Selain melabur untuk diri sendiri, anda mungkin perlu memikirkan pelaburan untuk anak-anak anda atau bakal anak anda. Pelaburan tersebut adalah berbentuk jangka masa panjang dan untuk kegunaan mereka ketika mereka meningkat dewasa.
Semua ibu bapa mahu memberikan yang terbaik untuk anak mereka dan pelaburan juga merupakan salah satu daripada perkara yang anda boleh berikan kepada mereka. Terdapat pelbagai jenis pelaburan yang anda boleh lakukan, tetapi anda perlu pilih yang terbaik dan sesuai dengan keadaan semasa.
Berikut adalah beberapa jenis pelaburan yang anda boleh ambil untuk anak-anak anda.
Amanah Saham Berhad (ASB) adalah satu tempat simpanan dan pelaburan jangka masa panjang yang sesuai untuk anak anda kerana risikonya yang rendah. Kadar keuntungan yang diterima juga adalah tinggi dan sangat kompetitif dengan pasaran.
Sebagai ibu bapa, anda boleh membuka akaun ASB untuk anak anda dengan langkah-langkah berikut:
1. Pergi ke bank, pejabat pos atau pejabat PNB yang berhampiran
2. Pastikan anak anda sudah berusia 6 bulan.
3. Sila bawa salinan Mykid anak, dan kad pengenalan penjaga (ibu bapa)
4. Isi borang yang diberikan (ASNB P1/ASNB DF)
Selepas berjaya buka akaun tersebut, anda boleh buat simpanan secara tetap setiap bulan untuk satu tempoh masa yang panjang. Hasil simpanan dan pelaburan tersebut boleh digunakan bagi tujuan pendidikan peringkat tinggi, perubatan atau beli rumah.
Unit Trust
Pelaburan Amanah Saham atau lebih dikenali sebagai Unit Trust juga merupakan satu pelaburan yang baik untuk anak-anak anda. Dengan simpanan serendah RM200 setiap bulan, anda boleh gandakan wang tersebut untuk kegunaan anak-anak anda.
Unit Trust
Pelaburan Amanah Saham atau lebih dikenali sebagai Unit Trust juga merupakan satu pelaburan yang baik untuk anak-anak anda. Dengan simpanan serendah RM200 setiap bulan, anda boleh gandakan wang tersebut untuk kegunaan anak-anak anda.
Anda boleh buka akaun melalui ejen yang berdaftar atau terus pergi ke mana-mana cawangan yang menawarkan pelaburan amanah saham tersebut. Seperti ASB, anda boleh gunakan hasil simpanan dan pelaburan Unit Trust untuk manfaat anak-anak anda pada masa hadapan.
Pelaburan Hartanah
Selain pelaburan berbentuk duit kertas, anda juga boleh buat pelaburan berbentuk simpanan aset seperti hartanah. Pelaburan hartanah akan menguntungkan anak-anak anda kerana nilainya yang semakin meningkat.
Keuntungan yang anda boleh terima melalui pelaburan hartanah adalah:
1. Keuntungan melalui sewa setiap bulan.
Keuntungan yang diterima setiap bulan boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan anak-anak ada ketika masih kecil seperti pendidikan peringkat rendah dan perbelanjaan harian mereka.
2. Keuntungan melalui kenaikan harga rumah.
Jika anak anda tidak mahu tinggal dirumah tersebut, anda boleh jual rumah tersebut dan menikmati keuntungan melalui kenaikan harga rumah.
Takaful Pendidikan
Takaful tidaklah memberi pulangan yang tinggi terhadap pelaburan. Cara simpanan atau pelaburan Takaful lebih kepada Manfaat Perlindungan. Tetapi pada masa kini kebanyakan Takaful berjenis 'Investment Link' di mana ada dana simpanan pada masa hadapan yang boleh dikeluarkan pada sesuatu tempoh. Apa yang baiknya mengenai pelaburan Takaful adalah anak kita dilindungi samada untuk kos perubatan dan manfaat kematian.
Sekiranya tiada apa-apa yang berlaku, ibubapa boleh mengeluarkan dana yang tersimpan untuk membiayai pelajaran anak ke peringkat lebih tinggi. Terdapat juga insentif-insentif lain di dalam Takaful Pendidikan ini.
Untuk mendapatkan Pelan Takaful Pendidikan. KLIK SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan