Berapa ramai yang berselera nak beli rumah jenis low cost? Sila jawab dalam hati dengan jujur.
Macam-macam la tomahan kurang enak Tok dengar bila bercakap pasal rumah low cost.
Hakikatnya, kalau tahu merangka pelan pelaburan yang baik, banyak keuntungan yang korang boleh dapat bila beli rumah macam ni.
Faham, ramai yang nak beli rumah yang cantik, atas tanah (landed). Tapi lagi lambat korang beli, korang sendiri yang akan tanggung rugi.
Ada sesetengah orang yang menganggap rumah low cost ni, sebagai satu peluang yang tak patut dilepaskan.
Peluang beli rumah low cost, tak semua orang ada
Ramai yang mampu nak beli, tapi tak layak pulak. Ini realiti rumah low cost yang ramai orang terpaksa telan.
Kalau takde sebarang sekatan, saya yakin ramai dah beli rumah jenis ni sampai berpuluh-puluh bijik.
Ramai yang terlepas pandang peluang begini, sebab fikirkan perkara yang buruk berbanding perkara yang baik tentang rumah low cost ni.
Antara perkara baik yang ada kat rumah low cost adalah :
Sebab #1 : Harga yang buat ramai orang geram nak beli
Tentunya, rumah low cost dijual pada harga yang mampu milik.
Bayangkan kat kawasan Bangsar, ada lagi rumah yang berharga RM175,000. Kat Shah Alam pulak, RM130,000.
Sebab #2 : Ansuran bulan, tak terasa sangat
Tentu sekali rumah macam ni, bayaran bulanan kat bank lagi murah berbanding sewaan.
Inii contoh. Kalau kita kira harga rumah RM175,000 kat kawasan Bangsar, bulanan sebulan yang kena bayar kat bank boleh jadi RM750 je.
Di mana, kadar sewaan pun hampir sama. Malah, ada je rumah ni yang disewakan lebih tinggi berbanding kadar ni.
Ini la yang abam kata, kadang-kala lebih baik beli terus daripada menyewa.
Kalau korang ada peluang ni, tentu korang tak senang-senang korang nak lepaskan. Betul tak?
Sebab #3 : Nak beli rumah baru? Rumah lama, jadikan ‘mesin jana duit’
Bila dah sampai masa korang nak tukar rumah baru yang lebih besar (upgrade), korang boleh je sewakan untuk jana pendapatan pasif.
Ini yang abam panggil sebagai ‘rumah transit.’ Beli dan tinggal kat situ untuk sementara waktu, dan bila dah mampu, sewakan.
Sebab harga yang korang beli cukup berbaloi, sekurang-kurangnya, rumah korang tu senang nak disewakan.
Nak sewa sebijik terus pun boleh, nak sewa ikut bilik pun boleh. Ini terpulang kat korang.
Hak korang, kan?
Katakan rumah tu ada 3 bilik. Korang sewakan bilik single pada kadar RM300, dan bilik besar lain pada RM350 hingga RM450.
Nampak tak? Ansuran bulanan yang korang kena bayar tadi tu, dapat cover tak dengan untung RM1,100 untuk sewa bulanan yang korang dapat?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan