Kementerian Kesihatan dijangka menaikkan caj wad dan rawatan di
semua hospital kerajaan sehingga 50 peratus mulai Disember ini.
Kenaikan tersebut didakwa melibatkan pesakit-pesakit yang dirawat di Kelas 1 dan Kelas 2. Kenaikan itu juga dikatakan melibatkan semua jenis
rawatan untuk WARGANEGARA seperti bayaran Wad Am dan Wad Bersalin,
rawatan pesakit ditahan dalam wad, Fisioterapi, Radioterapi dan Nuklear, Nefrologi serta Psikiatri.
Namun begitu bagi pesakit warganegara yang memilih untuk dirawat di kelas 3, caj wad dan rawatan kekal dengan kadar lama.
Difahamkan, taklimat berhubung kenaikan caj perubatan di Hospital-hospital Kerajaan itu sedang berlangsung secara berperingkat
melibatkan semua Zon di seluruh negara sejak Oktober lalu.
Ia akan berkuat kuasa 1 Disember ini atau selewat-lewatnya awal
Januari 2017, semua caj rawatan di hospital kerajaan akan mula dinaikkan 50
peratus selepas itu.
Dianggarkan sebanyak 75 peratus daripada 31 juta
penduduk negara ini memilih Hospital Kerajaan bagi mendapatkan rawatan
berbanding hanya 25 peratus yang memilih Hospital Swasta.
Ketika
ini Malaysia mempunyai 143 buah Hospital Kerajaan dengan 41,389 buah
katil manakala 183 buah Hospital Swasta dengan 12,000 katil.
Satu
sumber di Kementerian Kesihatan memberitahu, antara alasan utama
kenaikan tersebut disebabkan Caj rawatan di Hospital Kerajaan didakwa
tidak pernah dinaikkan sejak tahun 1982.
Selain itu, kenaikan
tersebut juga didakwa dibuat ekoran caj rawatan di hospital-hospital
kerajaan masih rendah jika dibanding dengan negara-negara ASEAN lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan