Isnin, 5 Disember 2016

APA ITU PERLINDUNGAN 'CRITICAL ILLNESS'


Kita sering mendengar yang agen atau perunding Takaful / Insurans mengatakan yang Plan kita meliputi Perlindungan Pernyakit Kritikal (Critical Illness). Tetapi apa kah kita tahu apa sebenarnya perlindungan tersebut.

Perlindungan Penyakit Kritikan ini biasanya dikenali sebagai PLAN RIDER (Optional) dalam Plan Utama kita. Kita samada boleh memasukkannya sekali ke dalam Perlindungan kita atau tidak. Ianya berfungsi sebagai persiapan kita dalam menghadapi keadaan sekiranya kita di serang atau di DIAGNOSIS dengan 36 Jenis Penyakit Kritikal tersebut. Pengeluaran boleh dikeluarkan sebagai 'Income Replacement' kerana kita sudah tidak berupaya untuk bekerja ataupun sebagai menampung kos ubatan serta rawatan.


SENARAI PENYAKIT KRITIKAL DAN PENYAKIT SPESIFIK

PENYAKIT KRITIKAL

Penyakit Kritikal bermaksud mana-mana 36 penyakit seperti yang telah di tetapkan dan memenuhi tahap/kriteria seperi mana yang di terangkan di dalam polisi. Senarai Penyakit Kritikal yang dibenarkan termaktub oleh Bank Negara adalah :

1. Serangan Jantung
2. Penyakit Koronari Arteri yang memerlukan pembedahan
3. Strok
4. Kanser
5. Kegagalan Ginjal (Buah Pinggang)
6. Penyakit Lumpuh
7. Pemindahan Organ Utama
8. Sklerosis Pelbagai/Berbilang
9. Hepatiti Virus Fulminan
10. Hipertensi Arteri Pulmonari Utama
11. Koma
12. Buta
13. Penggantian Injap Jantung
14. Pembedahan Aorta
15. Penyakit Alzheimer
16. Hilang Pendengaran / Pekak
17. Hilang Kebolehan Bertutur
18. Kebakaran Parah
19. Penyakit Membawa Maut
20. AIDS Akibat Transfusi Darah
21. Penyakit Motor Neuron
22. Penyakit Parkinson
23. Penyakit Hati Yang Kronik
24. Penyakit Paru-Paru Kronik
25. Anemia Aplastik
26. Distrofi Otot
27. Poliomielitis
28. Meningitis Bakteria
29. Tumor Otak Benigna
30. Ensefalitis
31. Full Blown AIDS
32. Lain-Lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius
33. Pembedahan Otak
34. Sindrom Apalik
35. Trauma Kepala Utama
36. Kehilangan Tangan Atau Kaki


Nota Penting :
Perlindungan bermula serta merta selepas polisi lulus (approved) bagi kemasukkan ke hospital akibat kemalangan. Tetapi perlindungan bagi sebab-sebab lain hanya bermula 30 - 120 hari selepas Polisi LULUS.


PENYAKIT SPESIFIK

Perlindungan bagi penyakit-penyakit tertentu (Specified Illness) akan bermula 120 hari selepas polisi lulus. Senarai Penyakit Spesifik tertentu adalah seperti berikut :

- Batu karang di dalam sistem kencing atau hempedu
- Hipertensi atau Penyakit Kardiovaskular (kecuali serangan jantung)
- Diabetes Mellitus
- Semua jenis ketumbuhan, Cyst, Polips atau Kanser (Barah)
- Pembedahan Sinus, Septum hidung atau tonsil
- Hernia, Buasir atau Fistula
- Endometriosis atau difungsi pendarahan uterin

Syarikat tidak akan membayar mana-mana manfaat yang berpunca daripada keadaan sediawujud 
(pre-existing condition) sama ada secara langsung atau tidak langsung sekiranya perkara tersebut tidak didedahkan semasa membuat permohonan insuran atau takaful..

Jika anda menerima rawatan di luar negara, manfaat yang dibayar adalah berdasarkan kos rawatan yang berpatutan dengan caj yang dikenakan oleh hospital di Malaysia. Tiada manfaat akan dibayar jika anda bermastautin di luar negara melebihi 90 hari bagi setiap perjalanan.

DAPATKAN QUOTATION PERCUMA. KLIK SINI



Tiada ulasan:

Catat Ulasan