Berikut adalah perbezaan antara simpanan tunai ASB dan pembiayaan ASB.
Simpanan tunai ASB
Simpanan tunai ASB boleh dilakukan jika anda mempunyai lebihan wang
setiap bulan dan tidak dikira sebagai komitmen anda. Anda juga bebas
untuk memilih sama ada mahu menyimpan atau tidak pada bulan tersebut.
Contoh:
Simpanan setiap bulan : RM600
Kadar keuntungan dividen dan bonus hujung tahun :
Dividen adalah berdasarkan baki minimum setiap bulan-
Bulan 1 : RM600 x 0.075/12 = RM3.75
Bulan 2 : RM1,200 x 0.075/12 = RM7.50
Bulan 3 : RM1,800 x 0.075/12 = RM11.25
.
Dividen adalah berdasarkan baki minimum setiap bulan-
Bulan 1 : RM600 x 0.075/12 = RM3.75
Bulan 2 : RM1,200 x 0.075/12 = RM7.50
Bulan 3 : RM1,800 x 0.075/12 = RM11.25
.
.
.
Bulan 12 : RM7,200 x 0.075/12 = RM 45.00
Bulan 12 : RM7,200 x 0.075/12 = RM 45.00
Jika anda menyimpan RM7,200 pada Bulan 1, keuntungan yang anda terima adalah sebanyak RM7,200 x 7.5% = RM540.
Pembiayaan ASB
Pembiayaan ASB pula adalah Simpanan yang dilakukan di dalam akaun ASB
dengan menggunakan pembiayaan dari pihak bank. Oleh itu, nama anda kini
sudah mempunyai HUTANG atau komitmen dengan pihak bank.
Contoh:
Pembiayaan RM100,000 : RM600 sebulan
Kadar keuntungan dividen dan bonus hujung tahun : RM200,000 x 7.5% = RM15,000
Pada tahun pertama, anda akan menerima anggaran keuntungan dari dividen
dan bonus sebanyak RM15,000. Keuntungan yang diterima adalah lebih
tinggi berbanding simpanan sendiri melalui tunai kerana keuntungan
berdasarkan simpanan RM200,000.
Kelebihan dan Kekurangan
Simpanan ASB melalui tunai walaupun sedikit sahaja keuntungan tetapi
memudahkan anda untuk memohon pembiayaan lain seperti rumah dan kereta
kerana anda tidak mempunyai komitmen yang tinggi.
Namun, dividen dan bonus yang diterima pada hujung tahun juga akan
membantu permohonan pembiayaan anda yang lain. Oleh itu, jika anda
merancang untuk beli rumah dalam masa terdekat, anda tidak digalakkan
untuk mengambil pembiayaan ASB.
Jika anda merancang untuk beli rumah selepas 3 atau 5 tahun, anda
digalakkan untuk mengambil pembiayaan ASB ini dan gunakan keuntungan
tersebut sebagai deposit pembelian rumah.
Selain itu, pembiayaan ASB juga memerlukan komitmen dan disiplin yang
tinggi terhadap bayaran ansuran yang perlu anda bayar. Jika terlepas
bayaran, rekod anda dalam CCRIS akan kelihatan buruk dan sukar untuk
membuat pembiayaan lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan