Sabtu, 26 November 2016

MANA LEBIH JIMAT : DOBI LAYAN DIRI ATAU MESIN BASUH SENDIRI

Bagi isirumah yang tiada kemudahan mesin basuh di rumah, DOBI LAYAN DIRI ataupun Laundy Mart menjadi pilihan untuk membasuh baju. Ataupun pilihan terakhir adalah dengan membasuh tangan di rumah. Syukur pada masa kini terdapat satu TREND dan kemudahan baharu di mana Kedai Dobi menggunakan 'Syiling' semakin mendapat pilihan bagi mereka yang tiada masa membasuh di rumah ataupun tiada kemudahan mesin basuh sendiri.

Tetapi kita tertanya-tanya proses yang mana satu lebih jimat untuk nilai wang kita. Mempunyai mesin basuh sendiri ataupun menggunakan DOBI LAYAN DIRI di luar.

Mula-mula mari kita lihat perbelanjaan dengan memiliki Mesin Basuh sendiri di rumah berbanding DOBI LAYAN DIRI.

 

PERBELANJAAN

Mesin Basuh Sendiri : Kos membeli mesin basuh yang berkualiti, Fungsi Otomatik Penuh adalah dalam anggaran RM600 - RM1000 dan ada yang lebih rendah lagi dengan spesifikasi rendah dan jenama yang tidak seberapa popular. Mesin Basuh secara puratanya dapat bertahan dan berfungsi selama 11 Tahun. Purata kos bulanan pula adalah sebanyak RM6 untuk Mesih Basuh berharga RM800 bagi 11 tahun.















Carta di bawah menunjukkan sumber dan perbelanjaan untuk sebuah Mesin Basuh untuk satu isirumah ianya termasuk; Cecair Pencuci, Elektrik dan Air dalam sebulan. Pengunaan sebanyak 12 kali Sebulan (3 Kali Seminggu).













DOBI LAYAN DIRI

Bergantung pada kawasan dan tempat tinggal anda, kedai dobi layan diri memberikan nilai yang lebih baik. Kos cucian biasa anggaran dalam RM1 - RM7 untuk pakaian seberat 10kg. Bagi cucian kering pula purata RM10 - RM12 untuk 10kg. Dan cucian di Kedai Dobi Layan Diri ini biasanya sudah termasuk cecair pencuci.

Nota : Jika purata pakaian anda hanya dalam 10kg sebulan, ianya lebih jimat jika membuat cucian di Kedai Dobi Layan Diri. Tapi sekiranya lebih, memiliki mesin basuh sendiri adalah lebih efektif untuk jangka masa panjang.

Jika kita bandingkan dari segi kos, memiliki mesin basuh sendiri adalah lebih jimat, terutamanya untuk Isirumah yang berkeluarga ramai. Walaubagaimanapun, kos untuk membeli dan memiliki mesin basuh sendiri masih tinggi pada sesetengah individu.















Sekarang mari kita lihat pula dari segi penjimatan masa di antara mesin basuh sendiri di rumah dengan mencuci pakaian di Kedai Dobi layan diri
 

PENGGUNAAN MASA

Mesin Basuh Sendiri : Purata biasa untuk sekali cucian kita menggunakan 40 Minit untuk cucian biasa. Jika ingin merendam pula biasanya dalam 60 - 80 minit bergantung kepada kuantiti jumlah cucian

Penduduk negara kita secara purata membasuh 2 kali seminggu. Maksudnya 80 minit dalam seminggu.

Kedai Dobi Layan Diri : Masa yang digunakan semestinya lebih banyak. Ini melibatkan perjalan pergi ke kedai Dobi, 40 Minit untuk membasuh, 30 minit untuk mengering dan perjalanan balik ke rumah.















Untuk penjimatan masa yang lebih efektif, membasuh sendiri di rumah adalah lebih baik. Sambil kita membasuh kita dapat melakukan aktiviti lain dan meluangkan masa bersama keluarga.

 

Tepuk dada, Tanya Selera

Mana satu yang menjadi pilihan anda? Kesimpulannya, samada membasuh sendiri di rumah dengan mesin basuh ataupun membasuh di Kedai Dobi layan diri bergantung kepada beberapa aspek. Antaranya, berapa ramai isirumah, bajet, keperluan dan masa. Jika anda belum berkeluarga dan baru memulakan kerjaya, kehidupan lebih aktif dan sibuk maka membasuh di Kedai Dobi Layan Diri adalah suatu pilihan. Tetapi bagi yang sudah berkeluarga dan bilangan isirumah yang ramai membasuh dengan mesin basuh sendiri adalah lebih jimat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan