Secara asasnya, kesemua di atas ialah Gadai Janji. Bahasa mudahnya
insurans untuk protect loan rumah kita. Loan ya… Bukan rumah… Iaitu
perlindungan yang dibuat khusus untuk menyelamatkan pihak yang memberi
pinjaman (Bank) dan juga pihak yang meminjam (Pembeli Rumah) sekiranya
pihak yang meminjam tidak dapat meneruskan bayaran ansuran pinjaman
disebabkan telah meninggal dunia atau pun hilang upaya kekal.
Sebenarnya
benda-benda tu hampir sama tapi memang tak serupa. Mula-mula anda semua
kena tahu dulu maksudnya seperti di bawah ni :-
1) MLTT – Mortgage Level Term Takaful
2) MRTT – Mortgage Reducing Term Takaful
3) MLTA – Mortgage Level Term Assurance
4) MRTA – Mortgage Reducing Term Assurance
Yang berbeza cuma pada perkatan Takaful, Assurance, Level dan Reducing.
Senang saja nak faham. Pertama, Takaful vs Assurance. Yang Takaful tu
patuh syariah dan yang Assurance tu tidak patuh syariah sebab dia
konvensional. Kedua, Level vs Reducing. Yang Level maksudnya jumlah
perlindungan berkadar rata atau sama di sepanjang tempoh perlindungan
berkuatkuasa dan yang Reducing tu pulak bermaksud jumlah perlindungan
berkurang mengikut baki pinjaman di sepanjang tempoh perlindungan.
Gambarajah bawah boleh membantu kita untuk lebih faham :-
Apabila berlaku risiko pada tahun ke-10, waris akan mendapat wang lebihan sebanyak RM100,000 + nilai tunai setelah baki pinjaman diselesaikan oleh pengendali takaful kepada pihak bank. |
Apabila berlaku risiko pada tahun ke-10, waris tidak menerima sebarang wang selepas baki pinjaman diselesaikan oleh pengendali takaful |
Kenapa ada Assurance atau Takaful? Sama macam perlindungan yang lain-lain, ada jenis konvensional dan ada jugak yang takaful.
Kenapa ada Reducing atau Level? Yang ni pada dasarnya sebagai memberi
pilihan kepada peminjam mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing.
Boleh dikatakan, jenis Level mempunyai banyak kelebihan tersendiri
berbanding yang Reducing. Perbezaan antara Reducing dan Level boleh
dilihat melalui jadual berikut MLTT & MRTA :-
Jadi terpulang lah kepada kebijaksanaan dan keperluan masing-masing yang mana lebih bersesuaian untuk pembelian perumahan anda. Anda wajib tahu, anda berhak menolak sekiranya wakil bank pinjaman anda ingin menawarkan MRTA/MLTA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan