Kos perubatan yang tinggi kini menjadi satu isu penting dan pada masa
yang sama juga menjadi satu beban kepada rakyat Malaysia. Golongan yang
paling terkesan adalah golongan sederhana dan rendah dimana gaji yang
diterima tidak boleh menampung kos perubatan besar tinggi mencecah
RM50,000!
Selain menjaga kesihatan dengan baik bagi mengelakkan masalah kesihatan,
anda juga perlu membuat simpanan kecemasan bagi menampung kos perubatan
ini. Kemalangan adalah sesuatu yang tidak dijangka dan oleh sebab itu
anda perlu mempunyai back up plan kewangan anda.
Anda boleh cuba lakukan perkara di bawah untuk mendapatkan penjimatan ketika menghadapi kos perubatan yang semakin tinggi.
Bantuan kerajaan
Gunakan sebaiknya segala kemudahan yang diberikan oleh kerajaan seperti
hospital kerajaan dan Klinik 1 Malaysia. Kos yang perlu anda tanggung
lebih murah dan menjimatkan. Cuma, anda mungkin terpaksa menunggu
giliran anda lebih lama kerana kehadiran pelawat yang ramai.
Kos perubatan di hospital kerajaan adalah lebih murah berbanding
hospital swasta. Sebagai contoh, kos rawatan bagi pesakit luar untuk
hospital kerajaan cuma RM1.00 sahaja. Manakala kos rawatan tersebut di
hospital swasta adalah RM30.00 dan ke atas.
Kad perubatan Syarikat
Salah satu manfaat yang sering diberikan oleh majikan kepada pekerja
adalah kad perubatan. Oleh itu, anda boleh memilih syarikat yang ingin
anda bekerja jika bakal majikan anda itu menyediakan kad perubatan yang
baik.
Namun, kebanyakan kad perubatan yang disediakan oleh majikan mempunyai
limit tahunan yang rendah bergantung kepada jawatan anda di syarikat
tersebut. Namun, kad perubatan tersebut sudah cukup untuk mengurangkan
beban anda terhadap kos perubatan.
Jika limit yang disediakan oleh majikan anda terlalu rendah, anda boleh
merancang untuk mengambil kad perubatan tambahan untuk individu bagi
menampung kos perubatan yang semakin tinggi.
Kad perubatan seawal usia
Jika anda mahu ambil takaful yang mempunyai manfaat kad perubatan dan pampasan, ambil ketika usia masa muda.
Kurang penyakit - ketika muda, anda mungkin tidak mempunyai banyak
penyakit berbanding jika sudah tua. Oleh sebab itu, premium untuk
golongan muda lebih murah berbanding orang tua. Kebanyakan caruman untuk
pelan takaful yang mempunyai manfaat pampasan dan kad perubatan adalah
sama setiap tahun dan tidak berlaku peningkatan.
Namun, semua syarikat takaful mempunyai hak untuk menaikkan caruman takaful anda jika kos perubatan di Malaysia meningkat.
Manfaat kad kredit
Gunakan fasiliti kad kredit anda sebaiknya. Terdapat beberapa jenis kad
kredit yang ditawarkan mempunyai manfaat perlindungan takaful dan juga
perlindungan ketika melancong ke luar negara. Anda boleh semak dahulu
ciri-ciri kad kredit tersebut sebelum membuat keputusan untuk
menggunakannya.
Selain itu, anda boleh juga boleh mendapatkan diskaun jika menggunakan
kad kredit untuk bayaran kos perubatan di hospital swasta. Bayaran
premium takaful yang menggunakan kad kredit juga lebih menguntungkan
kerana boleh dapat mata ganjaran kad kredit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan