Ahad, 20 November 2016

APA YANG PERLU ANDA TAHU : TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

KONSEP TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

Konsep takaful ialah saling membantu apabila ada peserta yang memerlukannya.
Konsep yang sama juga digunapakai untuk takaful perubatan dan kesihatan. Sebagai
peserta pelan takaful ini, anda perlu membuat caruman penyertaan (tabarru’) yang akan
digunakan untuk membantu peserta yang memerlukan bantuan kewangan untuk
menjelaskan kos rawatan perubatan swasta, seperti kos hospital atau didiagnos dengan penyakit.


SKOP PERLINDUNGAN

Pembayaran manfaat bergantung kepada jenis pelan anda. Anda perlu merujuk kepada
Sijil Takaful mengenai maklumat lanjut dan manfaat yang diberi, seperti apa sebenarnya
yang dilindungi dan apa yang tidak dilindungi, bila dan bagaimana manfaat itu akan dibayar.

Antara manfaat yang dilindungi di bawah takaful perubatan dan kesihatan adalah:
  • Kos masuk hospital
  • Unit rawatan rapi
  • Rawatan pesakit luar
  • Lawatan pemeriksaan oleh doktor
  • Lawatan sebelum masuk hospital
  • Pembedahan
  • Bius
  • Perkhidmatan Ambulans
  • Manfaat kematian

Pelan Penyakit Kritikal melindungi 36 Penyakit Kritikal biasa seperti berikut:
  1. Serangan Sakit Jantung
  2. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari (CAD)
  3. Kegagalan Buah Pinggang
  4. Pemindahan Organ Utama
  5. Sklerosis Berganda
  6. Buta
  7. Pekak
  8. Hilang Suara
  9. Kelecuran Api yang teruk
  10. Penyakit Terminal
  11. Jangkitan HIV daripada pemindahan darah
  12. Jangkitan HIV yang diperoleh melalui pekerjaan
  13. Anemia Aplastik
  14. Tumor Otak Benigna
  15. Strok (Angin Ahmar)
  16. Barah
  17. Hepatitis Fulminan
  18. Kelumpuhan (paraplegia, tetraplegia)
  19. Hipertensi Arteri Pulmonari Utama
  20. Pembedahan Injap Jantung
  21. Pembedahan Aorta
  22. Penyakit Alzheimer
  23. Koma
  24. Penyakit Neuron Motor
  25. Penyakit Parkinson
  26. Kecederaan teruk kepala akibat kemalangan yang menyebabkan trauma
  27. Distrofi Otot
  28. Kuman Ensefalitis
  29. Penyakit Hati Kronik
  30. Meningitis Bakterial Akut
  31. Sindrom Apalik
  32. Pembedahan Otak
  33. Poliomelitis
  34. Penyakit-penyakit Koronari lain yang serius
  35. AIDS peringkat lewat
  36. Penyakit Paru-paruKkronik
Manfaat penyakit kritikal akan dibayar sekiranya anda hidup sekurang-kurangnya 30 hari
selepas didiagnos dengan penyakit kritikal terbabit.    

           
PENGECUALIAN
Takaful perubatan dan kesihatan pada lazimnya tidak melindungi perkara-perkara berikut:                
  • Penyakit sedia ada semasa memohon menyertai takaful.
  • Tuntutan terhadap penyakit atau kecederaan akibat daripada perlakuan yang melanggar atau menyalahi undang-undang.
  • Kehamilan atau kelahiran.
  • Penyakit venereal, jangkitan atau parasit.
  • Pembunuhan atau serangan fizikal.
  • Pembedahan plastik atau kosmetik.


CARA MEMBUAT TUNTUTAN

Jika anda hendak membuat sebarang tuntutan terhadap takaful perubatan dan kesihatan
anda, anda dinasihatkan mengikut panduan berikut supaya tuntutan anda akan menjadi
lebih mudah untuk diproses dan disahkan.

Apa yang perlu anda lakukan :
Langkah 1
Sebelum anda menerima sebarang rawatan, hubungi Pengendali Takaful atau
Agen Takaful anda untuk memastikan samada perlindungananda merangkumi rawatan
akan anda terima.

Langkah 2
Memberi nota bertulis kepada Pengendali Takaful dengan segera.

Menyediakan dokumen-dokumen berikut:             
  • Semua bil dan resit asal.
  • Laporan lengkap doktor mengenai diagnosis penyakit yang dirawat.
  • Pendapat doktor mengenai tarikh penyakit mula dihidapi.
  • Keterangan ringkas mengenai kos rawatan termasuk perubatan dan perkhidmatan yang diterima.

MASIH KELIRU?

Ajukan pertanyaan kepada Ejen atau Pengendali Takaful anda. Oleh kerana sijil pelan
takaful anda merupakan kontrak yang sah, maksud-maksud yang termaktub di dalam
sijil tersebut akan diguna pakai semasa membuat tuntutan. Anda juga boleh terus
menghubungi maklumat perhubungan berikut :-

Mohd Syahrany Rustan (Perunding Takaful)
Tel : 016-7862587
Email : syah2205@hotmail.com



Untuk maklumat lanjut, anda boleh memuat turun buku panduan Pelan Takaful Perubatan
dan Kesihatan kami atau hubungi mana-mana pengendali takaful untuk sebarang bantuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan