Khamis, 24 November 2016

9 HAK PEKERJA INI PERLU KAMURANG MAU TAU

Masih ramai lagi pekerja tidak berapa faham mengenai hak-hak pekerja. Jika kamurang ditindas di tempat kerja pun kamurang biar seja. Kamurang kena tahu sebagai pekerja mempunyai akta sendiri yang telah digubal oleh kerajaan. Ini untuk menjaga kepentingan dan melindungi hak pekerja semua daripada ancaman majikan. Ada sesetengah tempat kerja ni hanya menjaga kepentingan syarikat mereka sendiri tapi kebajikan pekerja diabaikan.

Akta itu dikenali sebagai Akta Pekerja 1955 ( Employment Act 1955 ). Akta ini merangkumi banyak sektor dan bahagian. Memang banyak kalau kita mau tau. Ini sebahagian yang kamurang kena tahu. Majikan bukan ada 100 peratus hak ke atas kamurang bila time kerja. Kalau kamurang tiada masalah pun di tempat kerja, bah mari kita baca artikel ini untuk tambah pengetahuan am kamurang. Antara Akta-akta tersebut adalah :-

#1 Golongan apakah yang dilindungi di bawah Akta Pekerja 1955














Tak kisah lah kamurang kerja apa, full time, part time, mahupun pekerja kontrak sekalipun. Gaji kecil atau besar. Undang-undang kamurang adalah sama dan masih dibawah Akta Pekerja 1955. Dan setiap satu akta berkaitan dengan akta lain. Jadi contohnya kamurang ni hanya pekerja kontrak, jangan risau kerana kamurang juga mempunyi hak untuk dilindungi. Contoh situasi kalau kamurang mau buat aduan mengenai majikan kamurang, mestilah mau kena ada bukti yang kukuh dan bukan mudah proses ini.


#2 Hak-hak yang terkandung di bawah Akta pekerja














Banyak jenis hak yang ada, contoh yang dapat kami senaraikan ialah, maksima waktu kerja sehari, jumlah cuti, kamurang punya gaji, potongan gaji, cuti bersalin, dan banyak lagi. Dan setiap satu hak ni masih banyak lagi huraiannya. Contohnya; Cuti bersalin, tempoh waktu cuti sebelum bersalin dan selepas bersalin, pengesahan kamurang bersalin dan selepas melahirkan anak. Pengesahan ini boleh dibuat oleh ahli keluarga ke atas majikan kamurang tempat bekerja itu. Dalam tempoh bersalin jugak kamurang tidak dibenarkan untuk kerja berat-berat. Tapi jangan jadi malas pulak!


#3 Waktu Kerja Dalam Sehari














Biasa nya kenyataan ini terdapat dalam kontrak yang telah kamurang tandatangan sebelum masuk kerja yang dipersetujui antara kamurang dengan majikan. Jadi nasihat di sini baca betul-betul tu kontrak sebelum kamurang tandatangan apa-apa kontrak. Seperti semua orang tahu waktu bekerja biasa ialah 8 jam sehari tidak termasuk rehat iaitu 1 jam. Dan rehat itu wajib! Diperuntukkan untuk setiap pekerja. Kesimpulannya tempoh maksima dalam seminggu adalah kurang dari 48 jam. Tapi ini di atas persetujuan bersama antara majikan dan pekerja.


#4 Kerja lebih masa 














Maksud di sini ialah waktu kerja melebihi dari yang ditetapkan dalam satu hari (OVER TIME). Dibawah Akta ini jugak ada akta lain-lain yakni kadar bayaran kerja lebih masa dan tempoh had kerja lebih masa dalam sebulan ialah tidak boleh melebihi 104 jam dalam sebulan. Cara bayaran lebih masa pula adalah 1 1/2 sejam dari gaji kamurang sehari (1 jam) pada hari biasa, hari rehat dan cuti am.


#5 Tempoh Masa Gajian Setiap Bulan













Ini penting juga kerana ini mengenai gaji kamurang. Jadi tempoh yang telah ditetapkan oleh undang-undang ialah sebulan untuk tempoh gaji. Kalau dalam kontrak tiada menyatakan tempoh gaji. Ia akan tetap 1 bulan seperti yang telah ditetapkan. Tempoh pembayaran pula tidak boleh lewat selepas 7 hari dari tempoh gaji sebulan. Jika majikan kamurang mau bayar lewat dari 7 hari tu, dia kena mempunyai bukti kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia atau Sabah & Sarawak.


#6 Pekerjaan yang dilarang untuk wanita















Kerja bawah tanah ialah antara contoh pekerjaan yang tidak dibenarkan untuk wanita. Macam tidak logik juga lah kan perempuan bekerja di bawah tanah. Contoh sebagai cari gali, pembinaan atau sebagainya. Nampak remeh tapi benda ni wajib tahu. Selain itu waktu bekerja dari 10 malam hingga 5 pagi di atas sektor perusahaan dan pertanian. Melainkan mendapat pengecualian daripada Ketua Pengarah Buruh.


#7 Majikan langgar kontrak














Okey kalau gaji kamurang lambat terima yakni lebih dari tempoh 7 hari selepas tamat waktu sebulan. Majikan kamurang telah dianggap langgar kontrak. Jadi kamurang ada hak untuk membuat tuntutan dan aduan. Ada pemotongan gaji yang tidak sepatutnya, tidak dibayar untuk lebih masa dan sebagainya.


#8 Pekerja melanggar kontrak













Untuk pekerja pulak. Kalau kamurang tidak hadir selama dua hari berturut tanpa kenyataan dan kebenaran tanpa majikan. Kamurang dianggap telah langgar kontrak. Lain lah kamurang mempunyai alasan yang munasabah seperti pengesahan yang berkaitan. Kalau kamurang cuti sakit tu wajib untuk dapatkan Sijil Sakit dari klinik-klinik dan hospital. Ini penting untuk kerjaya kamurang selain itu kesihatan korang. Kalau boleh bagi tahu awal-awal kamurang tidak dapat hadir bekerja. Ini semua diatas bertolak ansur antara kamurang dan bekerja.


#9 Jika majikan melakukan pembuangan kerja. Siapa yang dibuang dulu













Jika tempoh kamurang bekerja tu, syarikat ada krisis, ekonomi atau pemotongan jumlah pekerja berlaku. Pekerja yang harus dibuang dulu ialah pekerja asing. Selepas itu barulah pekerja tempatan. Jadi kalau kamurang kena buang dulu pandai-pandai lah buat aduan ye. Layanan juga tidak boleh berat sebelah antara pekerja tempatan dan asing. Layanan haruslah sama rata oleh majikan.

Ini lah yang dapat dikongsikan dan huraikan sedikit sebanyak. Sebenarnya banyak lagi yang kamurang kena tahu. Jadi mana-mana yang mempunyai masalah di tempat kerja tu boleh lah buat rujukan dengan sumber di jabatan buruh. Kamurang tidak perlu risau ataupun takut kerana kamurang dilindungi oleh undang-udang. yang penting kamurang pandai-pandai lah bawa diri tu. Selain itu sama-sama kita tingkatkan kualiti kerja kita


Sumber : Akta Perburuhan Malaysia 1955

Tiada ulasan:

Catat Ulasan