Sabtu, 31 Disember 2016

Harga tayar naik mulai 1 Januari

AKIBAT kenaikan harga gred getah dan kejatuhan mata wang ringgit, harga tayar baharu dan celup akan dinaikkan antara lima hingga 10 peratus mulai 1 Januari 2017.

Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Tayar Negeri Johor, Goh Soo Chay ketika memberitahu Nanyang Siang Pau, peniaga tayar tempatan dimaklumkan mengenai kenaikan harga tayar ini oleh beberapa pihak seperti syarikat pengimport, pemborong dan syarikat pembuat tayar tempatan.  

“Tayar-tayar import kecuali China akan dinaikkan antara lima hingga 10 peratus, manakala tayar yang diimport dari China dijangka naik sebanyak 10 peratus.

“Manakala syarikat pembuat tayar celup juga telah memberitahu semua peniaga tayar tempatan bahawa harga baharu tayar celup akan dinaikkan antara lima hingga 10 peratus mulai 1 Januari 2017,” kata Soo Chay.

Menurut beliau, syarikat pembuat tayar dari China sebelum ini telah menjelaskan pihaknya terpaksa menaikkan harga tayar disebabkan harga gred tayar SMR20 telah naik sebanyak enam peratus dan ditambahkan lagi kejatuhan nilai ringgit sebanyak lapan peratus.

“Secara keseluruhannya, jumlah kenaikan sepatutnya adalah 14 peratus, namun pihak syarikat pengimport dan pemborong telah bersetuju menetapkan kadar kenaikan sebanyak 10 peratus sahaja,” jelasnya lagi.

Kata Soo Chay, gred tayar SMR20 yang berharga RM6 sekilogram tidak berapa lama dulu telah meningkat kepada RM9.26 sekilogram pada pertengahan Disember lalu. Ketika ini, harganya kekal RM8.80 sekilogram.

Selain tayar buatan China, jenama tayar buatan negara-negara asing yang banyak dijual di negara kita termasuklah Bridgestone, Michelin, Falken, Yokohama dan sebagainya; manakala tayar-tayar buatan tempatan terdiri daripada Goodyear, Toyo, Silverstone, Contiental dan sebagainya.

Beliau menasihatkan orang ramai agar menukar tayar kenderaan mereka sebelum Tahun Baharu Cina ini kerana biasanya penjual tayar mempunyai stok lama antara satu hingga dua bulan yang membolehkan pelanggan boleh beli mengikut harga lama.

“Kenaikan harga memang tidak boleh dielakkan. Tetapi peniaga juga seperti rakyat biasa yang menghadapi tekanan kos hidup yang semakin tinggi.

“Namun kami sentiasa mengamalkan perasaan timbang rasa dan bertolak ansur dengan tidak membebankan pengguna sepenuhnya. Jika tidak, ramai pengguna akan merungut tidak puas hati,” katanya.

Harga RON 95 dan diesel naik 20 sen, RON97 naik 15 sen

Harga baru itu akan berkuat kuasa selepas tengah malam ini.

Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing akan naik sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa Januari 2017.

Ini menjadikan harga petrol RON95 berharga RM2.10 seliter dan diesel RM2.05 seliter.

Bagi petrol RON97, harga runcit akan naik sebanyak 15 sen kepada RM2.40.

Harga baru itu akan berkuat kuasa selepas tengah malam ini.

Kerajaan menentukan harga bahan api melalui sistem apungan terurus.

Ia mengambil kira beberapa faktor, termasuk harga global minyak mentah dan kekuatan mata wang negara pada bulan sebelumnya.

Harga minyak mentah Brent terus meningkat selepas Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (Opec) memeterai perjanjian untuk mengurangkan pengeluaran dalam usaha membendung lebihan bekalan dan menstabilkan harga minyak.

Perjanjian itu juga melibatkan ahli-ahli bukan Opec termasuk Malaysia, dengan Petronas berikrar menurunkan pengeluaran minyak mulai tahun depan.

Minyak mentah Brent mencecah AS$ 50.47 setong pada awal bulan ini kepada AS$ 56.82 setong semalam.

Sementara itu, ringgit Malaysia terus melemah, jatuh kepada paras terendah sejak krisis kewangan Asia pada tahun 1998.

Kekuatan Ringgit bulan ini adalah pada RM4.42 untuk satu dolar Amerika tetapi menurun kepada RM4.48 semalam.

Jumaat, 30 Disember 2016

Permohonan BR1M 2017 Dilanjutkan Sehingga 13 Januari 2017

KUALA LUMPUR: Tempoh pendaftaran baharu bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 akan dilanjutkan sehingga 13 Januari ini, kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan media hari ini.

Menerusi kenyataan terbabit, Kementerian Kewangan mengingatkan semua penerima layak agar membuat permohonan menerusi laman web https://ebr1m.hasil.gov.my.

Permohonan tersebut juga boleh dibuat dimana-mana cawangan LHDN secara percuma.

Harga runcit RON95, Diesel dijangka Meningkat

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON95 dan diesel dijangka meningkat pada Januari ini berikutan harga pasaran minyak mentah dunia mencatat peningkatan bulan ini, kata Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan Datuk Lokman Noor Adam.

Beliau berkata harga runcit RON95 dan diesel ditetapkan mengikut purata harga bahan api itu di pasaran dunia selama sebulan selain dipengaruhi oleh pergerakan nilai Ringgit berbanding Dolar Amerika.

"Purata maksudnya harga dari tarikh 1 hingga 31 dibahagi dengan 31 hari. Bukan mengikut harga di hujung bulan seperti pemahaman sesetengah pihak.

"Dengan pengukuhan dolar Amerika berbanding Ringgit Malaysia kini, ia mengakibatkan kos pembelian minyak juga meningkat. Ia memberi kesan kepada penetapan harga bahan api di Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Lokman Noor berkata harga runcit petrol dan diesel ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan kuasa pasaran bermula 1 Dis 2014 berikutan kejatuhan harga minyak dunia ketika itu.

Lokman Noor berkata masih ramai tidak dapat menerima bahawa kerajaan perlu menghentikan pemberian subsidi secara pukal dan membantu mereka melalui pengagihan subsidi kepada kumpulan sasar yang betul.

Katanya subsidi pukal yang diberi sebelum ini bererti golongan kaya dan miskin menerima nilai subsidi yang sama.

"Contohnya pada Julai 2014, bagi setiap liter RON95, kerajaan memberikan subsidi RM0.6843 seliter," katanya sambil menjelaskan yang kaya menggunakan kuantiti minyak jauh lebih banyak berbanding yang miskin.

"Mereka yang miskin menggunakan kereta Kancil, setelah mengisi tangki mereka penuh dengan RON95, jumlah subsidi yang diterima hanyalah sekitar RM16.29.

"Mereka yang datang dari kelas menengah pula menggunakan Toyota Camry dan membelanjakan RM150 untuk mengisi penuh tangki mereka. Jumlah subsidi yang terpaksa kerajaan bayar kepada mereka adalah RM48.87, yang mana tiga kali ganda lebih besar daripada yang miskin tadi," katanya.

Lokman Noor berkata berdasarkan kajian Kementerian Kewangan, kerajaan membelanjakan 70 peratus daripada nilai subsidi untuk membantu golongan kaya dan hanya 30 peratus subsidi yang diberikan dalam bentuk RON95 dan diesel yang dinikmati golongan sasaran.

Pada masa sama, di bawah sistem subsidi pukal warga asing yang tinggal di Malaysia juga akan menikmati subsidi hasil daripada cukai yang dibayar oleh rakyat Malaysia.

Setiap hari terutamanya di hujung minggu, katanya, subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia turut bocor kepada kenderaan Singapura, selain ia diseludup ke Thailand dan Filipina serta dijual di perairan antarabangsa.

"Subsidi bererti bantuan, pertolongan dan pemberian daripada kerajaan kepada rakyatnya. Jika ditanya siapakah yang patut mendapat pertolongan, sudah pastilah pertolongan itu perlu kita utamakan yang susah dahulu sebelum yang senang.

"Mestilah diberikan kepada rakyat kita, bukan warga asing," katanya. –Bernama

Khamis, 29 Disember 2016

8 SEBAB RAKYAT MALAYSIA SUKAR UNTUK BUAT SIMPANAN



Ilmu dan pengetahuan tentang pengurusan kewangan sudah diterapakan sejak kecil lagi. Namun, masih terdapat individu yang sukar untuk membuat simpanan yang mencukupi. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan rakyat Malaysia sukar untuk buat simpanan walaupun mereka sendiri tahu kepentingan membuat simpanan itu.

1. Simpanan tiada matlamat

Terdapat individu yang mempunyai simpanan yang banyak tetapi habis dalam masa yang singkat dan untuk tujuan yang tidak bermanfaat. Perkara seperti ini berlaku disebabkan oleh simpanan yang dilakukan tidak mempunyai matlamat.



Antara contoh matlamat simpanan adalah seperti simpanan kecemasan, simpanan pendidikan, simpanan persaraan dan lain-lain lagi. Matlamat simpanan ini bagi mengelakkan wang tersebut tidak digunakan untuk perkara yang tidak berfaedah.

2. Simpan berlebihan

Simpanan yang terlalu banyak serta membebankan juga membuatkan individu mudah merasa bosan. Konsep simpanan yang betul adalah sedikit tetapi secara tetap setiap bulan. Oleh itu, kaedah terbaik untuk buat simpanan adalah melalui autodebit akaun simpanan anda ke akaun Tabung Haji atau unit trust.

3. Hanya menyimpan selepas berbelanja

Masalah lain yang serig dihadapi adalah kerana tidak mempunyai wang lebih untuk membuat simpanan. Kaedah simpanan yang perlu diterapkan adalah asingkan dahulu wang simpanan sebelum mula berbelanja.

Apabila gaji mula masuk ke dalam akaun bank, asingkan dahulu duit simpanan. Lebihan dari wang tersebut boleh digunakan untuk perbelanjaan bulanan.

4. Tidak buat bajet 

Individu yang dapat menguruskan wang dengan baik biasanya mempunyai bajet kewangan mereka sendiri setiap bulan. Mereka tahu jumlah yang perlu dibelanjakan untuk tujuan peribadi, pelaburan dan lain-lain lagi. Bajet bulanan yang dilakukan penting bagi mengelakkan masalah kebocoran wang.

5. Persekitaran 

Faktor lain yang memainkan peranan penting dalam membuat simpanan adalah faktor persekitaran seperti ahli keluarga dan rakan-rakan. Individu yang lahir dalam keluarga mempunyai sikap menyimpan dan pentingkan pengurusan kewangan biasanya tidak mempunyai masalah kewangan. Mereka lebih faham tentang pentingnya menyimpan dan lebih menghargai duit mereka.



Selain itu, rakan-rakan juga akan memberi kesan terhadap gaya perbelanjaan duit kita. Jika anda mempunyai rakan yang sering berbelanja mewah, ini mendorong anda untuk melakukan perkara yang sama.

6. Gagal kawal nafsu

Masalah kewangan biasanya hadir disebabkan oleh kegagalan mengawal nafsu berbelanja. Sebagai contoh, ramai yang menghilangkan rasa tertekan dengan melakukan aktiviti seperti berbelanja barang mewah, melancong atau pergi makan di restoran yang mahal.



Perkara seperti ini lebih menyukarkan individu tersebut untuk membuat simpanan setiap bulan.


7. Hobi yang mahal

Hobi yang mahal boleh dilakukan jika anda mampu untuk membuat simpanan setiap bulan. Jika aktiviti atau hobi yang mahal tersebut menyebabkan anda gagal membuat simpanan, anda mungkin terpaksa melupakan sementara hobi tersebut.



Lebih baik lagi jika hobi tersebut mampu mendatangkan manfaat atau pendapatan sampingan kepada diri anda.

8. Tidak percaya produk kewangan

Terdapat juga individu yang lebih gemar berbelanja berbanding menyimpan kerana mereka sendiri tidak percaya tentang kelebihan produk kewangan seperti Unit Trust, Pembiayaan ASB, Takaful dan lain-lain lagi. Kurangnya ilmu kewangan menyukarkan individu untuk melakukan simpanan secara tetap.



Selain itu, kurang minat terhadap pelaburan juga menjadi satu punca ramai yang masih kurang simpanan. Untuk melabur, setiap individu perlu menyediakan modal pelaburan secukupnya yang dikumpul melalui simpanan mereka sendiri.




CARA BUAT BAJET BULANAN DENGAN MS EXCEL



Jika anda mempunyai masalah dalam pengurusan kewangan, anda boleh cuba template membuat bajet perbelanjaan bulanan anda. Template yang disediakan memudahkan anda membuat anggaran jumlah perbelanjaan yang digunakan berdasarkan pendapatan yang diterima setiap bulan.



Cara guna template bajet bulanan:

#Langkah 1:
Isikan jumlah pendapatan yang diterima sama ada melalui gaji tetap atau pendapatan sampingan seperti rumah sewa, pelaburan, perniagaan internet dan lain-lain lagi.

#Langkah 2:
Isikan jumlah perbelanjaan tetap setiap bulan seperti pinjaman kereta, rumah dan peribadi dan simpanan anda sendiri.

#Langkah 3:
Isikan jumlah perbelanjaan tidak tetap seperti makanan, hiburan, bil elektrik, dan lain-lain lagi.

#Langkah 4:
Anda boleh ubah jenis perbelanjaan yang anda gunakan setiap bulan atau tambah perkara lain seperti pelaburan bulanan.

SELAMAT MENCUBA !!

P/S : Selain itu, anda juga boleh mendownload Apps Expense IQ untuk digunakan pada Telefon Pintar.

Anda boleh download template tersebut disini [DOWNLOAD]


PERSEKUTUAN MAJIKAN JANGKA 50,000 PEKERJA DIBUANG TAHUN 2017


PETALING JAYA: Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan jumlah pekerja yang diberhentikan pada tahun depan akan terus meningkat antara 45,000 hingga 50,000 orang.
Ketua Pegawai Eksekutif MEF, Datuk Samsuddin Bardan memberitahu Oriental Daily 31,000 pekerja diberhentikan setakat September lalu dan sehingga 50,000 orang dijangka dibuang tahun depan dengan sektor paling terjejas ialah kewangan dan insurans.
Beliau berkata, risiko pemberhentian kerja juga agak tinggi dalam sektor teknologi kewangan (Fintech), teknologi insurans (Insurtech), pembuatan dan pembinaan kerana kadar permintaan merosot.
Beliau meramalkan produk dan perkhidmatan di pasaran tempatan serta eksport kekal lemah sehingga menyebabkan harga barangan tidak stabil tahun depan danseterusnya menyebabkan syarikat berdepan kesukaran apabila keuntungan merosot dan terpaksa membuang pekerja.
“Ini disebabkan ketidaktentuan ekonomi di negara pengeksport utama, termasuk negara Eropah, Amerika Syarikat, China dan Jepun yang mengakibatkan pasaran eksport lemah.
“Dalam pasaran tempatan pula, harga barangan dan perkhidmatan akan naik menyebabkan kos sara hidup rakyat meningkat dan pengguna berwaspada ketika berbelanja.”
Dalam pada itu, Samsuddin berkata, kadar kenaikan gaji di kebanyakan syarikat tidak tinggi, malah lebih rendah daripada kadar kenaikan tahun ini.
Beliau berkata, kadar kenaikan gaji bagi pekerja bukan eksekutif tahun ini ialah 5.51% dan tahun depan dijangkakan 5.43%, manakala kadar kenaikan gaji bagi eksekutif pula ialah 5.55% tahun ini, tetapi ia mungkin naik sekitar 5.3% sahaja tahun depan.
Ini kerana, katanya, pendapatan dan keuntungan kebanyakan majikan terjejas dan dijangka mengalami penurunan 30% hingga 40% tahun ini berbanding 2015.
Beliau berkata, cabaran terbesar majikan pada tahun depan ialah bagaimana mengekalkan prestasi perniagaan dan jumlah pekerja ketika modal berniaga semakin meningkat.
Sertai kami sekarang sebagai Perunding Takaful KLIK SINI


Ahad, 25 Disember 2016

PELUANG MENAMBAHKAN PENDAPATAN RM2,000 - RM5,000 SEBULAN


Mahukah anda mengambil peluang ini. Pendapatan RM2,000 - RM5,000 sebulan. Ianya bukan MLM, Skim Cepat kaya, Permainan Saham, atau pekerjaan yang memerlukan Modal. Apa yang amat penting adalah semangat anda untuk mengubah cara anda berfikir demi memajukan diri dan menambahkan lagi pendapatan keluarga. Apakah peluang ini ??? Mari sertai kami sekarang.....


KERJAYA SEBAGAI PERUNDING TAKAFUL

FAEDAH & PELUANG

Inginkan pendapatan tanpa batasan? Peningkatan Karier? Melancong Ke merata Tempat Secara Percuma? Kelayakan Profesional? Menjadi Boss pada diri Sendiri, Dikenali orang lain kerana pencapaian dan prestasi?

  • Potensi pasaran Takaful
  • Ejen untuk Ejen (Bawa 3 Rakan sebagai Ejen Serta merta dapat RM500)
  • Ejen Takaful sebagai karier
  • Perolehan pendapatan yang boleh anda jangkakan
  • Menjadi Ejen berjaya
  • Ganjaran dan Pengiktirafan
  • Takaful IKHLAS, komited menentukan kejayaan anda

KELAYAKAN

  • Sepenuh masa atau separuh masa
  • Umur minimum 18 tahun
  • Lulus MTA Peperiksaan Asas Takaful/MII PCE dan CEILI (jika diminta)/ Kursus Berkaitan yang diiktiraf oleh Takaful Ikhlas
  • Menghadiri Wasilah Kesejahteraan 1 (WK 1), Program Induksi Kerjaya (CIP), Mengembangkan kemahiran-kemahiran memberi nasihat efektif I & II (DEAS I & II)
  • Minimum SPM/ Lain-lain Kelayakan Insurans yang diiktiraf oleh Takaful IKHLAS
  • Mengemukakan sekurang-kurangnya 1(satu) kes berserta dengan surat perlantikan
  • Surat Pelepasan Muflis, jika berkaitan.

Jika berminat sila lengkapkan Borang Permohonan di bawah :-

Sabtu, 24 Disember 2016

PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS KONVENSIONAL



Fatwa Majlis Kebangsaan telah bersepakat bahawa hukum mengambil serta mempromosikan insuran konvensional adalah haram. Hal ini kerana insuran yang berlandaskan konvensional adalah berasaskan riba.

Namun, pada hari ini masih terdapat invididu muslim yang masih mengambil produk insuran konvensional atas faktor kurang ilmu dan keuntungan. Memang tidak dapat dinafikan kelebihan atau manfaat yang ditawarkan melalui produk insuran konvensional adalah lebih baik dan menguntungkan.

Berikut adalah beberapa perbezaaan antara insuran konvensional dan takaful.

Caruman setiap bulan

Insuran konvensional 
Setiap caruman yang dibayar adalah terus kepada syarikat takaful dan menjadi hak mereka. Ini bermakna, syarikat takaful bertanggungjawab untuk membayar setiap manfaat dan tuntuan yang dibuat oleh pembayar caruman.

Takaful
Setiap caruman yang dibayar adalah dimasukkan ke dalam satu skim / tabung takaful yang dikendalikan oleh syarikat takaful yang kenali sebagai pengendali takaful. Melalui skim atau tabung takaful tersebut, setiap peserta sebenarnya menjamin atau membantu antara satu sama lain.

Selain itu, wang yang diterima juga bukan hak milik syarikat takaful kerana tugas syarikat takaful hanya untuk mengendali tabung takaful tersebut.


Pelaburan

Insuran konvensional
Pelaburan yang dibuat oleh syarikat takaful adalah berlandaskan keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira patuh Shariah. Keuntungan yang diterima oleh syarikat takaful melalui pelaburan tersebut adalah hak milik penuh syarikat.

Takaful
Pelaburan yang dibuat pula adalah berlandaskan pelaburan yang patuh Shariah dan jauh dari riba. Manakala keuntungan yang diterima adalah hak milik skim atau tabung takaful tersebut selepas menolak kos-kos operasi.



Lebihan / keuntungan

Insuran konvensional
Setiap lebihan dari insuran yang diterima adalah hak milik syarikat insuran.

Takaful
Setiap lebihan akan dibahagi kepada setiap peserta setiap tahun.


Tuntutan

Insuran konvensional
Setiap tuntutan yang dibuat oleh pemegang polisi akan dibayar oleh syarikat insuran sendiri mengikut pelan insuran yang diambil.

Takaful
Tuntuntan yang dibuat oleh peserta pula akan dibayar menggunakan duit tabung takaful tersebut yang dikendalikan oleh syarikat takaful. Takaful menggunakan konsep derma dan tolong menolong.

Perbezaan antara Takaful dan Insurans Konvensional
















SUDAH KIRA DIVIDEN & BONUS ASB? BAH, MARI KITA AGAK-AGAK BERAPA DAPAT..


Dividen dan Bonus ASB untuk pengagihan 2017 baharu saja diumumkan. Bagaimana pendapat anda?? Kepada mereka yang membuat ASB Loan, berapa percentage untuk margin keuntungan tahun ini??? Jatuh kah naik??
Banyak bentuk pelaburan yang boleh anda buat. Ada yang mengatakan Unit Trust, kerana ada yang untung sampai 15% - 20% peratus setiap tahun. Tetapi, perlu ingat itu cerita kalau untung. Kalau rugi?? Terpaksa juga ambil kira risikonya.
Kalau sudah rugi sendiri mahu ingat kesannya. Berbeza dengan ASB yang mana keuntungan sentiasa dijamin pada paras selamat, cuma naik atau turun bergantung juga kepada keadaan semasa dan ekonomi negara...  (hehehehe.... Politik??)
Unit Trust lain (biasanya Bank-Backed ) untuk Medium ke Long Term Investment (3 hingga 5 tahun). Jadi tidak boleh dibandingkan dengan ASB disebabkan Instrumennya memang tidak sama.
  • Dividen ASB diberikan kepada para pelabur setiap hujung tahun (Pro-Rate)
  • Private UT pula sekurang-kurangnya kena tunggu 3-5 tahun. Kadang-kadang dalam masa jangka pendek pun boleh untung banyak itupun kalau market 'bullish' ditambah rezeki dapat Agen yang bagus.
Masuk pula cerita pasal Dividen Bank Rakyat. Waduhh……untungla siapa yang dapat masuk. Dulu masa buka, kebanyakan orang ramai buat tak kisah ataupun mungkin tak cukup duit masa itu.
Kalau tiada kabel orang dalam, nak potong giliran, jangan harapla. Bank Rakyat pula merupakan koperasi. Akta Koperasi dah kata, nilai maksima untuk kadar dividen yang boleh diberikan adalah 15%. 15% ? Tak cukup lagi? 

Cara Pengiraan Dividen ASB dan Bonus ASB

Cara pengiraan kadar Dividen ASB dan Bonus ASB adalah berdasarkan Baki Minimum Bulanan (BMB), iaitu baki terendah bulanan dari 1hb hingga hari terakhir bulan tersebut. Sebagai contoh:
Kadar pengagihan pendapatan dan bonus ASB yang diumumkan adalah seperti berikut:-
  • Pengagihan Pendapatan : 6.75 
  • Bonus ASB : 0.50
(a) Pengiraan Dividen ASB
Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah pada setiap bulan untuk jangkamasa 12 bulan ataupun setahun. Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 1hb pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan.
Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan ke hadapannya. Sebagai contoh,
Contoh pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 2016 :-
Jumlah *BMB dari bulan Januari hingga Disember x KADAR 12 Bulan
  • BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
  • Baki minimum bagi setiap bulan akan ditentukan terlebih dahulu mulai Januari,  sehingga Disember, (12 bulan).
  • Baki-baki minimum tersebut akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 (Jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan purata baki minimum tahunan.
  • Purata baki minimum tahunan yang diperolehi akan didarabkan dengan kadar pengagihan pendapatan yang diisytiharkan.
(b) Pengiraan Bonus ASB
Pengiraan bonus pula adalah berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan untuk jangkamasa 10 tahun ataupun 120 bulan terdahulu.
Contoh pengiraan bonus bagi tahun berakhir 2016 :-
Jumlah *BMB dari bulan Januari 2006 hingga Disember 2016 X KADAR 120 Bulan
  • BMB adalah Baki Minimun Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
  • Baki minimum bulanan selama 10 tahun bermula dari Januari 2006 hingga Disember 2016 (120 bulan) dicampurkan kesemuanya dan dibahagikan dengan 120 bagi mendapatkan purata baki minimum untuk tempoh 10 tahun.
  • Purata baki minimum 10 tahun yang diperolehi didarabkan dengan kadar bonus yang diisytiharkan.
P/S : Sebenarnya cara pengiraan dividen ASB dan bonus asb ini turut dinyatakan dalam penyata tahunan yang dihantar kepada pelabur setiap tahun. Jadi pastikan alamat semasa adalah yang terkini. Selamat menggunakan kadar dividen ASB anda untuk renovate rumah, tampung perbelanjaan minyak ataupun persiapan anak-anak menjelang pembukaan sesi persekolahan tak lama lagi.
Ada yang masih musykil dan tidak dapat kira???? Bah, mari guna Kalkulator ASB lah senang. 
                                        ASB KALKULATOR - KLIK SINI

Khamis, 22 Disember 2016

SIAPA MAU HADIAH DAN TUNAI PERCUMA ?


FREE GIFT!!! FREE GIFT!!! FREE GIFT!!!


Sepa yang inda suka dapat FREE GIFT kan..... Ini siurang mau kasi FREE GIFT sama kamurang..

Sempena pembukaan Blog baru www.perundingtakafulsabah.blogspot.my dan FB Fan Page Tusin Kinabalu, siurang mau kasi offer FREE GIFT yang memang menjadi kegilaan kamurang iaitu sebuah SMARTPHONE LENOVO A680i (Tinguk spec nya pada gambar). Tapi siurang mau kasi 1 biji seja... inda buli banyak-banyak, nanti siurang sudah kaya baru kasi FREE GIFT banyak-banyak lagi...

Macam mana kamurang buli dapat ni Smartphone yang canggih ni?? Senang seja, cuba kamu baca sampai abis mcam mana kamu buli dapat ni smartphone. Ada 5 step seja yang perlu kamurang buat :-

1. FOLLOW Blog siurang, KLIK link ni dan tekan FOLLOW                www.perundingtakafulsabah.blogspot.my
2. LIKE FB Fan Page siurang, Tusin Kinabalu
   www.facebook.com/tusin.kinabalu
3. Share Link peraduan FREE GIFT pada Wall dan mana-mana Group yang kamurang join
4. Comment dengan menyambung ayat berikut "Saya mau dapat Henpon tu kerana...."
5. Lepas tu, Tunggu, tunggu, tunggu, tunggu, sehingga keputusan diumumkan!

Nah, itu seja yang perlu kamurang buat. Maksudnya, sebelah kaki kamurang sudah melangkah ke depan untuk dapat ni FREE GIFT. Keputusan adalah berdasarkan 5 step tadi yang sudah kamu buat dan comment yang paling terindah dan kreatif.

Hadiah Ke-2 = RM50
Hadiah Ke-3 = RM20

Bolehlah beli Reload hehehehe.....


===========================================================

Nanti dulu, belum abis lagi.... ada lagi siurang mau kasi CASH RM50 on the spot kepada sesiapa yang mendaftar dan mengambil Plan Takaful daripada siurang. Inda kira lah apa Plan yang kamurang mau ambil. RM50 tau... bukan RM5 ;-)

Sampai bila Promosi ni?? Bah, FREE GIFT tu siurang open sampai 31 Disember 2016. Pemenang siurang umumkan pada 1hb Januari 2017.

CASH RM50 pula siurang kasi chance kamu untuk fikir-fikirkan sampai 31 Januari 2017.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Takaful Murah, boleh KLIK SINI.

Term & Condition Apply

Terima Kasih daripada siurang Tusin Kinabalu Group


Rabu, 21 Disember 2016

PASARAN MODAL. GELARAN 'HARIMAU ASIA' MULA HILANG TARING


Pasaran Modal Malaysia Kalah Dengan Indonesia. Gelaran Harimau Asia Mula Hilang Taring?
Pasaran modal Malaysia hari ini telah jatuh ke kedudukan ke 16 daripada 20 Negara Asia.
Ini realiti perlu kita hadapi sekarang ini apabila Indonesia yang pernah berdepan dengan kancah kemusnahan ekonomi semasa era kepimpinan Suharto.
Terkini Indonesia telah pun berjaya memotong negara kita Malaysia pada Julai 2016. Jikalau kita leka dan alpa untuk bangkit semula dan tidak menjaga ekonomi Malaysia dengan baik, silap-silap negara seperti Vietnam, Kemboja dan Myanmar pula tidak mustahil untuk memotong Malaysia selepas ini.
Setakat ini Malaysia hanya menjadi Taiko untuk negara-negara miskin seperti tersebut di atas.
Tetapi tidak untuk Indonesia, Thailand, apatah lagi Taiwan, Singapura, Korea Selatan dan juga Hong Kong.
Pakar ekonomi Prof. Hoo Kee Ping yang juga merupakan bekas profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia UKM mengatakan yang mana Indonesia sekarang ini menjadi “Darlong” dikalangan pelabur di luar sana.
Realitinya tindakan-tindakan proaktif dan berani sepertimana yang dilakukan oleh Presiden Jokawi telah pun menampakkan impaknya seperti mana diakui sendiri 2 tokoh di bawah ini :
  • Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Bekas Menteri Kewangan kedua
  • Dato’ Seri Nazir Razak, Pengerusi Kumpulan CIMB
Sebenarnya, pada pertengahan tahun 90an pasaran modal di Malaysia adalah yang di kedudukan empat terbaik di kalangan ekonomi negara Asia selepas Jepun, Taiwan dan Hong Kong.
Dahulu, Malaysia digelar sebagai “Harimau Asia” bersama-sama Jepun, Taiwan dan Hong Kong kerana perkembangan ekonomi Malaysia pada masa itu. Sekarang?

Senarai Kedudukan Terkini Pasaran Modal di Kalangan Negara Asia

NegaraNilai Pasaran Modal
Hong KongRM30 bilion setiap hari
IndonesiaRM2 bilion hingga RM3 bilion setiap hari
ShanghaiRM40 bilion hingga RM50 bilion setiap hari
MalaysiaRM1 bilion hingga RM2 bilion
Dan Prof Hoo Kee Ping mengatakan hasil kejayaan yang dikecapi Indonesia hari ini tidak datang bergolek begitu sahaja. Tetapi usaha keras yang dilakukan oleh Presiden Indonesia, Jokowi sejak tahun 2014 dan ada tindakannya cukup berani dan mengejutkan dunia. Antaranya :
  • Memberikan pengampunan kepada taikun-taikun “super” kaya Indonesia yang lari dari cukai dengan menanam modal di negara seperti Singapore sehinggakan usaha tersebut membuahkan hasil apabila berbilion-bilion dolar telah melimpah masuk ke dalam pasaran Indonesia
  • Cukai korporat Indonesia telah turun dari 25 peratus kepada 17 sahaja. Impaknya, kemasukan pelaburan dari syarikat-syarikat asing yang berminat melabur dalam infrastruktur negara Indonesia dan sektor-sektor lain.
  • Akhir sekali yang ketiga, berusaha menarik pelaburan sejumlah RM1 trilion dari syarikat-syarikat Jepun
Hasilnya, pasaran modal Indonesia dijangka akan melonjak lagi kepada 20 peratus sehingga akhir tahun ini.
Antara cadangan Prof Hoo Kee Ping supaya pasaran modal Malaysia melonjak kembali ialah :
  1. Memanggil Morgan Stanley memberikan konsultasi bagi meningkatkan kadar penarafan yang supaya dapat meningkatkan kembali pasaran modal di Malaysia
  2. Bank Negara Malaysia BNM perlu memudahkan dasar aliran kewangan yang lebih bebas dan memudahkan
  3. Bank Negara perlu memudahkan pelabur untuk membawa masuk dan mengambil ringgit Malaysia
  4. Cukai korporat di Malaysia masih lagi kekal 25 peratus. Perlu diturunkan lagi
Sumber telah meneliti laporan berita berpengaruh dunia melibatkan Reuters, Guardian UK, Bloomberg Business, Wall Street Journal WSJ, dan CNBC belum ada keluar setakat ini sebarang berita skandal mengenai pemimpin bernama Jokowi ini. Mungkin sebab inilah beliau dapat menumpukan masa dan dirinya bagi menjaga ekonomi Indonesia sebaiknya. Mungkin juga kan?
P/S : Mungkin Malaysia boleh mencontohi dan mengikut sesuatu dasar yang baik dilakukan Indonesia hari ini.

SINGAPORE BAYAR GAJI BULAN KE 13 VS MALAYSIA BAYAR SEBAGAI 'BONUS' TAHUNAN


Singapore bayar GAJI Bulan ke 13 VS Malaysia Bayar Sebagai 'Bonus' Tahunan...
Kita semua rakyat Malaysia mengetahui dalam satu tahun ada 12 bulan jumlahnya.
Yang mana setiap bulan, ada yang 28 hari, ada yang 29 hari ada 30 hari dan juga ada 31 hari. Di mana jumlah hari/jam kerja adalah berbeza-beza.
Puratanya, bagi satu bulan hanya boleh dikira sebagai 28 hari bekerja sahaja. Lebihan hari daripada itu pada setiap bulan akan dikira sebagai tambahan hari bekerja. Dan jikalau dikumpulkan sebenarnya lebihan hari bekerja setiap bulan dalam setiap bulan menjangkau 29 hari jumlahnya.
Tetapi hakikatnya, kebanyakan syarikat di Malaysia mahupun Singapura mengistiharkan lebihan bulan ke 13 itu sebagai 'BONUS' kepada pekerja di mana ia sepatutnya adalah gaji anda.
Walaubagaimanapun, di Singapura majikan sudah mula diarahkan untuk membayar gaji kepada pekerja Singapore secara tahunan bukannya bulanan bagi mengelakkan majikan culas membayar gaji pada bulan ke 13. Jikalau majikan ingkar, majikan ini akan didapati bersalah kerana telah melakukan kesalahan mencuri hak PEKERJA SWASTA, seperti mana yang telah digariskan oleh Kementerian Tenaga Kerja Singapore.

Malaysia Bayar Bonus Vs Singapura Bayar Gaji

Ya betul, bulan ke 13 sepatutnya bukannya 'BONUS' tetapi adalah bayaran gaji di atas lebihan hari dan masa yang dikerah majikan kepada pekerja setiap hujung bulan.
“Realitinya hari ini, Pekerja dibayar 12 bulan untuk 13 bulan bekerja”
Jikalau sudah dibayar gaji setiap bulan dan bayaran gaji pada bulan yang ke 13 juga sudah dibuat, pembayaran selain daripada itu, baru boleh dikira atau dianggap sebagai bayaran 'BONUS'.
Singapore sudah melaksanakan Akta ini, bagaimana pula dengan Malaysia terutamanya pekerja swasta?

KADAR DIVIDEN ASB DAN BONUS ASB 2016. PEMBAYARAN ASB JANUARI 2017


Seperti biasa menjelang akhir tahun, seperti tahun-tahun sebelumnya Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan melaksanakan tugas mereka untuk menyampaikan pengumuman kadar Dividen ASB 2016 dan juga BONUS 2016.

Sekarang ini, Permodalan Nasional Bhd yang mempunyai kuasa penuh terhadap anak syarikatnya Amanah Saham Nasional Bhd. telah pun menangguhkan untuk sementara waktu terhadap sebarang urusniaga baik kepada Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Nasional (ASN) antara tempoh dari Disember 2016 sehingga Januari 2017 ini.
Ini untuk memberikan laluan kepada proses pengiraan dividen ASB 2016 dan bonus ASB 2016 yang bakal diumumkan tidak lama sahaja lagi.
Berdasarkan maklumat terkini dan terbaru yang Berita Semasa, dijangka Permodalan Nasional Berhad PNB akan umumkan dividen ASB dan bonus tahunan pada minggu keempat Disember 2016.
Nantikan berapa yang anda dapat dan masuk dalam buku simpanan pelaburan anda.
Seperti biasa, pembayaran akan terus masuk dan dikreditkan ke dalam akaun anda yang mana anda boleh mula check adan semak kemaskini terkini buku pelaburan anda di mana-mana cawangan, pejabat pos berhampiran ataupun bank maybank, CIMB, RHB di seluruh Malaysia bermula 4 Januari.
Berita terkini yang Berita Semasa terima untuk edisi tahun kewangan 2015, para pelabur terima kadar dividen ASB sebanyak 7.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera untuk tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2015.

Sejarah Kadar Dividen & Bonus ASB 2010 Hingga 2015



















Adakah anda akan berpuas hati dengan bayaran dividen ASB 2016 dan bonus kali ini?
P/S : Persoalannya, adakah trend pembayaran dividen dan bonus ini ada kaitan dengan musim pilihanraya? Adakah ia satu kebenaran atau kebetulan?