Dividen dan Bonus ASB untuk pengagihan 2017 baharu saja diumumkan. Bagaimana pendapat anda?? Kepada mereka yang membuat ASB Loan, berapa percentage untuk margin keuntungan tahun ini??? Jatuh kah naik??
Banyak bentuk pelaburan yang boleh anda buat. Ada yang mengatakan Unit Trust, kerana ada yang untung sampai 15% - 20% peratus setiap tahun. Tetapi, perlu ingat itu cerita kalau untung. Kalau rugi?? Terpaksa juga ambil kira risikonya.
Kalau sudah rugi sendiri mahu ingat kesannya. Berbeza dengan ASB yang mana keuntungan sentiasa dijamin pada paras selamat, cuma naik atau turun bergantung juga kepada keadaan semasa dan ekonomi negara... (hehehehe.... Politik??)
Unit Trust lain (biasanya Bank-Backed ) untuk Medium ke Long Term Investment (3 hingga 5 tahun). Jadi tidak boleh dibandingkan dengan ASB disebabkan Instrumennya memang tidak sama.
- Dividen ASB diberikan kepada para pelabur setiap hujung tahun (Pro-Rate)
- Private UT pula sekurang-kurangnya kena tunggu 3-5 tahun. Kadang-kadang dalam masa jangka pendek pun boleh untung banyak itupun kalau market 'bullish' ditambah rezeki dapat Agen yang bagus.
Masuk pula cerita pasal Dividen Bank Rakyat. Waduhh……untungla siapa yang dapat masuk. Dulu masa buka, kebanyakan orang ramai buat tak kisah ataupun mungkin tak cukup duit masa itu.
Kalau tiada kabel orang dalam, nak potong giliran, jangan harapla. Bank Rakyat pula merupakan koperasi. Akta Koperasi dah kata, nilai maksima untuk kadar dividen yang boleh diberikan adalah 15%. 15% ? Tak cukup lagi?
Cara Pengiraan Dividen ASB dan Bonus ASB
Cara pengiraan kadar Dividen ASB dan Bonus ASB adalah berdasarkan Baki Minimum Bulanan (BMB), iaitu baki terendah bulanan dari 1hb hingga hari terakhir bulan tersebut. Sebagai contoh:
Kadar pengagihan pendapatan dan bonus ASB yang diumumkan adalah seperti berikut:-
- Pengagihan Pendapatan : 6.75
- Bonus ASB : 0.50
(a) Pengiraan Dividen ASB
Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah pada setiap bulan untuk jangkamasa 12 bulan ataupun setahun. Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 1hb pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan.
Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan ke hadapannya. Sebagai contoh,
Contoh pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 2016 :-
Jumlah *BMB dari bulan Januari hingga Disember x KADAR 12 Bulan
- BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
- Baki minimum bagi setiap bulan akan ditentukan terlebih dahulu mulai Januari, sehingga Disember, (12 bulan).
- Baki-baki minimum tersebut akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 (Jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan purata baki minimum tahunan.
- Purata baki minimum tahunan yang diperolehi akan didarabkan dengan kadar pengagihan pendapatan yang diisytiharkan.
(b) Pengiraan Bonus ASB
Pengiraan bonus pula adalah berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan untuk jangkamasa 10 tahun ataupun 120 bulan terdahulu.
Contoh pengiraan bonus bagi tahun berakhir 2016 :-
Jumlah *BMB dari bulan Januari 2006 hingga Disember 2016 X KADAR 120 Bulan
- BMB adalah Baki Minimun Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
- Baki minimum bulanan selama 10 tahun bermula dari Januari 2006 hingga Disember 2016 (120 bulan) dicampurkan kesemuanya dan dibahagikan dengan 120 bagi mendapatkan purata baki minimum untuk tempoh 10 tahun.
- Purata baki minimum 10 tahun yang diperolehi didarabkan dengan kadar bonus yang diisytiharkan.
P/S : Sebenarnya cara pengiraan dividen ASB dan bonus asb ini turut dinyatakan dalam penyata tahunan yang dihantar kepada pelabur setiap tahun. Jadi pastikan alamat semasa adalah yang terkini. Selamat menggunakan kadar dividen ASB anda untuk renovate rumah, tampung perbelanjaan minyak ataupun persiapan anak-anak menjelang pembukaan sesi persekolahan tak lama lagi.
Ada yang masih musykil dan tidak dapat kira???? Bah, mari guna Kalkulator ASB lah senang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan