Selasa, 15 November 2016

BAGAIMANA MEMERIKSA 'MARKET VALUE' DAN 'NCD' KERETA ANDA

Apabila kita berhajat untuk menukar kereta baru dan ingin melakukan 'Trade In', Car dealer akan memeriksa Nilai Semasa Kereta kita. Sebenarnya kita boleh melakukan perkara ini dengan sendirinya.

Begitu juga halnya dengan memeriksa NCD (No Claim Discount) untuk memperbaharui Lesen Cukai Jalan.

Apa itu No Claim Discount (NCD)?

Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) adalah skim ganjaran yang diterima oleh pemegang
polisi motor kerana tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh 12 bulan.


Berapa banyak Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) yang saya layak?

Pengguna layak untuk menerima NCD antara 0% hingga 55% daripada premium yang perlu
dibayar bergantung kepada jenis kenderaan, liputan dan bilangan tahun. Bagi kereta persendirian, skala NCD adalah di antara 0% hingga 55% seperti yang dinyatakan di dalam polisi/sijil manakala untuk
motosikal dan kenderaan perdagangan, ia adalah antara 0% hingga 25%.

Klik link di bawah untuk memeriksa 'Market Value' dan 'NCD' kereta anda sekarang :-

PERIKSA MARKET VALUE SEKARANG

PERIKSA NCD SEKARANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan