Pasaran Modal Malaysia Kalah Dengan Indonesia. Gelaran Harimau Asia Mula Hilang Taring?
Pasaran modal Malaysia hari ini telah jatuh ke kedudukan ke 16 daripada 20 Negara Asia.
Ini realiti perlu kita hadapi sekarang ini apabila Indonesia yang pernah berdepan dengan kancah kemusnahan ekonomi semasa era kepimpinan Suharto.
Terkini Indonesia telah pun berjaya memotong negara kita Malaysia pada Julai 2016. Jikalau kita leka dan alpa untuk bangkit semula dan tidak menjaga ekonomi Malaysia dengan baik, silap-silap negara seperti Vietnam, Kemboja dan Myanmar pula tidak mustahil untuk memotong Malaysia selepas ini.
Setakat ini Malaysia hanya menjadi Taiko untuk negara-negara miskin seperti tersebut di atas.
Tetapi tidak untuk Indonesia, Thailand, apatah lagi Taiwan, Singapura, Korea Selatan dan juga Hong Kong.
Pakar ekonomi Prof. Hoo Kee Ping yang juga merupakan bekas profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia UKM mengatakan yang mana Indonesia sekarang ini menjadi “Darlong” dikalangan pelabur di luar sana.
Realitinya tindakan-tindakan proaktif dan berani sepertimana yang dilakukan oleh Presiden Jokawi telah pun menampakkan impaknya seperti mana diakui sendiri 2 tokoh di bawah ini :
- Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Bekas Menteri Kewangan kedua
- Dato’ Seri Nazir Razak, Pengerusi Kumpulan CIMB
Sebenarnya, pada pertengahan tahun 90an pasaran modal di Malaysia adalah yang di kedudukan empat terbaik di kalangan ekonomi negara Asia selepas Jepun, Taiwan dan Hong Kong.
Dahulu, Malaysia digelar sebagai “Harimau Asia” bersama-sama Jepun, Taiwan dan Hong Kong kerana perkembangan ekonomi Malaysia pada masa itu. Sekarang?
Senarai Kedudukan Terkini Pasaran Modal di Kalangan Negara Asia
Negara | Nilai Pasaran Modal |
---|---|
Hong Kong | RM30 bilion setiap hari |
Indonesia | RM2 bilion hingga RM3 bilion setiap hari |
Shanghai | RM40 bilion hingga RM50 bilion setiap hari |
Malaysia | RM1 bilion hingga RM2 bilion |
Dan Prof Hoo Kee Ping mengatakan hasil kejayaan yang dikecapi Indonesia hari ini tidak datang bergolek begitu sahaja. Tetapi usaha keras yang dilakukan oleh Presiden Indonesia, Jokowi sejak tahun 2014 dan ada tindakannya cukup berani dan mengejutkan dunia. Antaranya :
- Memberikan pengampunan kepada taikun-taikun “super” kaya Indonesia yang lari dari cukai dengan menanam modal di negara seperti Singapore sehinggakan usaha tersebut membuahkan hasil apabila berbilion-bilion dolar telah melimpah masuk ke dalam pasaran Indonesia
- Cukai korporat Indonesia telah turun dari 25 peratus kepada 17 sahaja. Impaknya, kemasukan pelaburan dari syarikat-syarikat asing yang berminat melabur dalam infrastruktur negara Indonesia dan sektor-sektor lain.
- Akhir sekali yang ketiga, berusaha menarik pelaburan sejumlah RM1 trilion dari syarikat-syarikat Jepun
Hasilnya, pasaran modal Indonesia dijangka akan melonjak lagi kepada 20 peratus sehingga akhir tahun ini.
Antara cadangan Prof Hoo Kee Ping supaya pasaran modal Malaysia melonjak kembali ialah :
- Memanggil Morgan Stanley memberikan konsultasi bagi meningkatkan kadar penarafan yang supaya dapat meningkatkan kembali pasaran modal di Malaysia
- Bank Negara Malaysia BNM perlu memudahkan dasar aliran kewangan yang lebih bebas dan memudahkan
- Bank Negara perlu memudahkan pelabur untuk membawa masuk dan mengambil ringgit Malaysia
- Cukai korporat di Malaysia masih lagi kekal 25 peratus. Perlu diturunkan lagi
Sumber telah meneliti laporan berita berpengaruh dunia melibatkan Reuters, Guardian UK, Bloomberg Business, Wall Street Journal WSJ, dan CNBC belum ada keluar setakat ini sebarang berita skandal mengenai pemimpin bernama Jokowi ini. Mungkin sebab inilah beliau dapat menumpukan masa dan dirinya bagi menjaga ekonomi Indonesia sebaiknya. Mungkin juga kan?
P/S : Mungkin Malaysia boleh mencontohi dan mengikut sesuatu dasar yang baik dilakukan Indonesia hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan