Ahad, 27 November 2016

RINGGIT DIJANGKA JATUH LEBIH TERUK PADA 2017


KUALA LUMPUR : Mata wang Malaysia dan sebahagian negara membangun lain, berkemungkinan akan menghadapi masalah pada tahun depan (2017), demikian menurut satu laporan Nikkei Asian Review (NAR).

NAR melaporkan keadaan ini disebabkan oleh beberapa negara membangun mula mempertahankan mata wang mereka berikutan kebimbangan matawang mereka berbanding dolar (US).

Perkara ini dicetuskan kemenangan Presiden Amerika Syarikat yang baharu Donald Trump yang akan akan mengenakan beberapa pilihan dasar dan ekonomi yang terhad.

Bank pusat Indonesia dan Malaysia telah meneruskan dasar monetari yang lebih ketat pada tahun ini, tetapi kedua-dua Bank Pusat tersebut mengekalkan kadar tidak berubah pada bulan November. Strategi mempertahankan mata wang pada paras bagi kedua negara ini lebih menjadi keutamaan, tegas NAR lagi.

Brazil, Malaysia dan Indonesia, kata NAR, telah mula membeli matawang mereka sendiri, tetapi tidak dapat mengimbangi dana ke dalam aset dolar. Sebaliknya, mereka kini berhadapan kebimbangan terhadap hakisan rizab asing mereka.

Menyedari bahawa kemungkinan kenaikan kadar Disember oleh Rizab Persekutuan AS yang semakin meningkat, laporan NAR menambah bahawa pemerhati pasaran menjangka kenaikan tambahan pada tahun 2017.

Situasi seperti ini akan memberi masalah kepada ekonomi pertumbuhan ekonomi, lapor NAR. Mereka berkata negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia akan terus mengalami peningkatan dari dalam hutang negara kerana baharu sahaja selesai berhadapan dengan Krisis Kewangan 2008.

Sumber : MSN News




Sabtu, 26 November 2016

ASPEK UTAMA PERLU ANDA TAHU SEBELUM MENGAMBIL 'MEDICAL CARD'


Memiliki Takaful atau 'Medical Card' pada usia yang muda adalah sesuatu yang perlu bagi mengelakkan masalah kesesakan wang bagi tujuan perubatan.
 
Sebelum memilih kad perubatan yang sesuai dengan anda, terdapat beberapa faktor yang perlu anda tahu.
 
Berikut adalah faktor yang perlu anda ambil kira sebelum membuat keputusan memiliki kad perubatan anda.
 
 

PerundingTakaful


Kebanyakan kad perubatan yang ditawarkan di Malaysia adalah mempunyai ciri yang lebih kurang sama sahaja. Namun, apa yang membuatkan kad perubatan tersebut nampak lebih baik adalah servis tambahan yang ditawarkan oleh Perunding Takaful anda.
 
Pastikan perunding takaful anda adalah seorang yang bertauliah dan mahir tentang produk dan perkara berkaitan takaful supaya perunding tersebut dapat membantu anda ketika anda memerlukan.
 
Jika kali pertama menggunakan kad perubatan, anda mesti mempunyai perasaan ketidakpastian. Oleh itu, anda boleh rujuk kepada Perunding anda.
 
Selain itu, perunding takaful yang menjaga anda secara full time adalah lebih baik berbanding perunding takaful part time. Ini kerana mereka mempunyai masa yang lebih banyak untuk menjawab segala persoalan anda dan juga membantu anda.
 
Salah satu ciri-ciri perunding takaful yang baik adalah apabila anda mempunyai rasa 'percaya' terhadap perunding tersebut. Anda inginkan seseorang yang boleh menjaga anda ketika anda memerlukan dan bukan hanya fokus pada komisyen sahaja.
 
 

Kelebihan dan kekurangan kad perubatan


Setiap kad perubatan yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat pengendali takaful pastinya mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Pastikan anda memahami segala kelebihan dan juga kekurangan kad perubatan tersebut.
 
Sebab itu ada diantara syarikat pengendali takaful menawarkan pelbagai pakej kad perubatan yang sesuai mengikut gaya hidup anda. Semakin banyak pilihan, semakain mudah untuk anda memilih kad perubatan yang sesuai dengan gaya hidup anda.
 
Setiap orang tidak mempunyai gaya hidup yang sama dan mungkin memerlukan jenis kad perubatan yang berbeza.
 
 
 

Kemampuan


Faktor lain yang perlu anda lihat adalah kemampuan anda untuk membuat caruman setiap bulan. Pastikan caruman tersebut sebaiknya adalah tidak melebihi 10% dari gaji anda setiap bulan.
 
Ini bagi mengelakkan anda membuat bayaran yang terlalu tinggi untuk kad perubatan anda.
 
Selain itu, jika anda mempunyai masalah caruman setiap bulan, kad perubatan anda mungkin terpaksa dihentikan kerana tiada caruman bulanan seperti yang dijanjikan. 

Caruman bulanan adalah berbeza mengikut beberapa faktor seperti umur, jantina, jenis pekerjaan dan juga gaya hidup. Semakin meningkat usia kita, semakin tinggi caruman yang perlu anda sediakan. Ini kerana orang yang lebih tua adalah berisiko tinggi berbanding orang muda.
 
 
 

Kelancaran penggunaan Kad Perubatan Tersebut

 
Antara punca ramai pemilik kad takaful menjadi marah dengan syarikat pengendali takaful adalah kerana masalah penggunaan kad perubatan. Kadang-kadang terdapat beberapa syarat yang perlu anda ikut sebelum anda boleh gunakan kad perubatan tersebut.

Oleh itu, pastikan kad perubatan yang anda pilih adalah sangat lancar penggunaannya. Anda boleh dapatkan nasihat atau mereka yang berpengalaman dalam menggunakan servis dan perkhidmatan kad perubatan.
 
 
Ingin dapatkan Medical Card termurah di pasaran? KLIK SINI

3 JENIS TEMPOH 'MASA PENTING' DALAM TAKAFUL YANG PATUT ANDA FAHAMI


Kesedaran masyarakat Malaysia terhadap kepentingan Takaful semakin tinggi terutamanya dalam kategori Takaful Perubatan (Medical Card). Semua orang mahu dapatkan bilik rawatan yang selesa ketika dirawat di hospital.

Kesesakan yang berlaku di hospital- hospital milik kerajaan serta kos perubatan yang tinggi di hospital swasta antara faktor utama orang ramai mahu memiliki kad perubatan sendiri. Lebih selesa dan menjimatkan.

Pernah tak anda dengar pemegang polisi takaful tidak mendapat manfaat yang sepatutnya dari syarikat takaful? Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan seorang ahli politik yang ingin menyaman sebuah syarikat takaful disebabkan tidak berpuas hati dengan servis yang diterima.

Hal seperti ini terjadi biasanya disebabkan oleh salah faham atau kurang pengetahuan tentang polisi yang diambil. Oleh itu, sebagai seorang pelanggan kad perubatan, anda harus tahu beberapa 'tempoh penting' yang wujud di dalam polisi anda secara am.

TEMPOH BERTENANG

Tempoh bertenang ini juga disebut sebagai cooling period. Tempoh sepanjang 15 hari ini bermula sebaik sahaja permohonan anda diluluskan oleh pihak takaful. Dalam tempoh ini, anda haruslah membaca dan memahami pelan takaful yang sudah anda ambil seperti yang tertulis di dalam buku polisi anda.

Jika anda tidak berpuas hati atau tidak bersetuju dengan mana-mana terma yang wujud di dalam buku polisi, anda berhak untuk membuat aduan kepada syarikat pengendali takaful, seterusnya membatalkan polisi tersebut. Untuk makluman anda, caruman yang telah dibayar akan dipulangkan semula.


BACA : Aspek yang anda Perlu tahu sebelum Mengambil 'Medical Card'



TEMPOH MENUNGGU

Tempoh kedua dan yang paling penting dalam polisi takaful anda ialah tempoh menunggu sebelum anda layak untuk menggunakan kad perubatan anda di hospital panel masing-masing. Secara amnya, kebanyakan pengendali takaful meletakkan 120 - 180 hari tempoh menunggu sebelum anda layak untuk menggunakan kemudahan ini. 


Tujuan tempoh ini diwujudkan adalah untuk memastikan anda benar-benar sihat ketika memohon pelan takaful sekaligus mengelakkan cubaan menipu oleh peserta yang sudah ada penyakit-penyakit spesifik.

i) 0 hari

Sebaik sahaja polisi anda diluluskan, perlindungan untuk kes kemalangan terus berkuat kuasa, bermakna tiada tempoh menunggu diperlukan kerana kemalangan tidak mempunyai simptom. 

ii) 60 hari

Apa-apa penyakit kritikal yang terbentuk dalam tempoh 60 hari, penyakit tersebut akan dikecualikan dan tiada bayaran manfaat yang boleh dituntut. 

iii) 90 hari

Anda sudah boleh menggunakan kemudahan kad perubatan bagi tujuan rawatan dalam wad terhadap penyakit am seperti viral fever, bronchitis, diarhea dan beberapa jenis lagi. 

iv) 120 - 180 hari

Perlindungan menyeluruh bermula untuk semua jenis penyakit dan kemalangan yang dibenarkan seperti yang tercatat dalam buku polisi.


TEMPOH SIASATAN

Tempoh siasatan ini adalah selama Dua (2) tahun selepas permohonan polisi anda diluluskan. Dalam tempoh ini, pihak syarikat berhak untuk menyiasat latar belakang kesihatan anda sekiranya terdapat unsur yang meragukan semasa membuat tuntutan.

Sebagai contoh, jika anda baru sahaja memiliki polisi takaful selama enam (6) bulan tetapi sudah membuat tuntutan menghidap penyakit kanser tahap keempat (iaitu tahap yang kritikal), tuntutan anda akan ditolak. Hal ini kerana penyakit kanser tersebut sudah sedia ada sebelum permohonan takaful dibuat.

Oleh sebab itu, anda dinasihatkan supaya sentiasa menjaga dan mengambil tahu tahap kesihatan anda sebelum mengambil mana-mana polisi takaful. Semua syarikat serta produk takaful yang ditawarkan tidak akan memberi pampasan atau rawatan untuk penyakit yang sudah sedia ada.


MANA LEBIH JIMAT : DOBI LAYAN DIRI ATAU MESIN BASUH SENDIRI

Bagi isirumah yang tiada kemudahan mesin basuh di rumah, DOBI LAYAN DIRI ataupun Laundy Mart menjadi pilihan untuk membasuh baju. Ataupun pilihan terakhir adalah dengan membasuh tangan di rumah. Syukur pada masa kini terdapat satu TREND dan kemudahan baharu di mana Kedai Dobi menggunakan 'Syiling' semakin mendapat pilihan bagi mereka yang tiada masa membasuh di rumah ataupun tiada kemudahan mesin basuh sendiri.

Tetapi kita tertanya-tanya proses yang mana satu lebih jimat untuk nilai wang kita. Mempunyai mesin basuh sendiri ataupun menggunakan DOBI LAYAN DIRI di luar.

Mula-mula mari kita lihat perbelanjaan dengan memiliki Mesin Basuh sendiri di rumah berbanding DOBI LAYAN DIRI.

 

PERBELANJAAN

Mesin Basuh Sendiri : Kos membeli mesin basuh yang berkualiti, Fungsi Otomatik Penuh adalah dalam anggaran RM600 - RM1000 dan ada yang lebih rendah lagi dengan spesifikasi rendah dan jenama yang tidak seberapa popular. Mesin Basuh secara puratanya dapat bertahan dan berfungsi selama 11 Tahun. Purata kos bulanan pula adalah sebanyak RM6 untuk Mesih Basuh berharga RM800 bagi 11 tahun.















Carta di bawah menunjukkan sumber dan perbelanjaan untuk sebuah Mesin Basuh untuk satu isirumah ianya termasuk; Cecair Pencuci, Elektrik dan Air dalam sebulan. Pengunaan sebanyak 12 kali Sebulan (3 Kali Seminggu).













DOBI LAYAN DIRI

Bergantung pada kawasan dan tempat tinggal anda, kedai dobi layan diri memberikan nilai yang lebih baik. Kos cucian biasa anggaran dalam RM1 - RM7 untuk pakaian seberat 10kg. Bagi cucian kering pula purata RM10 - RM12 untuk 10kg. Dan cucian di Kedai Dobi Layan Diri ini biasanya sudah termasuk cecair pencuci.

Nota : Jika purata pakaian anda hanya dalam 10kg sebulan, ianya lebih jimat jika membuat cucian di Kedai Dobi Layan Diri. Tapi sekiranya lebih, memiliki mesin basuh sendiri adalah lebih efektif untuk jangka masa panjang.

Jika kita bandingkan dari segi kos, memiliki mesin basuh sendiri adalah lebih jimat, terutamanya untuk Isirumah yang berkeluarga ramai. Walaubagaimanapun, kos untuk membeli dan memiliki mesin basuh sendiri masih tinggi pada sesetengah individu.















Sekarang mari kita lihat pula dari segi penjimatan masa di antara mesin basuh sendiri di rumah dengan mencuci pakaian di Kedai Dobi layan diri
 

PENGGUNAAN MASA

Mesin Basuh Sendiri : Purata biasa untuk sekali cucian kita menggunakan 40 Minit untuk cucian biasa. Jika ingin merendam pula biasanya dalam 60 - 80 minit bergantung kepada kuantiti jumlah cucian

Penduduk negara kita secara purata membasuh 2 kali seminggu. Maksudnya 80 minit dalam seminggu.

Kedai Dobi Layan Diri : Masa yang digunakan semestinya lebih banyak. Ini melibatkan perjalan pergi ke kedai Dobi, 40 Minit untuk membasuh, 30 minit untuk mengering dan perjalanan balik ke rumah.















Untuk penjimatan masa yang lebih efektif, membasuh sendiri di rumah adalah lebih baik. Sambil kita membasuh kita dapat melakukan aktiviti lain dan meluangkan masa bersama keluarga.

 

Tepuk dada, Tanya Selera

Mana satu yang menjadi pilihan anda? Kesimpulannya, samada membasuh sendiri di rumah dengan mesin basuh ataupun membasuh di Kedai Dobi layan diri bergantung kepada beberapa aspek. Antaranya, berapa ramai isirumah, bajet, keperluan dan masa. Jika anda belum berkeluarga dan baru memulakan kerjaya, kehidupan lebih aktif dan sibuk maka membasuh di Kedai Dobi Layan Diri adalah suatu pilihan. Tetapi bagi yang sudah berkeluarga dan bilangan isirumah yang ramai membasuh dengan mesin basuh sendiri adalah lebih jimat.

Jumaat, 25 November 2016

RAMAI MAU AMBIL TAKAFUL TAPI MAHAL, INI CARANYA :

Bayaran bulanan takaful kadang kala menjadi beban bagi sesetengah orang terutama mereka yang berpendapatan rendah. Apabila ini terjadi, ramai yang terpaksa mengelak untuk mengambil pelan perlindungan tersebut walaupun mereka faham ia adalah penting.

Bagi mereka yang mempunyai gaji tinggi, mungkin tiada masalah untuk mencarum takaful. Namun, lain pula bagi mereka yang berpendapatan rendah kerana kos yang tinggi menjadi halangan untuk mengambil pelan perlindungan.

Apabila sesetengah pemegang polisi tidak mampu untuk membuat bayaran setiap bulan secara tetap, maka polisi tersebut boleh terbatal dengan sendirinya.

Bagi mereka yang bergaji rendah tetapi masih mahu mengambil takaful, anda mungkin boleh baca dan kaji beberapa faktor seperti berikut :


Periksa Bajet

Pengurusan kewangan yang baik biasanya menetapkan pengambilan takaful tidak melebihi 10% dari gaji yang diterima. Jika gaji anda adalah RM2,000 sebulan, ini bermakna anda hanya boleh ambil pelan takaful sehingga RM200 setiap bulan sahaja.

Tetapkan had limit anda sendiri bagi mengelakkan beban yang terlalu tinggi setiap bulan dan menyebabkan polisi terbatal kerana tidak mampu membuat bayaran setiap bulan.

Selain itu, cara terbaik bagi mengelakkan anda terlepas membuat bayaran takaful adalah dengan membuat potongan secara automatik melalui akaun bank anda. Dengan cara ini anda tidak perlu risau tentang masalah pembayaran kerana anda telah meletakkan takaful sebagai perbelanjaan yang utama.


Kaji Keperluan

Setiap orang mempunyai keperluan pelan perlindungan yang berbeza mengikut kadar risiko masing-masing.

Orang yang bekerja di pejabat mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding mereka yang bekerja di atas jalan raya. Oleh itu, tetapkan had bayaran bulanan mengikut kadar risiko anda.

Selain itu, semak juga kad perubatan / Medical GL yang telah disediakan oleh kebanyakan majikan. Jika sesetengah kos perubatan sudah dibiayai oleh majikan, tidak perlu untuk ambil kad perubatan yang sama. Anda hanya perlu ambil kad perubatan luar ataupun pampasan perlindungan yang tidak dibiayai oleh majikan anda.


Teliti Produk

Kebanyakan ejen takaful pada hari ini akan cuba mempromosikan pelan perlindungan yang digabungkan sekali dengan pelan pelaburan. Apabila pelan tersebut mempunyai fungsi tambahan, ini bermakna caruman bulanan anda akan meningkat.

Jika anda rasa terbeban, anda boleh pilih untuk mengambil pelan takaful hayat bagi perlindungan diri anda sahaja dengan syarat majikan anda menawarkan faedah kad perubatan. Cara ini dapat mengurangkan kos bulanan anda.

Perkara yang perlu anda faham adalah semakin banyak manfaat pelan perlindungan tersebut, semakin tinggi caruman bulanan. Oleh itu, pilih produk yang terbaik supaya anda tidak membayar takaful yang terlalu mahal tetapi manfaat yang sedikit.

Bermula Seawal Umur

Jika anda adalah seorang lepasan universiti, takaful adalah antara perkara utama yang perlu anda fikirkan. Hal ini kerana anda masih muda dan caruman takaful setiap bulan masih lagi rendah.
Selain itu, ketika muda juga anda masih lagi sihat dan jauh dari sebarang masalah kesihatan atau penyakit yang boleh menyebabkan caruman bulanan anda meningkat. Permohonan polisi anda juga mungkin akan ditolak jika anda sudah menghidap pelbagai jenis penyakit.
Anda juga digalakkan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Caruman bagi mereka yang merokok tidak sama nilainya dengan mereka yang tidak merokok. Ini kerana perokok mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Semoga artikel ini dapat membantu anda membuat keputusan dalam pemilihan pelan perlindungan anda.

Dapatkan quotation percuma : KLIK SINI

PERBEZAAN MRTA/MRTT DAN MLTA/MLTT

Secara asasnya, kesemua di atas ialah Gadai Janji. Bahasa mudahnya insurans untuk protect loan rumah kita. Loan ya… Bukan rumah… Iaitu perlindungan yang dibuat khusus untuk menyelamatkan pihak yang memberi pinjaman (Bank) dan juga pihak yang meminjam (Pembeli Rumah) sekiranya pihak yang meminjam tidak dapat meneruskan bayaran ansuran pinjaman disebabkan telah meninggal dunia atau pun hilang upaya kekal.

Sebenarnya benda-benda tu hampir sama tapi memang tak serupa. Mula-mula anda semua kena tahu dulu maksudnya seperti di bawah ni :-

1) MLTT – Mortgage Level Term Takaful
2) MRTT – Mortgage Reducing Term Takaful
3) MLTA – Mortgage Level Term Assurance
4) MRTA – Mortgage Reducing Term Assurance

Yang berbeza cuma pada perkatan Takaful, Assurance, Level dan Reducing.

Senang saja nak faham. Pertama, Takaful vs Assurance. Yang Takaful tu patuh syariah dan yang Assurance tu tidak patuh syariah sebab dia konvensional. Kedua, Level vs Reducing. Yang Level maksudnya jumlah perlindungan berkadar rata atau sama di sepanjang tempoh perlindungan berkuatkuasa dan yang Reducing tu pulak bermaksud jumlah perlindungan berkurang mengikut baki pinjaman di sepanjang tempoh perlindungan. 

Gambarajah bawah boleh membantu kita untuk lebih faham :-
Apabila berlaku risiko pada tahun ke-10, waris akan mendapat wang lebihan sebanyak RM100,000 + nilai tunai setelah baki pinjaman diselesaikan oleh pengendali takaful kepada pihak bank.



















Apabila berlaku risiko pada tahun ke-10, waris tidak menerima sebarang wang selepas baki pinjaman diselesaikan oleh pengendali takaful              

Kenapa ada Assurance atau Takaful? Sama macam perlindungan yang lain-lain, ada jenis konvensional dan ada jugak yang takaful.

Kenapa ada Reducing atau Level? Yang ni pada dasarnya sebagai memberi pilihan kepada peminjam mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing. Boleh dikatakan, jenis Level mempunyai banyak kelebihan tersendiri berbanding yang Reducing. Perbezaan antara Reducing dan Level boleh dilihat melalui jadual berikut MLTT & MRTA :-
 
 
Jadi terpulang lah kepada kebijaksanaan dan keperluan masing-masing yang mana lebih bersesuaian untuk pembelian perumahan anda. Anda wajib tahu, anda berhak menolak sekiranya wakil bank pinjaman anda ingin menawarkan MRTA/MLTA.

TAKAFUL RUMAH : MLTT & MRTT APA KELEBIHANNYA

Kenapa perlu ambil insuran untuk pembiayaan perumahan anda?Supaya waris anda tidak perlu menanggung hutang tersebut jika sesuatu berlaku terhadap diri anda. Jika anda mempunyai insuran, pembiayaan rumah anda dengan pihak bank akan ditanggung oleh syarikat insuran dan rumah anda bebas dari hutang tertunggak.

Terdapat dua jenis insuran untuk pembiayaan perumahan iaitu Mortgage Level Term Takaful (MLTT) dan Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT). Kedua-dua jenis insuran ini adalah patuh syariah.

Berikut adalah beberapa perbezaan antara MLTT dan MRTT.

Mortgage Level Term Takaful (MLTT)

MLTT mempunyai manfaat di mana pihak syarikat takaful tersebut akan menanggung berdasarkan jumlah pembiayaan yang awal.

Contohnya :

Jumlah pembiayaan rumah : RM200,000
Selepas 10 tahun, baki pembiayaan : RM150,000


Jika berlaku kematian terhadap individu tersebut, pihak takaful akan menanggung jumlah sebanyak RM200,000 walaupun baki hanya tinggal RM150,000. Dalam kes di atas, pihak syarikat takaful akan memberikan wang sejumlah RM200,000 kepada waris atau penama dan menjadi tanggungjawab penerima tersebut untuk melunaskan baki pembiayaan tersebut kepada pihak bank.

Jenis takaful ini lebih menguntungkan kerana bukan sahaja dapat menyelesaikan baki hutang tertunggak tetapi juga waris akan menerima wang pampasan tambahan.

Namun, jumlah premium yang perlu dibayar juga adalah sangat tinggi dan biasanya perlu dibayar setiap tahun. Untuk perlindungan jenis ini, individu tersebut biasanya perlu menggunakan wang sendiri kerana tidak termasuk dalam pembiayaan perumahan.

MLTT juga boleh di pindah milik ke unit rumah yang lain jika anda mahu menjual rumah sedia ada.


Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT)

MRTT pula menyediakan manfaat di mana takaful ini hanya menanggung jumlah hutang yang tertunggak sahaja.

Contohnya :

Jumlah pembiayaan rumah : RM200,000
Selepas 10 tahun, baki pembiayaan : RM150,000


Jika berlaku kematian terhadap individu tersebut, pihak syarikat insuran hanya akan menanggung jumlah baki pembiayaan iaitu RM150,000. Untuk insuran ini, fungsi utama adalah untuk menanggung baki pembiayaan dengan pihak bank tanpa memberikan pampasan tambahan kepada waris.

Pihak bank biasanya menawarkan pembiayaan tambahan untuk insuran ini. Selain itu, bayaran premium pula hanya dibayar sekali sahaja.

Jika anda seorang pelabur hartanah..

Anda mungkin boleh mengambil MRTT kerana premium tersebut boleh dimasukkan ke dalam pembiayaan hartanah. Jadi, anda tidak perlu mengeluarkan wang tambahan.

Anda juga boleh mengambil MLTT jika anda mahu jual rumah tersebut dalam masa terdekat atau anda mahu refinance rumah tersebut. Anda boleh pindahkan insuran ini ke unit rumah anda yang lain atau baru.

Khamis, 24 November 2016

9 HAK PEKERJA INI PERLU KAMURANG MAU TAU

Masih ramai lagi pekerja tidak berapa faham mengenai hak-hak pekerja. Jika kamurang ditindas di tempat kerja pun kamurang biar seja. Kamurang kena tahu sebagai pekerja mempunyai akta sendiri yang telah digubal oleh kerajaan. Ini untuk menjaga kepentingan dan melindungi hak pekerja semua daripada ancaman majikan. Ada sesetengah tempat kerja ni hanya menjaga kepentingan syarikat mereka sendiri tapi kebajikan pekerja diabaikan.

Akta itu dikenali sebagai Akta Pekerja 1955 ( Employment Act 1955 ). Akta ini merangkumi banyak sektor dan bahagian. Memang banyak kalau kita mau tau. Ini sebahagian yang kamurang kena tahu. Majikan bukan ada 100 peratus hak ke atas kamurang bila time kerja. Kalau kamurang tiada masalah pun di tempat kerja, bah mari kita baca artikel ini untuk tambah pengetahuan am kamurang. Antara Akta-akta tersebut adalah :-

#1 Golongan apakah yang dilindungi di bawah Akta Pekerja 1955














Tak kisah lah kamurang kerja apa, full time, part time, mahupun pekerja kontrak sekalipun. Gaji kecil atau besar. Undang-undang kamurang adalah sama dan masih dibawah Akta Pekerja 1955. Dan setiap satu akta berkaitan dengan akta lain. Jadi contohnya kamurang ni hanya pekerja kontrak, jangan risau kerana kamurang juga mempunyi hak untuk dilindungi. Contoh situasi kalau kamurang mau buat aduan mengenai majikan kamurang, mestilah mau kena ada bukti yang kukuh dan bukan mudah proses ini.


#2 Hak-hak yang terkandung di bawah Akta pekerja














Banyak jenis hak yang ada, contoh yang dapat kami senaraikan ialah, maksima waktu kerja sehari, jumlah cuti, kamurang punya gaji, potongan gaji, cuti bersalin, dan banyak lagi. Dan setiap satu hak ni masih banyak lagi huraiannya. Contohnya; Cuti bersalin, tempoh waktu cuti sebelum bersalin dan selepas bersalin, pengesahan kamurang bersalin dan selepas melahirkan anak. Pengesahan ini boleh dibuat oleh ahli keluarga ke atas majikan kamurang tempat bekerja itu. Dalam tempoh bersalin jugak kamurang tidak dibenarkan untuk kerja berat-berat. Tapi jangan jadi malas pulak!


#3 Waktu Kerja Dalam Sehari














Biasa nya kenyataan ini terdapat dalam kontrak yang telah kamurang tandatangan sebelum masuk kerja yang dipersetujui antara kamurang dengan majikan. Jadi nasihat di sini baca betul-betul tu kontrak sebelum kamurang tandatangan apa-apa kontrak. Seperti semua orang tahu waktu bekerja biasa ialah 8 jam sehari tidak termasuk rehat iaitu 1 jam. Dan rehat itu wajib! Diperuntukkan untuk setiap pekerja. Kesimpulannya tempoh maksima dalam seminggu adalah kurang dari 48 jam. Tapi ini di atas persetujuan bersama antara majikan dan pekerja.


#4 Kerja lebih masa 














Maksud di sini ialah waktu kerja melebihi dari yang ditetapkan dalam satu hari (OVER TIME). Dibawah Akta ini jugak ada akta lain-lain yakni kadar bayaran kerja lebih masa dan tempoh had kerja lebih masa dalam sebulan ialah tidak boleh melebihi 104 jam dalam sebulan. Cara bayaran lebih masa pula adalah 1 1/2 sejam dari gaji kamurang sehari (1 jam) pada hari biasa, hari rehat dan cuti am.


#5 Tempoh Masa Gajian Setiap Bulan













Ini penting juga kerana ini mengenai gaji kamurang. Jadi tempoh yang telah ditetapkan oleh undang-undang ialah sebulan untuk tempoh gaji. Kalau dalam kontrak tiada menyatakan tempoh gaji. Ia akan tetap 1 bulan seperti yang telah ditetapkan. Tempoh pembayaran pula tidak boleh lewat selepas 7 hari dari tempoh gaji sebulan. Jika majikan kamurang mau bayar lewat dari 7 hari tu, dia kena mempunyai bukti kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia atau Sabah & Sarawak.


#6 Pekerjaan yang dilarang untuk wanita















Kerja bawah tanah ialah antara contoh pekerjaan yang tidak dibenarkan untuk wanita. Macam tidak logik juga lah kan perempuan bekerja di bawah tanah. Contoh sebagai cari gali, pembinaan atau sebagainya. Nampak remeh tapi benda ni wajib tahu. Selain itu waktu bekerja dari 10 malam hingga 5 pagi di atas sektor perusahaan dan pertanian. Melainkan mendapat pengecualian daripada Ketua Pengarah Buruh.


#7 Majikan langgar kontrak














Okey kalau gaji kamurang lambat terima yakni lebih dari tempoh 7 hari selepas tamat waktu sebulan. Majikan kamurang telah dianggap langgar kontrak. Jadi kamurang ada hak untuk membuat tuntutan dan aduan. Ada pemotongan gaji yang tidak sepatutnya, tidak dibayar untuk lebih masa dan sebagainya.


#8 Pekerja melanggar kontrak













Untuk pekerja pulak. Kalau kamurang tidak hadir selama dua hari berturut tanpa kenyataan dan kebenaran tanpa majikan. Kamurang dianggap telah langgar kontrak. Lain lah kamurang mempunyai alasan yang munasabah seperti pengesahan yang berkaitan. Kalau kamurang cuti sakit tu wajib untuk dapatkan Sijil Sakit dari klinik-klinik dan hospital. Ini penting untuk kerjaya kamurang selain itu kesihatan korang. Kalau boleh bagi tahu awal-awal kamurang tidak dapat hadir bekerja. Ini semua diatas bertolak ansur antara kamurang dan bekerja.


#9 Jika majikan melakukan pembuangan kerja. Siapa yang dibuang dulu













Jika tempoh kamurang bekerja tu, syarikat ada krisis, ekonomi atau pemotongan jumlah pekerja berlaku. Pekerja yang harus dibuang dulu ialah pekerja asing. Selepas itu barulah pekerja tempatan. Jadi kalau kamurang kena buang dulu pandai-pandai lah buat aduan ye. Layanan juga tidak boleh berat sebelah antara pekerja tempatan dan asing. Layanan haruslah sama rata oleh majikan.

Ini lah yang dapat dikongsikan dan huraikan sedikit sebanyak. Sebenarnya banyak lagi yang kamurang kena tahu. Jadi mana-mana yang mempunyai masalah di tempat kerja tu boleh lah buat rujukan dengan sumber di jabatan buruh. Kamurang tidak perlu risau ataupun takut kerana kamurang dilindungi oleh undang-udang. yang penting kamurang pandai-pandai lah bawa diri tu. Selain itu sama-sama kita tingkatkan kualiti kerja kita


Sumber : Akta Perburuhan Malaysia 1955

7 INSTRUMEN PELABURAN TERBAIK DAN MEMPUNYAI PULANGAN YANG MANTAP

Untuk mencapai kebebasan kewangan, anda harus menyimpan 10% daripada pendapatan. Setiap tahun mesti gaji naik bukan? Jika gaji naik, tambahkan wang simpanan anda setiap bulan.

Jika disimpan sahaja, duit anda tak cepat bertambah. Jadi baik melabur ke dalam instrumen yang kurang berisiko. Masih mencari-cari instrumen pelaburan yang bagus? Ini antara pelaburan yang kurang berisiko dan mempunyai pulangan pelaburan yang mantap. Antaranya;

#1 – Hartanah

Tidak dinafikan pelaburan hartanah adalah paling menguntungkan jika kena caranya. Tengok sahaja nilai hartanah semakin tahun semakin tinggi. Beli hartanah ketika usia masih muda. Mulakan menyimpan untuk deposit rumah. Pelaburan hartanah ada 3 kategori iaitu subsale, lelong dan dalam pembinaan (undercon).

#2 – ASB (Amanah Saham Bumiputera)

ASB antara instrumen pelaburan yang paling popular. Sekarang sudah ada ASB 2. Pulangan pelaburan antara 7-8% setiap tahun.

#3 – Tabung Haji

Tempat simpanan yang baik kerana anda boleh menyimpan dan daftar nama untuk menunaikan haji sekali gus. Jika ada duit dalam KWSP dengan nilai minimum RM1300, boleh terus daftar haji. Anda boleh buat potongan terus daripada gaji ke akaun Tabung Haji.

#4 – Unit Amanah

Pelaburan untuk jangka panjang. Bagi pendapat saya, unit amanah ini adalah pelaburan anda untuk masa hadapan. Jangan nak melabur dekat unit amanah selama setahun dua lepas itu asyik kata rugi sahaja. Cari ejen unit amanah yang betul-betul mahir dalam hal ehwal unit amanah ini.

#5 – AHB (Amanah Hartanah Bumiputera)

Pelaburan berisiko rendah yang boleh memberi pulangan melebihi 6%-7% setahun. AHB memberi pulangan dividen 2 kali setahun. Contohnya Mac 2016 dividen 3.3% dan September 2016 dividen 3.2%. Apa yang bagus AHB ini ialah, anda nak jual balik unit pun free of charge.

Dengan kata lain sales charge free. Patuh syariah dan sudah ada potongan zakat. Akaun boleh dibuka di semua cawangan Maybank, dengan nilai minimum RM100. Setiap penambahan unit pun minimum RM100.
















#6 – Emas

Emas juga merupakan pelaburan jangka panjang. Daripada anda asyik bakar duit, buat senaman paru-paru lebih baik anda simpan duit itu. Selepas itu beli emas setiap bulan. Yang kaum wanita daripada asyik shopping baju, kasut ataupun alat solek dekat Lazada, lebih baik beli rantai ataupun gelang emas.

#7 – Koperasi Bank Rakyat

Antara yang paling tinggi pulangan dividennya. Hari itu ada pegawai Bank Rakyat kata mereka boleh berikan kita untuk melabur RM500 unit jika kita buka akaun gaji melalui Bank Rakyat. Sekarang saya tidak pasti tawaran itu masih wujud ataupun tidak. Atau tawaran itu hanya untuk untuk penjawat awam sahaja.

***

Banyak lagi yang anda boleh terokai. Jika anda minat saham teruskan. Jika anda sudah ada Koperasi Bank Rakyat tambah lagi. Jangan pula anda cakap Koperasi Bank Rakyat lagi bagus, main saham lagi mantap.

Ini semua berdasarkan pengalaman saya sahaja. Saya tidak ada lagi Koperasi Bank Rakyat. Setiap kali pergi nak mohon buka akaun asyik tak dapat sahaja. Apa yang saya nak sampaikan ialah jangan menyimpan sahaja duit anda itu. Baik melabur. Nilai wang akan semakin mengecil.















Ini antara panduan yang terbaik bagi saya untuk anda jadikan sebagai rujukan. Ingat, setiap pelaburan mesti ada risikonya yang tersendiri. Pandai-pandai anda sesuaikan dengan kehendak masing-masing.

Warren Buffet  berkata, “Jika kalian membuat perkara dan usaha yang sama sahaja, kalian akan mendapat hasil yang sama.”

Sumber : Majalah Niaga

Rabu, 23 November 2016

BAYAR TAKAFUL SETIAP BULAN TAPI TAK SAKIT, RUGI ?

Ada yang tertanya-tanya, bayar takaful setiap bulan tapi tak dapat tuntut sebab tak masuk hospital atau tak mati.

Adakah anda rasa rugi?

Jika dikira dari segi matematik, anda memang rugi sebab ianya adalah salah satu komitmen anda setiap bulan.

Tetapi dari segi nilai hidup, anda sebenarnya untung. Nak tahu kenapa?


Kebebasan minda

Apabila anda mempunyai satu pelan Takaful, ini bermakna anda tidak perlu risau jika berlaku sesuatu terhadap diri anda. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan kos perubatan yang semakin meningkat.

Contohnya, jika anda mengupah seorang pengawal keselamatan di rumah anda, adakah rugi anda membayar pengawal keselamatan tetapi tiada pencuri yang cuba masuk ke rumah anda. Tidak bukan?
Adakah rugi anda membayar Insurans kereta setiap tahun wakaupun tiada berlaku kemalangan?

Dalam keadaan tersebut, anda sudah mempunyai satu kebebasan minda. Anda tidak perlu risau jika ada pencuri / kemalangan sekecil mana pun.

Ini salah satu fungsi utama takaful kepada diri sendiri iaitu memberi kebebasan minda tanpa perlu rasa takut atau risau.


Orang lain mendapat manfaat

Apabila ajal sudah tiba, takaful bertindak sebagai satu dana yang akan diberi kepada waris anda.

Jika anda mempunyai isteri dan anak, wang tersebut sedikit sebanyak bakal membantu mereka terutama selepas kehilangan orang yang tersayang ataupun kehilangan punca pendapatan.

Anda mungkin akan rasa tenang jika anda dapat tahu waris anda bakal menerima RM1JUTA jika sesuatu terjadi kepada diri anda.




Cacat kekal, Percuma takaful

Jika sesuatu berlaku terhadap diri anda seperti kemalangan yang menyebabkan cacat kekal di mana anda tidak mampu untuk bekerja, kebanyakan pelan takaful akan memberi caruman percuma setiap bulan.

Ini bermakna, anda tidak perlu membuat caruman setiap bulan tetapi anda akan terima manfaat yang sama.

Sebenarnya, banyak lagi kelebihan yang anda akan dapat jika anda mempunyai pelan takaful sendiri.Oleh itu, carilah Perunding Takaful yang berdaftar yang mampu memberi nasihat terbaik kepada anda.

Nak tahu bagaimana dengan hartanah boleh dapat Takaful PERCUMA?
Mudah sahaja. Beli sebuah rumah yang mampu memberi pulangan sewa RM300 setiap bulan.
Gunakan lebihan wang RM300 tersebut untuk membayar Takaful anda.

PIRAMID KEWANGAN MEMUDAHKAN PENGURUSAN KEWANGAN ANDA

Masalah kewangan biasanya berpunca dari pengurusan kewangan yang tidak teratur dan kurang meyakinkan. Pengurusan kewangan yang tidak teratur biasanya terjadi apabila kegagalan individu meletakkan wang mereka di dalam pelaburan, simpanan dan perlindungan dengan seimbang.

Piramid Kewangan ini akan membantu anda menyusun kewangan anda menjadi lebih teratur serta lebih kurang berisiko untuk mengalami masalah kewangan. Dalam sistem piramid kewangan ini, pengurusan simpanan, aset, pelaburan dan perlindungan dibahagi sebaiknya dengan seimbang.

 
ASET

Dalam kewangan, perkara penting yang anda perlu anda serta menjadi matlamat kewangan anda adalah aset seperti rumah dan emas. Aset seperti ini bertujua melindungi kita pada masa hadapan dari masalah kejatuhan nilai wang ringgit.

Pada masa yang sama, nilai untuk aset tersebut juga semakin meningkat naik.

Dalam Piramid Kewangan, aset terletak dikedudukan paling atas dengan kotak yang lebih kecil. Ini menunjukkan aset adalah perkara yang anda perlu ada walaupun dengan kuantiti yang sedikit. Menurut Robert Kiyosaki, rumah yang dijadikan pelaburan adalah aset manakala rumah untuk kediaman sendiri pula adalah satu liabiliti.

Namun, rumah tersebut tetap penting dan memberi banyak manfaat walaupun bukan untuk pelaburan. Rumah yang kita duduki itu boleh meningkat naik nilainya pada masa akan datang serta memberikan kita perlindungan untuk berteduh.

Manakala emas pula lebih mudah untuk dicairkan berbanding rumah.

 
PELABURAN

Pelaburan yang terdapat di dalam Piramid Kewangan ini terbahagi kepada dua iaitu pelaburan untuk jangka masa panjang dan untuk jangka pendek,

Pelaburan jangka masa panjang

Contoh terbaik pelaburan jangka masa panjang adalah seperti pelaburan unit trust dan saham. Anda boleh bermula melabur dalam instrumen ini dengan modal yang sangat rendah. Ketika usia masih muda, gunakan wang anda sebaiknya dengan melabur dalam unit trust untuk kegunaan pada masa akan datang.

Tempoh terbaik adalah melebihi 10 tahun atau sehingga anda berusia 55 tahun.

Pelaburan jangka masa pendek

Pelaburan jangka masa pendek ini boleh dilakukan untuk kegunaan seperti deposit rumah, deposit kereta, perbelanjaan perkahwinan atau kegunaan perbelanjaan anak-anak. Pelaburan ini biasanya tidak melebihi dari 5 tahun. Dengan tempoh yang pendek, keuntungan yang diterima juga tidak tinggi seperti pelaburan jangka masa panjang.

Antara contoh terbaik yang anda boleh lakukan adalah seperti pembiayaan ASB.

 
SIMPANAN

Setiap simpanan mestilah dibuat dengan matlamat yang jelas. Contoh matlamat simpanan adalah seperti berikut:

Simpanan kecemasan

Simpanan kecemasan boleh dilakukan sehingga anda mempunyai simpanan enam (6) bulan dari gaji semasa anda. Simpanan ini akan membantu anda ketika anda di dalam kecemasan seperti kerosakan kereta, masalah kesihatan dan lain-lain lagi.

Simpanan peribadi

Simpanan peribadi pula boleh dilakukan untuk kegunaan peribadi seperti pergi melancong, melakukan aktiviti luar, derma, beli gajet baru atau makan di tempat yang lebih mewah. Pengurusan kewangan yang baik tidak menghalang seseorang untuk menikmati kehendak individu.


PERLINDUNGAN

Perlindungan sangat penting kepada individu dan terbahagi kepada beberapa bahagian.

Pampasan

Tujuan pampasan diambil adalah untuk tidak membebankan waris anda. Individu yang perlu mempunyai pampasan ini adalah individu yang bekerja dan mempunyai tanggungan. Pampasan tersebut dijadikan sebagai penggantian pendapatan atau replacement income bagi waris atau individu dibawah tanggungan anda.


Selain itu, pampasan ini juga akan membantu menyelesaikan hutang yang tertunggak. Pampasan menjadi lebih penting apabila anda menjadi satu-satunya individu yang bekerja dan menampung perbelanjaan keluarga.

Kad perubatan

Selain pampasan, kad perubatan juga penting bagi mengelakkan anda kehilangan simpanan anda. Jika berlaku masalah kesihatan yang melibatkan perbelanjaan serta kos yang tinggi, kad perubatan akan membantu anda tanpa menggunakan duit simpanan anda.

Masalah kesihatan atau kemalangan adalah sesuatu yang sukar untuk dijangka. Konsep perlindungan adalah membantu anda menghadapi keadaan yang diluar jangkaan anda.

BERAPA BANYAK NILAI PERLINDUNGAN YANG ANDA MESTI ADA? Klik Sini

RM8,000 SEBULAN HANYA DENGAN UBER

Dengan kos kehidupan yang kian meningkat dan kadar peningkatan pendapatan yang tidak selari, rakyat Malaysia terus berdepan dengan perjuangan kewangan.

Untuk mengatasi peningkatan kos kehidupan, orang ramai mula berjimat dengan mengurangkan aktiviti seperti membeli-belah dan makan di luar.

Jalan penyelesaian yang paling tepat untuk mendapatkan pendapatan tambahan ialah dengan mempertimbangkan peluang memanfaatkan masa lapang yang ada.

Salah satu pilihan yang semakin popular adalah untuk menjadi rakan kongsi Uber, dan ianya bersesuaian dengan keperluan anda.

Ingin Sertai Kami Sekarang Sebagai Pemandu UBER dan Jana Pendapatan? KLIK SINI

Beban anda akan menjadi lebih ringan apabila anda mempunyai pendapatan sampingan untuk membiayai komitmen kewangan anda

Perkhidmatan paling asas Uber adalah Uber X, diikuti Uber XL dan Uber Black.

Persoalan yang paling penting disini adalah: berapakah pendapatan yang anda boleh perolehi dengan memandu pelanggan di sekitar bandar?

Kami juga ingin mendapatkan jawapannya.

Oleh sebab itu, kami telah membuat pengiraannya untuk manfaat orang ramai:

Anggaran pendapatan pemandu Uber di Malaysia



















Berdasarkan pengiraan di atas, kemungkinan besar pendapatan kasar pemandu Uber X separuh masa boleh mencecah RM3,032 sebulan sekiranya dia bekerja 4 jam setiap hari pada hari minggu (Isnin hingga Khamis), 5 jam pada hari Jumaat dan 6 jam pada hujung minggu.

Ini tidak termasuk rujukan aktif daripada pelanggan Uber.

Namun, ini hanyalah pengiraan anggaran jika anda boleh memandu ketika waktu puncak yang ditetapkan (sila rujuk kepada struktur bertingkat di bawah yang berasaskan kadar sejam).

Sekiranya anda ingin menjadi pemandu Uber sepenuh masa, anda kemungkinan boleh memperolehi sebanyak ini sebulan (berdasarkan cara konservatif) – dengan memperolehi pendapatan sebanyak RM2,095 setiap minggu dalam konteks tambang kasar!

Maksimakan potensi pendapatan anda











Untuk mendapatkan gambaran menyeluruh yang lebih baik, berikut adalah struktur pembayaran terkini (Mei 2016) bagi pemandu Uber X.

Sumber: Uber Malaysia














Ingin Sertai Kami Sekarang Sebagai Pemandu UBER dan Jana Pendapatan? KLIK SINI


Antara manfaat terbesar apabila anda menyertai Uber ialah anda menjadi majikan sendiri dan anda dapat mengawal sepenuhnya segala urus niaga anda.

Namun demikian, anda harus aktif di talian untuk jangka masa yang agak panjang untuk mendapatkan potensi pendapatan yang ditetapkan.

Rakan kongsi pemandu Uber juga harus menyediakan kenderaan sendiri.

Kenderaan tersebut haruslah keluaran tahun 2007 dan ke atas.

Kenderaan yang melebihi lima tahun memerlukan pemeriksaan tambahan.

Anda juga perlu membiayai segala perbelanjaan ke atas kenderaan anda (termasuk peyelenggaraan, pinjaman bank dan insuran), walaupun Uber mempunyai program manfaat rakan kongsi untuk membantu anda.

Akhirnya, Uber akan mengenakan caj komisen sebanyak 25% untuk UberX, 25% caj komisen untuk Uber Black dan 28% caj komisen untuk Uber XL.

Walau bagaimanapun, Uber masih menyediakan perjanjian yang lumayan dari segi kewangan untuk mereka yang ingin mendapatkan pendapatan bulanan tambahan.


Cara fleksibel untuk memperolehi pendapatan sampingan

Kebanyakan orang berpendapat bahawa cara sampingan untuk memperolehi pendapatan tambahan adalah menarik dan semakin popular di kalangan orang ramai terutamanya untuk rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan kebebasan kewangan.

Salah satu tarikan Uber ialah ia seakan-akan satu kerja sambilan yang senang dimulakan dan diakhiri mengikut kehendak anda.
Anda tidak terikat kepada apa jua pertalian atau perjanjian.

Selain itu, anda hanya perlu mempunyai kenderaan sendiri (kebanyakan daripada kita sudah pun memiliki kenderaan sendiri), lesen memandu yang sah dan waktu lapang di sebelah petang (ataupun pagi mengikut masa lapang anda) – dan anda sudah siap sedia.

Akhir sekali, pendapatan sampingan bukan sekadar memberikan anda kehidupan yang lebih mewah seperti menghirup kopi Starbucks atau bersantai di pantai.

Beban anda akan menjadi lebih ringan apabila anda mempunyai pendapatan sampingan untuk membiayai komitmen kewangan anda seperti pinjaman kereta, pinjaman perumahaan dan juga kos pendidikan anak-anak yang kian meningkat.

Anda juga boleh menggunakan pendapatan sampingan ini untuk membuat pelaburan yang boleh menjana pendapatan tambahan.

Selain itu, pendapatan sampingan juga bermanfaat di peringkat berbeza kehidupan kita seperti menjemput kelahiran anak baru, simpanan untuk tempahan rumah baru ataupun untuk menukar kereta yang lebih besar bagi menampung keluarga anda yang membesar.

Yang paling penting, tiada masa yang lebih sesuai daripada ini untuk melindungi simpanan hari tua anda di samping mempunyai pendapatan tambahan yang dapat menambah wang persaraan anda.

Selain itu, dengan keadaan ekonomi yang kurang stabil, kita perlu mempunyai sokongan kewangan yang sepenuhnya.


MESTI BACA : Bekas Menteri berikan sebab beliau jadi pemandu Uber 

Ingin Sertai Kami Sekarang Sebagai Pemandu UBER dan Jana Pendapatan? KLIK SINI 

Selasa, 22 November 2016

BAGAIMANA MENJADI JUTAWAN MELALUI SIMPANAN ASB DENGAN GAJI RM2000 SEBULAN.'LIKE' PAGE'..

Ramai diantara kita hanya tahu untuk menyimpan duit di dalam ASB kerana mendapat pulangan yang lebih baik dari menyimpan di dalam akaun simpanan bank. Tetapi lumrahnya pada mereka yang bergaji kecil atau hanya boleh menyimpan dengan jumlah yang sedikit, pulangan dari ASB ternyata bukan masyuk.

Jadi ada tak cara lain untuk meningkatkan pulangan itu dengan berlipat ganda dalam masa yang singkat?

Kita lihat tips yang di kongsikan oleh bro Rashdan seorang perunding ASB loan.
Bagaimana RM537 Menjadi RM340,000 Dengan Teknik ASB??

Buat duit dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB) semakin popular disebabkan pulangannya yang agak konsisten. Pada tahun 2013 dividen ASB ialah 8.7% termasuk bonus dan 8.5% pada tahun 2014 yang lalu. Mereka yang tidak merebut peluang keemasan di depan mata ini memanglah merugikan.
Ramai di antara kita yang merungut kerana tidak mempunyai duit lebih untuk disimpan di ASB. Sebenarnya ianya bergantung bagaimana kita menguruskan kewangan bulanan yang kita dapat. Yang terbaik ialah kita simpan dahulu dan lebihnya kita gunakan buat perbelanjaan. Bukannya belanja dulu baru simpan! Konsep ini dah terbalik.

Sebagai contoh, jika anda mendapat gaji RM2,000 sebulan, anda perlu menyimpan 30% dahulu atau RM600 ke ASB. Baki RM1,400 barulah anda gunakan untuk membayar rumah, kereta dan bil yang selainnya. Kalau tak cukup, anda perlu rombak semula gaya hidup anda untuk menampung perbelanjaan baki tadi.

Jadi bagaimana untuk kita buat duit dengan ASB. Ada beberapa cara yang biasa kita dengar tetapi terdapat 2 teknik kewangan yang boleh anda pilih, samada untuk jangka masa panjang atau jangka masa pendek. Jangka masa pendek ialah antara 5-7 tahun untuk kita memaksimakan pulangan dividen daripada ASB.

Disini dibongkarkan 4 teknik buat duit dengan ASB :

Teknik #1: Buat Duit Dengan ASB – Jangka Masa Panjang

Di sini anda akan membuat pinjaman ASB di bank-bank terkemuka.
Jika gaji anda RM2,000, buat loan RM100,000 dimana bayaran bulannnya ialah RM537 sebulan (anda gunakan duit 30% daripada gaji RM2,000).

Dalam setahun dividen yang anda perolehi ialah RM8,000 (andaian dividen 8%). Dalam masa 30 tahun anda sudah menjana dividen sebanyak RM240,000. Ditambah dengan pembiayaan pokok RM100,000 anda menjana RM340,000!

Cuba bandingkan jika anda tidak membuat pinjaman dan menyimpannya setiap bulan. Dalam setahun anda menyimpan RM537x12= RM6,444. Dividen setahun cuma RM276, dan untuk tempoh 30 tahun jumlah dividen lebih kurang RM8,280. Ditambahkan dengan simpanan pokok selama 25 tahun sebanyak RM193,320, jumlahnya ialah RM201,600. Disini anda telah rugi RM138,400!


Teknik #2: Buat Duit Dengan ASB – Jangka Masa Panjang

Disini anda buat pinjaman yang sama sebanyak RM100,000.
Anda hanya perlu sediakan bayaran tahun pertama sahaja sebanyak RM537x12=RM6,444. Untuk tahun kedua, anda keluarkan dividen sebanyak RM8,000 dan buatkan autodebit untuk bayar automatik ke bank setiap tahun. Anda masih ada lebihan RM1,556 setiap tahun. Setelah tempoh matang 30 tahun, anda lihat perolehannya:

RM100,000

Dengan teknik kedua ini, dengan modal permulaan RM6,444 anda mendapat RM100,000.
Namun sekiranya anda mempunyai modal RM6,444 dan anda simpan (peram) dalam ASB Biasa, anda hanya memperolehi RM64,800 pada  tahun ke 30.

Teknik #3: Buat Duit Dengan ASB – Jangka Masa Pendek

Di sini anda buat pinjaman yang sama sebanyak RM100,000. Anda perlu konsisten melabur tanpa mengeluarkan dividen yang diperolehi.

Selepas masuk dividen tahun ke 5, anda batalkan pinjaman ASB dan lihat perolehannya:
RM6,444 x 5 = RM32,220 <- bayaran pembiayaan yang telah dibuat

SELEPAS TAHUN KE LIMA KANSEL LOAN ASB:

Bank akan memulangkan kembali nilai pokok pembiayaan (Prinsipal) setelah tolak interest bank = 8,172 + dividen terkumpul RM46,932. Jumlah keseluruhan = RM55,104 tidak termasuk pengembalian insurans anda pada tahun kelima.

Dengan teknik ketiga ini, dengan modal pelaburan RM32,220 anda mendapat RM55,104.

Teknik #4: Buat Duit Dengan ASB – Teknik Jutawan

Disini anda buat pinjaman yang sama sebanyak RM100,000. Anda perlu konsisten melabur tanpa mengeluarkan dividen yang diperolehi selama tempoh pinjaman (macam simpan dalam KWSP).

Modal Pelaburan:
RM6,444 x 30 = RM193,320 <- bayaran pembiayaan yang telah dibuat

PADA TAHUN KE 30:
Bank akan memulangkan kembali nilai pokok pembiayaan (Prinsipal) = RM100,000 + Dividen terkumpul RM906,266. Jumlah keseluruhan = RM1,006,266

Dengan teknik keempat ini, Impian anda untuk menjadi Jutawan telah terlaksana. Yahoo!!
Untuk buat duit dengan ASB, kini anda boleh pilih untuk jangka masa panjang atau pendek. Yang penting masyukkk…

Jadi apa pandangan anda tentang tips ini? Boleh lah cuba tapi anda haruslah berdisiplin untuk melaksanakannya.

AMARAN – ASB masih adalah sebuah pelaburan di mana pulangannya tidak di jamin oleh mana-mana pihak. Anda harus faham akan risiko pelaburan sebelum membuat keputusan untuk melabur.
Sumber: SmartWealth2U dan Rashdan (Perunding ASB Loan)

BEGINI RASANYA BILA NAIK 'FIRST & BUSINESS CLASS' QATAR AIRWAYS

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Siapa sangka, sebelum ini saya hanya simpan angan-angan untuk menaiki penerbangan kelas premium.

Walaupun masih bergelar pelajar dan tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap, namun tiada yang mustahil dalam hidup jika kita berusaha untuk mencapainya.

Rezeki Allah dah tetapkan, simpan cita-cita serta usaha yang selayaknya untuk menggapai impian kita.
Okay untuk kali ini, saya ingin kongsikan pengalaman menaiki First & Business Class dari Kuala Lumpur-Doha-Cairo serta beberapa tips tambahan.

1. CHECK IN
Sebelum penerbangan lagi, dah dapat merasa kelebihan menaiki penerbangan kelas premium. Okay untuk kelas premium akan ada kaunter khas untuk daftar masuk.

Untuk penerbangan kali ini, anggaran kasar hanya 30 kerusi kelas premium. Jadi memang tak payah nak beratur panjang untuk check in, dalam setengah jam dah siap. Berbanding kelas ekonomi, masa untuk daftar masuk sahaja dah mengambil masa hampir sekitar 2 jam.

TIPS 1: Anda boleh mendaftar masuk di kaunter Business Class walaupun menaiki kelas ekonomi dengan syarat anda memiliki kad loyalti penerbangan tersebut, sekurang-kurangnya kad anda berstatus Silver.

2. LOUNGE
Okay dah siap check in, sekarang ada masa sekitar 2 jam lagi sebelum penerbangan. Jadi untuk mengisi waktu ini, anda bolehlah menunggu di dalam lounge Plaza Premium.

Walaupun tak semewah dan secantik KLIA Golden Lounge, tapi bolehlah untuk rehatkan badan sambil makan makanan yang ada di dalam lounge tersebut. Untuk yang tidak mengetahui, anda boleh makan dan minum secara PERCUMA di dalam lounge tersebut, jadi jangan ragu ragu dan makanlah sepuas-puasnya.

TIPS 2: Bagi yang ingin memasuki lounge Plaza Premium tanpa menaiki penerbangan kelas premium, anda juga boleh memasuki lounge tersebut dengan bayaran RM150 ++ untuk 2 jam.

3. WAKTU PENERBANGAN
Jadi inilah waktu yang ditunggu-tunggu, waktu untuk terbang. Yang pasti penerbangan kali ini bukanlah seperti penerbangan biasa, tetapi penuh keselesaan dan kebahagiaan, haha.

Layanan adalah berbeza mengikut syarikat penerbangan. Apa yang menarik mengenai Qatar Airways, kita boleh memesan apa jua makanan di dalam menu pada bila-bila masa. Jadi kalau rasa nak makan, order je. Tiada waktu yang tetap untuk makan seperti kelas ekonomi.

Sewaktu ‘boarding time’ pramugari akan memberikan minuman ‘pre-departure drink’ serta mengagihkan Amenity Kit berjenama Giorgio Armani dan pijama untuk keselesaan sewaktu penerbangan.

Dengan konfigurasi kerusi 2-2-2 ruang tempat duduk amatlah luas serta selesa. Bukan itu sahaja, kerusi juga dapat dilaraskan menjadi ‘flat bed’. Pergh memang syok weh tidur. Penerbangan 8-10 jam pun tidak menjadi masalah.

Mungkin yang ini tidak berapa special bagi sesetengah orang, tetapi berbaloi untuk dinyatakan di dalam artikel ini.

Walaupun hanya ada sekitar 30 kerusi kelas premium, tetapi ada 4 tandas yang disediakan. Kalau nak pergi ke tandas tak perlu nak menunggu lama dan tandasnya sentiasa bersih.

TIPS 3: Beradab semasa berinteraksi dengan pramugari atau pramugara. Anda berkemungkinan besar akan mendapat makanan tambahan atau freebies. Tidak memakai headphones semasa berinteraksi adalah salah satu cara menunjukkan anda menghormati mereka.

4. TRANSIT
Sejujurnya, saya tak pasti yang mana lagi seronok, sama ada sewaktu penerbangan atau sewaktu transit. Keduanya memberikan pengalaman yang sama-sama seronok tetapi cukup berbeza.

Untuk penerbangan kali ini sengaja saya memilih transit yang lama iaitu 9 jam padahal transit 1 jam pun ada. Dah kenapa kan pelik sangat perangai kau ni Taqim. Haaa sekarang meh nak bagitau kenapa pilih transit sampai 9 JAM.

Sebagai pemegang tiket First Class, keluar sahaja daripada kapal terbang terus menuju ke First Class Al Safwa Lounge. Sukar untuk digambarkan secara terperinci mengenai lounge ini melalui penulisan. Selepas ni anda bolehlah melihat gambar yang disediakan bersama artikel ini.

Lounge ini terletak di tingkat 3 di dalam Hamad International Airport, Doha. Ini menambahkan keunikan lounge itu sendiri kerana untuk ke pintu masuk lounge tersebut, anda perlu menaiki satu eskalator yang panjang bermula dari tingkat 1 ke tingkat 3.

Apa yang menarik mengenai lounge ini, anda diberikan satu bilik khas jika transit melebihi 6 jam. Ya saya ulang satu bilik khas, dah macam hotel dah kan? Bukan setakat dapat berehat, nak mandi dan tidur pun boleh semasa transit.

Bayangkan sebesar-besar lounge tersebut, mungkin kurang daripada 100 orang penumpang yang tengah transit dalam tu. Secara psikologi anda akan berasa macam orang penting.

Untuk makluman, Yang di-Pertuan Agong dan juga Tun Dr Mahathir serta isterinya pernah ke lounge ini. 9 jam berlalu, sekarang tiba masanya untuk ke destinasi seterusnya, iaitu, Kaherah, Mesir.

TIPS 4: Kalau anda pemegang tiket First Class, Anda boleh memasuki mana mana lounge yang lain seperti Al Mourjan Lounge (Business Class).

TIPS 5:  Tips untuk lounge, pemegang kad gold dapat masuk bisnes class golden lounge Malaysia Airlines bawa teman seorang. Pemegang platinum kad dapat masuk first class lounge Malaysia Airlines bawa 2 teman walaupun 3 orang tu semua naik kelas ekonomi.

TIPS 6:  Tips check in. Silver member dapat check in extra 10kg tanpa caj tambahan, gold dapat 15kg, platinum dapat 20kg tak kira tiket penerbangan kelas apa.
Pemegang kad platinum jika naik kelas economi total berat beg yang dibenarkan ialah 45kg + 20kg = 65kg. Pemegang kad platinum jika naik kelas bisnes total berat beg dibenarkan ialah 65kg + 20kg = 85kg.

TIPS 7: Tips waktu penerbangan, kalau flight overbook akan ada pemegang tiket economi yang diupgrade. Waktu ini dikira sebagai cabutan bertuah. Keutamaan akan diberi kepada ahli kad platinum. Jadi tak rugi daftar frequent flyer mana tau anda seorang sahaja ahli hari tu maka anda akan diupgrade walaupun anda berstatus paling bawah. It already happened to me, twice – Mohd Hisham Rosslan

Plaza Premium KLIA

Buffet di Plaza Premium KLIA



Minuman Ringan Selamat Datang

Pijama untuk kegunaan semasa penerbangan

Menu

Menu Makanan

Sentuhan yang simple tapi terus memberikan gambaran yang premium



Pramugari Qatar Aiways

'Kacang Manis' & 'Ais Krim'

Kerusi boleh laras - Selamat Malam

Amenity Kit by Gergio Armani

Long Escalator

Al Safwa First Lounge Transit

Al Safwa Room

Al Safwa Room - Bahagian dalam

Al Safwa Room - Bahagian dalam

Al Safwa Room - Bahagian dalam

Al Safwa Lounge - Ruang legar

Al Safwa Lounge - Tempat makan

Al Safwa Lounge - Tempat makan


Al Safwa Lounge - Tempat berwuduk

Al Safwa Lounge - Bilik Sholat















Dah itu sahaja untuk kali ini. Di kesempatan ini, ingin saya ucapkan terima kasih kepada Mohd Hisham Rosslan dan Syazana Jasman sebagai peneman sepanjang trip kali ini.

Kalau ada rezeki ingin saya berkongsi mengenai pengalaman menaiki kelas ekonomi tetapi yang syoknya dapat masuk lounge dan dijemput sebaik sahaja keluar daripada kapal terbang. Jumpa lagi di lain kali.

Sumber : Ahmad Mustaqim (The Vocket)