Untuk mencapai kebebasan kewangan, anda harus menyimpan 10% daripada
pendapatan. Setiap tahun mesti gaji naik bukan? Jika gaji naik,
tambahkan wang simpanan anda setiap bulan.
Jika disimpan sahaja, duit anda tak cepat bertambah. Jadi baik
melabur ke dalam instrumen yang kurang berisiko. Masih mencari-cari
instrumen pelaburan yang bagus? Ini antara pelaburan yang kurang
berisiko dan mempunyai pulangan pelaburan yang mantap. Antaranya;
#1 – Hartanah
Tidak dinafikan pelaburan hartanah adalah paling menguntungkan jika kena caranya. Tengok sahaja nilai hartanah semakin tahun semakin tinggi. Beli hartanah ketika usia masih muda. Mulakan menyimpan untuk deposit rumah. Pelaburan hartanah ada 3 kategori iaitu subsale, lelong dan dalam pembinaan (undercon).#2 – ASB (Amanah Saham Bumiputera)
ASB antara instrumen pelaburan yang paling popular. Sekarang sudah ada ASB 2. Pulangan pelaburan antara 7-8% setiap tahun.
#3 – Tabung Haji
Tempat simpanan yang baik kerana anda boleh menyimpan dan daftar nama
untuk menunaikan haji sekali gus. Jika ada duit dalam KWSP dengan nilai
minimum RM1300, boleh terus daftar haji. Anda boleh buat potongan terus
daripada gaji ke akaun Tabung Haji.
#4 – Unit Amanah
Pelaburan untuk jangka panjang. Bagi pendapat saya, unit amanah ini
adalah pelaburan anda untuk masa hadapan. Jangan nak melabur dekat unit
amanah selama setahun dua lepas itu asyik kata rugi sahaja. Cari ejen
unit amanah yang betul-betul mahir dalam hal ehwal unit amanah ini.
#5 – AHB (Amanah Hartanah Bumiputera)
Pelaburan berisiko rendah yang boleh memberi pulangan melebihi 6%-7%
setahun. AHB memberi pulangan dividen 2 kali setahun. Contohnya Mac 2016
dividen 3.3% dan September 2016 dividen 3.2%. Apa yang bagus AHB ini
ialah, anda nak jual balik unit pun free of charge.
Dengan kata lain sales charge free. Patuh syariah dan sudah
ada potongan zakat. Akaun boleh dibuka di semua cawangan Maybank, dengan
nilai minimum RM100. Setiap penambahan unit pun minimum RM100.
#6 – Emas
Emas juga merupakan pelaburan jangka panjang. Daripada anda asyik
bakar duit, buat senaman paru-paru lebih baik anda simpan duit itu.
Selepas itu beli emas setiap bulan. Yang kaum wanita daripada asyik shopping baju, kasut ataupun alat solek dekat Lazada, lebih baik beli rantai ataupun
gelang emas.
#7 – Koperasi Bank Rakyat
Antara yang paling tinggi pulangan dividennya. Hari itu ada pegawai
Bank Rakyat kata mereka boleh berikan kita untuk melabur RM500 unit jika
kita buka akaun gaji melalui Bank Rakyat. Sekarang saya tidak pasti
tawaran itu masih wujud ataupun tidak. Atau tawaran itu hanya untuk
untuk penjawat awam sahaja.
***
Banyak lagi yang anda boleh terokai. Jika anda minat saham teruskan.
Jika anda sudah ada Koperasi Bank Rakyat tambah lagi. Jangan pula anda
cakap Koperasi Bank Rakyat lagi bagus, main saham lagi mantap.
Ini semua berdasarkan pengalaman saya sahaja. Saya tidak ada lagi
Koperasi Bank Rakyat. Setiap kali pergi nak mohon buka akaun asyik tak
dapat sahaja. Apa yang saya nak sampaikan ialah jangan menyimpan sahaja
duit anda itu. Baik melabur. Nilai wang akan semakin mengecil.
Ini antara panduan yang terbaik bagi saya untuk anda jadikan sebagai
rujukan. Ingat, setiap pelaburan mesti ada risikonya yang tersendiri.
Pandai-pandai anda sesuaikan dengan kehendak masing-masing.
Warren Buffet berkata, “Jika kalian membuat perkara dan usaha yang sama sahaja, kalian akan mendapat hasil yang sama.”
Sumber : Majalah Niaga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan