Sabtu, 13 Januari 2018

KOS-KOS YANG TERLIBAT DALAM PEMBELIAN RUMAH

Sebelum anda membuat pembelian hartanah, adalah penting untuk anda tahu kos-kos yang terlibat. Membeli hartanah bukan setakat perlu menyediakan tunai yang cukup untuk membayar deposit permulaan, bahkan lebih. Di sini, ambo perincikan antara kos-kos utama pembelian hartanah.

Deposit

Deposit adalah sebanyak 10% dari HARGA RUMAH atau amaun perbezaan di antara harga rumah dan amaun pembiayaan.

Fi Jurunilai (Valuer Fee)

RM100,000 pertama – 0.250%
RM1,900,000 seterusnya – 0.200%
RM5,000,000 seterusnya – 0.167%
RM8,000,000 seterusnya – 0.125%
RM35,000,000 seterusnya – 0.100%

Fi Guaman Untuk Perjanjian Jual Beli (SPA)

Harga Rumah, Fi Guaman
RM150,000 pertama – 1.0%
RM850,000 seterusnya – 0.7%
RM2,000,000 seterusnya – 0.6%
RM2,000,000 seterusnya – 0.5%
RM2,500,000 seterusnya – 0.4%
Baki seterusnya – 0.3%

Duti Setem Untuk Perjanjian Jual Beli (SPA)

Untuk duti setem, 50% diskaun diberi untuk pembelian rumah pertama yang bernilai tidak lebih daripada RM400,000.
RM100,000 pertama – 1.0%
RM400,000 seterusnya – 2.0%
Baki seterusnya – 3.0%

Fi Guaman Untuk Perjanjian Pembiayaan (Loan Agreement)

RM150,000 pertama – 1.0%
RM850,000 seterusnya – 0.7%
RM2,000,000 seterusnya – 0.6%
RM2,000,000 seterusnya – 0.5%
RM2,500,000 seterusnya – 0.4%
Baki seterusnya – 0.3%

Duti Setem Untuk Perjanjian Pembiayaan (Loan Agreement)

Duti setem untuk perjanjian pembiayaan adalah sebanyak 0.5% daripada amaun pembiayaan rumah. Seperti di atas, 50% diskaun diberi untuk duti setem bagi pembelian rumah pertama yang bernilai tidak lebih daripada RM400,000.

Kos-kos Lain

Kos-kos lain termasuk ‘Disbursement Fee’ oleh peguam dan jurunilai dan juga cukai kerajaan ke atas fi profesional.

ANDA ADA RUMAH UNTUK DIJUAL ATAU INGIN MEMBELI RUMAH, HUBUNGI AMBO DI TALIAN 24 JAM WHATSAPP www.wasap.my/60167862587

Mac Syah 
Property Negotiator
BUY | SELL | RENT
HP : 016-7862587

Tiada ulasan:

Catat Ulasan