Isnin, 19 Disember 2016

ISU 'MyDebit' JANGAN PANIK


Bank Negara Malaysia mengarahkan semua bank meng-upgrade chip ATM Card kepada chip Debit Card untuk fungsi pembelian runcit dan online sahaja. Kecuali Agro Bank, Affin Bank dan Bank Rakyat sahaja yang tidak terlibat dalam urusan ini.

Mulai 01.01.2017 transaksi pembelian runcit dan Online akan di 'BLOCK' jika chip card TIDAK DI TUKAR kepada chip Debit Card.

Transaksi di mesin ATM boleh berjalan seperti biasa walaupun kad ATM itu tidak di tukar. Kad ATM adalah kad yang belum di-upgrade kepada status Debit Card. Debit Card ada di cetak pada kad yang di tulis MY DEBIT atau PAYWAVE atau VISA atau MASTER dan ada tarikh luput 5 tahun. Caj yang dikenakan RM 12.70 tu bukan denda tapi caj semasa mengikut kadar bank masing-masing.

BNM (Bank Negara Malaysia) mengarah suruh tukar sebab bank-bank buat promosi FREE untuk menggalakkan orang ramai menggunakan Kad Debit bermula September 2016. Pada Januari 2017 ianya akan kembali kepada caj asal iaitu RM12.70 untuk pertukaran Kad ATM kepada Kad Debit. Hanya BIMB mengenakan caj RM12.72.

HARAP MAKLUM SEMUA TENTANG HAL INI.
Jadi kalau makcik pakcik yang uzur yang memang sekadar guna ATM sahaja, jangan la dipaksa datang ke bank untuk tukar kad.
Kadang-kadang orang ramai lebih mudah percaya pada viral dan tiada sikap nak bertanya bank tentang kesahihan viral itu. Penuh dalam bank dengan orang tua yang kelihatan uzur.

Terima Kasih



Semenjak dua menjak ni boleh dikatakan semalaya bercerita pasal Debit Card. New world oder sikit-sikit dah mula tunjukan kekuasaannya melalui bank. Ini berkaitan dengan permainan dunia, saya tak mahu ulas lebih. Cuma Nak share apa yang saya nampak depan mata & saya faham.

1) Bank berjaya triger situasi panik kepada rakyat Malaysia terutamanya warga tua.

2) Orang beratur punya ramai mau tukar kad dan nombor giliran habis jam 10am.

3) Makcik-makcik datang dari jauh sewa teksi bayar mahal-mahal beratur di bank untuk dapatkan nombor tukar kad tapi hampa sebab nombor habis.

4) Tidak putus asa, esoknya datang lagi,bayar lagi kos minyak kereta, beratur lagi kali ni dapat nombor, alhamdulillah dapat nombor "1097" sekarang nombor baru "1001"

5) Yang tua dengan yang muda sama beratur, tak ada spacial lane untuk warga emas. Makcik cakap kalau tak tukar kad nanti tak boleh nak ambil duit. Sebabnya gaji masuk melalui bank.

6) Mak saya cakap kalau ndak tukar kad nanti tak dapat " BR1M " 2017.

- Perlu ke tukar kad baru sebenarnya?
- Warga emas buat belian online yang guna debit kad ke?
- call HQ beri tahu kalau tak buat penukaran pun masih boleh keluarkan duit cuma tak boleh guna fungsi DEBIT KAD & PAY WAVE sahaja.
- kenapa nak momokan penukaran kad baru tahun 2017 akan di cas RM12++ bukan ke selama ni setiap kali penukaran kad akan didebit dalam akaun?


- Kenapa tak ada siapa terangkan?
- Kenapa tak berusaha semaksima mungkin untuk terangkan?
- Kenapa tak keluar dari pintu bank terangkan pada orang ramai?
- Kenapa tak kesian pada orang yang kurang bijak dalam hal ni?



Kalau yang baca ni perihatin sampaikanlah pada orang sekeliling supaya reda situasi panik.

Kesian sunguh pada makcik-makcik, mereka bukan orang senang cuma mereka sangat takut kalau hilang duit. Percayalah seringgit pun mereka tak mahu hilang kena tipu.

Memanglah trend ni kita sudah ndak boleh mau ubah, tapi bolehkan kalau kita mudahkan..


Boleh kasi share post ini kalau rasa tempat anda pun ada situasi panik macam ni !!

Kira suatu fardu kifayah untuk kita membantu dan menolong dengan informasi seperti ini...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan