-puasnya.

TIPS 2: Bagi yang ingin memasuki lounge Plaza Premium tanpa menaiki penerbangan kelas premium, anda juga boleh memasuki lounge tersebut dengan bayaran RM150 ++ untuk 2 jam.

3. WAKTU PENERBANGAN
Jadi inilah waktu yang ditunggu-tunggu, waktu untuk terbang. Yang pasti penerbangan kali ini bukanlah seperti penerbangan biasa, tetapi penuh keselesaan dan kebahagiaan, haha.

Layanan adalah berbeza mengikut syarikat penerbangan. Apa yang menarik mengenai Qatar Airways, kita boleh memesan apa jua makanan di dalam menu pada bila-bila masa. Jadi kalau rasa nak makan, order je. Tiada waktu yang tetap untuk makan seperti kelas ekonomi.

Sewaktu ‘boarding time’ pramugari akan memberikan minuman ‘pre-departure drink’ serta mengagihkan Amenity Kit berjenama Giorgio Armani dan pijama untuk keselesaan sewaktu penerbangan.

Dengan konfigurasi kerusi 2-2-2 ruang tempat duduk amatlah luas serta selesa. Bukan itu sahaja, kerusi juga dapat dilaraskan menjadi ‘flat bed’. Pergh memang syok weh tidur. Penerbangan 8-10 jam pun tidak menjadi masalah.

Mungkin yang ini tidak berapa special bagi sesetengah orang, tetapi berbaloi untuk dinyatakan di dalam artikel ini.

Walaupun hanya ada sekitar 30 kerusi kelas premium, tetapi ada 4 tandas yang disediakan. Kalau nak pergi ke tandas tak perlu nak menunggu lama dan tandasnya sentiasa bersih.

TIPS 3: Beradab semasa berinteraksi dengan pramugari atau pramugara. Anda berkemungkinan besar akan mendapat makanan tambahan atau freebies. Tidak memakai headphones semasa berinteraksi adalah salah satu cara menunjukkan anda menghormati mereka.

4. TRANSIT
Sejujurnya, saya tak pasti yang mana lagi seronok, sama ada sewaktu penerbangan atau sewaktu transit. Keduanya memberikan pengalaman yang sama-sama seronok tetapi cukup berbeza.

Untuk penerbangan kali ini sengaja saya memilih transit yang lama iaitu 9 jam padahal transit 1 jam pun ada. Dah kenapa kan pelik sangat perangai kau ni Taqim. Haaa sekarang meh nak bagitau kenapa pilih transit sampai 9 JAM.

Sebagai pemegang tiket First Class, keluar sahaja daripada kapal terbang terus menuju ke First Class Al Safwa Lounge. Sukar untuk digambarkan secara terperinci mengenai lounge ini melalui penulisan. Selepas ni anda bolehlah melihat gambar yang disediakan bersama artikel ini.

Lounge ini terletak di tingkat 3 di dalam Hamad International Airport, Doha. Ini menambahkan keunikan lounge itu sendiri kerana untuk ke pintu masuk lounge tersebut, anda perlu menaiki satu eskalator yang panjang bermula dari tingkat 1 ke tingkat 3.

Apa yang menarik mengenai lounge ini, anda diberikan satu bilik khas jika transit melebihi 6 jam. Ya saya ulang satu bilik khas, dah macam hotel dah kan? Bukan setakat dapat berehat, nak mandi dan tidur pun boleh semasa transit.

Bayangkan sebesar-besar lounge tersebut, mungkin kurang daripada 100 orang penumpang yang tengah transit dalam tu. Secara psikologi anda akan berasa macam orang penting.

Untuk makluman, Yang di-Pertuan Agong dan juga Tun Dr Mahathir serta isterinya pernah ke lounge ini. 9 jam berlalu, sekarang tiba masanya untuk ke destinasi seterusnya, iaitu, Kaherah, Mesir.

TIPS 4: Kalau anda pemegang tiket First Class, Anda boleh memasuki mana mana lounge yang lain seperti Al Mourjan Lounge (Business Class).

TIPS 5:  Tips untuk lounge, pemegang kad gold dapat masuk bisnes class golden lounge Malaysia Airlines bawa teman seorang. Pemegang platinum kad dapat masuk first class lounge Malaysia Airlines bawa 2 teman walaupun 3 orang tu semua naik kelas ekonomi.

TIPS 6:  Tips check in. Silver member dapat check in extra 10kg tanpa caj tambahan, gold dapat 15kg, platinum dapat 20kg tak kira tiket penerbangan kelas apa.
Pemegang kad platinum jika naik kelas economi total berat beg yang dibenarkan ialah 45kg + 20kg = 65kg. Pemegang kad platinum jika naik kelas bisnes total berat beg dibenarkan ialah 65kg + 20kg = 85kg.

TIPS 7: Tips waktu penerbangan, kalau flight overbook akan ada pemegang tiket economi yang diupgrade. Waktu ini dikira sebagai cabutan bertuah. Keutamaan akan diberi kepada ahli kad platinum. Jadi tak rugi daftar frequent flyer mana tau anda seorang sahaja ahli hari tu maka anda akan diupgrade walaupun anda berstatus paling bawah. It already happened to me, twice – Mohd Hisham Rosslan

Plaza Premium KLIA

Buffet di Plaza Premium KLIA



Minuman Ringan Selamat Datang

Pijama untuk kegunaan semasa penerbangan

Menu

Menu Makanan

Sentuhan yang simple tapi terus memberikan gambaran yang premium



Pramugari Qatar Aiways

'Kacang Manis' & 'Ais Krim'

Kerusi boleh laras - Selamat Malam

Amenity Kit by Gergio Armani

Long Escalator

Al Safwa First Lounge Transit

Al Safwa Room

Al Safwa Room - Bahagian dalam

Al Safwa Room - Bahagian dalam

Al Safwa Room - Bahagian dalam

Al Safwa Lounge - Ruang legar

Al Safwa Lounge - Tempat makan

Al Safwa Lounge - Tempat makan


Al Safwa Lounge - Tempat berwuduk

Al Safwa Lounge - Bilik Sholat















Dah itu sahaja untuk kali ini. Di kesempatan ini, ingin saya ucapkan terima kasih kepada Mohd Hisham Rosslan dan Syazana Jasman sebagai peneman sepanjang trip kali ini.

Kalau ada rezeki ingin saya berkongsi mengenai pengalaman menaiki kelas ekonomi tetapi yang syoknya dapat masuk lounge dan dijemput sebaik sahaja keluar daripada kapal terbang. Jumpa lagi di lain kali.

Sumber : Ahmad Mustaqim (The Vocket)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan