Sudah menjadi impian semua orang. Siapa yang ndak mau ada rumah paling kurang sebiji, kan?
Kalau bukan untuk tujuan pelaburan pun, boleh kita guna sebagai tempat berteduh bersama keluarga tercinta.
Tapi semua ini, boleh jadi mustahil kalau kita tidak bertindak sekarang!!!
Ada banyak benda yang kita mau sediakan supaya impian murni ini tercapai. Kalau mau senang di kemudian hari, wajib kita bermula dari sekarang.
Mau tahu cara beli rumah pertama? Jemput hadamkan perkongsian ilmu ini.
Tidak pernah terlambat untuk membeli rumah pertama!!
Tahun 2018 sudah pun tiba. Ada anak muda sudah merancang untuk membeli rumah. Ini perkara bagus. Niat sudah ada, ilmu pun kena cari. Tiada istilah terlambat, yang penting berusaha.
Mau membeli rumah, perlukan persediaan yang rapi.
Jangan terus memohon pembiayaan perumahan tanpa baiki profil kewangan. Ambil masa untuk anda baiki profil kewangan terlebih dulu.
Antara serba sedikit anda boleh bermula dengan membeli rumah subsale / 2nd hand adalah dengan cara :
#1 : Kukuhkan kewangan bermula sekarang
Anda harus mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh. Buat tabung kecemasan dalam 3 hingga 6 bulan gaji dan disimpan dalam ASB atau Tabung Haji.
Ini supaya boleh generate dividen juga. Biar ada simpanan sedikit sebanyak. Baru la bank percaya anda mampu bayar ansuran bulanan rumah nanti.
#2 : ‘Ini’ penentu anda layak dapat pinjaman atau tidak
Mula-mula kena tahu anda layak kah tidak buat pembiayaan perumahan. Mana tahu, ada hutang yang anda lupa bayar. Atau ada PTPTN sangkut.
Lepas tu berapa jumlah pembiayaan anda boleh dapat. Semua ni bergantung pada DSR (Debt Service Ratio) dan skor kredit individu.
Macam mana mau kira DSR?
Katakan, gaji bersih anda dalam RM2,000. Dan anda pulak ada komitmen seperti berikut :
- Kereta : RM550
- Pinjaman peribadi : RM200
- Ansuran rumah (yang mau dibeli) : RM610
- Jumlah komitmen : RM1,360
Kira DSR anda guna formula ni :
“DSR = JUMLAH KOMITMEN
+
ANSURAN RUMAH YANG MAU DIBELI
÷
PENDAPATAN X 100%”
Jadi :
- RM1,360 / RM2,000 X 100% =
- 68%
Biasanya gaji bawah RM3,000 ni, DSR kena bawah 60%. Jadi, anda kena tambah pendapatan sikit ataupun kurangkan komitmen hutang. Kena cuba cari rumah ansuran bawah RM610 tu.
#3 : Belajar dan terus belajar
Setiap hari, buka Mudah.my, PropertyGuru. Mula berkawan dengan REN (Real Estate Negotiator). Berguru dengan orang berpengalaman dan orang positif yang minat pelaburan hartanah.
#4 : Simpan 10% atau 15%?
Kena pastikan anda ada 10% deposit. Mau lagi senang, kena ada 15% daripada harga rumah mau beli. Sebab ada legal fees kena bayar semua. Jadi menyimpan la bermula dari sekarang ya.
#5 : Baiki Rekod CCRIS anda
Jangan takut jika anda ada rekod CCRIS. Ada rekod CCRIS ni bagus. Ia sebagai dokumen sokongan kepada bank untuk membuktikan anda seorang yang bagus dalam membayar balik ansuran. Tidak main culas.
Yang tidak bagus tu kalau anda buat pinjaman, tapi tidak bayar dengan jumlah yang cukup dan pada waktu yang ditetapkan.
Bila ada nombor selain ‘0’ dalam laporan CCRIS tu, mula lah anda menggelabah. Masa mau bayar hutang, pandai pulak buat-buat lupa.
6 : ‘Hutang jahat,’ langsaikan cepat-cepat
Baiki rekod kewangan. Kalau anda ada tunggakan kad kredit, pembiayaan peribadi ataupun hutang yang lain, selesaikan terlebih dulu.
Ini logik bank yang anda wajib tahu. Kalau hutang sedia ada pun anda tidak mampu mau bayar, macam mana mau buat hutang baru. Kan? Kan? Kan?
#7 : Masa untuk cari rumah pertama
Bila sudah yakin, pergi lah memburu hartanah. Kalau masih baru, gunakan khidmat ejen hartanah. Mereka boleh membantu. Pergi tengok rumah yang anda mau beli.
Jangan mengada mau beli rumah atas RM500,000 masa muda-muda ni. Buat pelaburan hartanah dulu. Ukur baju badan sendiri.
Beli rumah pertama – Bukan kerja mudah, tapi tidak mustahil
Sudah nampak laluan dia sikit-sikit? Okay, bagus. Pertama sekali & amat penting perbaiki profil kewangan dulu.
Pergi beberapa bank untuk semak berapa kelayakan pembiayaan perumahan anda boleh beli. Lain bank, lain polisi dia.
Bawalah semua dokumen yang lengkap dan CCRIS sekali semasa jumpa pegawai bank yang menguruskan pembiayaan pinjaman perumahan tu.
Jika maklum balas pegawai bank tu positif, dan tahu jumlah kelayakan, baru la semangat sikit mau beli rumah. Jika negatif, kena usaha lebih kuat lagi. Tambahkan pendapatan. Cuba matikan komitmen yang tidak penting.
Akhir kata. Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan.
Beli rumah bukan perkara yang mustahil. Yang penting, anda kena berusaha untuk pastikan impian murni ni tercapai dalam masa terdekat.
Elakkan mengalah di tengah jalan. Kalau ambo yakin dengan anda, takkan anda tidak yakin dengan diri sendiri, kan?
Sila SHARE ilmu bermanfaat ni pada kawan-kawan anda yang mau beli rumah pertama, tahun ini.
ANDA INGIN MEMBELI RUMAH PERTAMA ATAU KHIDMAT NASIHAT UNTUK MEMBELI RUMAH, BOLEH LAH DIRECT WHATSAPP AMBO DI TALIAN www.wasap.my/60167862587
Mac Syah (WTWRE) @ Tusin Kinabalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan