Singapore bayar GAJI Bulan ke 13 VS Malaysia Bayar Sebagai 'Bonus' Tahunan...
Kita semua rakyat Malaysia mengetahui dalam satu tahun ada 12 bulan jumlahnya.
Yang mana setiap bulan, ada yang 28 hari, ada yang 29 hari ada 30 hari dan juga ada 31 hari. Di mana jumlah hari/jam kerja adalah berbeza-beza.
Puratanya, bagi satu bulan hanya boleh dikira sebagai 28 hari bekerja sahaja. Lebihan hari daripada itu pada setiap bulan akan dikira sebagai tambahan hari bekerja. Dan jikalau dikumpulkan sebenarnya lebihan hari bekerja setiap bulan dalam setiap bulan menjangkau 29 hari jumlahnya.
Tetapi hakikatnya, kebanyakan syarikat di Malaysia mahupun Singapura mengistiharkan lebihan bulan ke 13 itu sebagai 'BONUS' kepada pekerja di mana ia sepatutnya adalah gaji anda.
Walaubagaimanapun, di Singapura majikan sudah mula diarahkan untuk membayar gaji kepada pekerja Singapore secara tahunan bukannya bulanan bagi mengelakkan majikan culas membayar gaji pada bulan ke 13. Jikalau majikan ingkar, majikan ini akan didapati bersalah kerana telah melakukan kesalahan mencuri hak PEKERJA SWASTA, seperti mana yang telah digariskan oleh Kementerian Tenaga Kerja Singapore.
Malaysia Bayar Bonus Vs Singapura Bayar Gaji
Ya betul, bulan ke 13 sepatutnya bukannya 'BONUS' tetapi adalah bayaran gaji di atas lebihan hari dan masa yang dikerah majikan kepada pekerja setiap hujung bulan.
“Realitinya hari ini, Pekerja dibayar 12 bulan untuk 13 bulan bekerja”
Jikalau sudah dibayar gaji setiap bulan dan bayaran gaji pada bulan yang ke 13 juga sudah dibuat, pembayaran selain daripada itu, baru boleh dikira atau dianggap sebagai bayaran 'BONUS'.
Singapore sudah melaksanakan Akta ini, bagaimana pula dengan Malaysia terutamanya pekerja swasta?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan