Apa itu Private Retirement Scheme (PRS)? PRS adalah satu pelaburan untuk
jangka masa panjang untuk dijadikan sebagai simpanan persaraan. PRS
diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu meningkatkan lagi simpanan
persaraan selain dari KWSP.
Bagi golongan muda yang berusia 20 hingga 31 tahun, anda berpeluang
untuk mendapat insentif sebanyak RM500 jika membuat simpanan sebanyak
RM1,000 dalam masa setahun. Contohnya, anda menyimpan RM100 setiap bulan
dan jumlah terkumpul adalah RM1,200. Ini bermakna anda akan menerima
insentif tersebut sebanyak RM500.
Namun, melalui perbentangan Bajet 2017 yang lepas, kerajaan telah
mengumumkan untuk meningkatkan insentif tersebut dari RM500 ke RM1,000.
Akaun PRS terbahagi kepada dua akaun iaitu Akaun A dan Akaun B.
Akaun A
Jumlah simpanan yang akan masuk ke dalam Akaun A adalah sebanyak 70%
dari jumlah simpanan anda. Simpanan dalam Akaun A hanya boleh
dikeluarkan ketika anda berumur 55 tahun atau umur persaraan.
Akaun B
Jumlah simpanan yang akan masuk ke dalam Akaun B pula adalah sebanyak
30% dari jumlah simpanan anda. Anda hanya boleh mengeluarkan simpanan
dalam Akaun B setahun sekali sahaja tetapi akan dikenakan cukai penalti
sebanyak 8% dari jumlah yang dikeluarkan.
Untuk makluman, insentif yang diberikan akan dimasukkan ke dalam akaun A
dalam bentuk pembelian unit. Oleh itu, pengeluaran tidak boleh
dilakukan.
Pelepasan Cukai
Jika anda menyimpan di dalam PRS, anda boleh mendapat pelepasan cukai
individu sebanyak RM3,000 setahun. Oleh itu, gunakan sebaiknya skim PRS
ini bagi mengurangkan cukai pendapatan anda.
Penyedia/Pengedar PRS
Jika anda mahu mendaftar akaun PRS, anda boleh menghubungi penyedia PRS
seperti Affin Hwang Investment, AIA Pension and Asset Management,
Public Mutual, CIMB Principal Asset Management dan banyak lagi. Anda
juga boleh menghubungi ejen atau konsultan yang berdaftar dengan
syarikat tersebut.
Dana yang sesuai
Setiap individu boleh memilih sendiri dana pelaburan yang ingin mereka
sertai. Anda juga boleh menyertai lebih dari satu dana pelaburan.
Berikut adalah beberapa jenis dana yang sesuai mengikut umur anda:
Growth - Sesuai untuk individu yang berumur di bawah 40 tahun.
Dana ini akan dilaburkan 70% dalam pasaran ekuiti dan 30% lagi di dalam
pasaran wang dan dana berpendapatan tetap..
Moderate - Sesuai untuk individu yang berumur antara 41 tahun
hingga 50 tahun. Dana ini akan dilaburkan 60% dalam pasaran ekuiti dan
40% lagi di dalam pasaran wang dan dana berpendapatan tetap.
Conservative - Sesuai untuk individu yang berumur 50 tahun ke
atas. 80% akan dimasukkan ke dalam dana berpendapatan tetap dimana 20%
daripadanya akan dilaburkan ke dalam pasaran wang dan baki 20% dalam
pasaran ekuiti.
Jenis dana serta kesesuaian di atas adalah cadangan sahaja. Anda boleh
pilih selain dari pilihan diatas mengikut pilihan sendiri.
Berapa keuntungan?
Contoh situasi:
Umur : 25 tahun
Gaji : RM3,000
Kenaikan gaji setahun : 3%
Baki KWSP : RM25,000
Caruman PRS : 10% dari gaji
Kadar keuntungan PRS : 6% setahun
Ketika umur 55 tahun:
Jumlah simpanan PRS : RM409,000
Jumlah simpanan KWSP : RM604,000
Jumlah keseluruhan : RM1,000,000+-
Berdasarkan pengiraan diatas, simpanan PRS dan KWSP membolehkan anda memperoleh simpanan sebanyak RM1juta.
Pengiraan keuntungan seperti diatas, sila guna Kalkulator PRS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan