Masalah kewangan biasanya berpunca dari pengurusan kewangan yang tidak
teratur dan kurang meyakinkan. Pengurusan kewangan yang tidak teratur
biasanya terjadi apabila kegagalan individu meletakkan wang mereka di
dalam pelaburan, simpanan dan perlindungan dengan seimbang.
Piramid Kewangan ini akan membantu anda menyusun kewangan anda menjadi
lebih teratur serta lebih kurang berisiko untuk mengalami masalah
kewangan. Dalam sistem piramid kewangan ini, pengurusan simpanan, aset,
pelaburan dan perlindungan dibahagi sebaiknya dengan seimbang.
ASET
Dalam kewangan, perkara penting yang anda perlu anda serta menjadi
matlamat kewangan anda adalah aset seperti rumah dan emas. Aset seperti
ini bertujua melindungi kita pada masa hadapan dari masalah kejatuhan
nilai wang ringgit.
Pada masa yang sama, nilai untuk aset tersebut juga semakin meningkat naik.
Dalam Piramid Kewangan, aset terletak dikedudukan paling atas dengan
kotak yang lebih kecil. Ini menunjukkan aset adalah perkara yang anda
perlu ada walaupun dengan kuantiti yang sedikit. Menurut Robert
Kiyosaki, rumah yang dijadikan pelaburan adalah aset manakala rumah
untuk kediaman sendiri pula adalah satu liabiliti.
Namun, rumah tersebut tetap penting dan memberi banyak manfaat walaupun
bukan untuk pelaburan. Rumah yang kita duduki itu boleh meningkat naik
nilainya pada masa akan datang serta memberikan kita perlindungan untuk
berteduh.
Manakala emas pula lebih mudah untuk dicairkan berbanding rumah.
PELABURAN
Pelaburan yang terdapat di dalam Piramid Kewangan ini terbahagi kepada
dua iaitu pelaburan untuk jangka masa panjang dan untuk jangka pendek,
Pelaburan jangka masa panjang
Contoh terbaik pelaburan jangka masa panjang adalah seperti pelaburan
unit trust dan saham. Anda boleh bermula melabur dalam instrumen ini
dengan modal yang sangat rendah. Ketika usia masih muda, gunakan wang
anda sebaiknya dengan melabur dalam unit trust untuk kegunaan pada masa
akan datang.
Tempoh terbaik adalah melebihi 10 tahun atau sehingga anda berusia 55 tahun.
Pelaburan jangka masa pendek
Pelaburan jangka masa pendek ini boleh dilakukan untuk kegunaan seperti
deposit rumah, deposit kereta, perbelanjaan perkahwinan atau kegunaan
perbelanjaan anak-anak. Pelaburan ini biasanya tidak melebihi dari 5
tahun. Dengan tempoh yang pendek, keuntungan yang diterima juga tidak
tinggi seperti pelaburan jangka masa panjang.
Antara contoh terbaik yang anda boleh lakukan adalah seperti pembiayaan ASB.
SIMPANAN
Setiap simpanan mestilah dibuat dengan matlamat yang jelas. Contoh matlamat simpanan adalah seperti berikut:
Simpanan kecemasan
Simpanan kecemasan boleh dilakukan sehingga anda mempunyai simpanan enam
(6) bulan dari gaji semasa anda. Simpanan ini akan membantu anda ketika
anda di dalam kecemasan seperti kerosakan kereta, masalah kesihatan dan
lain-lain lagi.
Simpanan peribadi
Simpanan peribadi pula boleh dilakukan untuk kegunaan peribadi seperti
pergi melancong, melakukan aktiviti luar, derma, beli gajet baru atau
makan di tempat yang lebih mewah. Pengurusan kewangan yang baik tidak
menghalang seseorang untuk menikmati kehendak individu.
PERLINDUNGAN
Perlindungan sangat penting kepada individu dan terbahagi kepada beberapa bahagian.
Pampasan
Tujuan pampasan diambil adalah untuk tidak membebankan waris anda.
Individu yang perlu mempunyai pampasan ini adalah individu yang bekerja
dan mempunyai tanggungan. Pampasan tersebut dijadikan sebagai
penggantian pendapatan atau replacement income bagi waris atau individu dibawah tanggungan anda.
Selain itu, pampasan ini juga akan membantu menyelesaikan hutang yang
tertunggak. Pampasan menjadi lebih penting apabila anda menjadi
satu-satunya individu yang bekerja dan menampung perbelanjaan keluarga.
Kad perubatan
Selain pampasan, kad perubatan juga penting bagi mengelakkan anda
kehilangan simpanan anda. Jika berlaku masalah kesihatan yang melibatkan
perbelanjaan serta kos yang tinggi, kad perubatan akan membantu anda
tanpa menggunakan duit simpanan anda.
Masalah kesihatan atau kemalangan adalah sesuatu yang sukar untuk
dijangka. Konsep perlindungan adalah membantu anda menghadapi keadaan
yang diluar jangkaan anda.
BERAPA BANYAK NILAI PERLINDUNGAN YANG ANDA MESTI ADA? Klik Sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan