Sharing is caring. Jangan kedekut ilmu. Jangan hidung tinggi. Jangan tikam belakang kawan dan fokus dalam apa juga yang kita lakukan.
Sebelum itu, mari kita fahamkan maksud rumah SUBSALE, rumah subsale merujuk kepada rumah yang dibeli atas tangan pihak lain selepas pemaju. Bahasa pasar disebut rumah second hand la. Tapi, tidak semestinya second hand. Macam dalam kes lain, rumah sudah ada pembeli ke 3.
Aliran prosesnya lebih kurang macam ni :
#1 – SEMAK KELAYAKAN PINJAMAN PERUMAHAN
Anda boleh tanya bank untuk pertanyaan kelayakan pinjaman, boleh juga dapatkan khidmat website kewangan. Ambo selalu guna website imoney.my. Dapatkan juga info jumlah akaun 2 KWSP anda. Kalau mau pakai KWSP lah. Kalau tidak mau usik, tidak perlu lah cek..
#2 – KENALPASTI RUMAH ATAU KAWASAN YANG HENDAK DI BELI
Pastikan fasiliti atau prasarana mencukupi dan berbaloi dengan harga. Ambil perhatian juga hal saiz rumah dan faktor geografi (banjir atau tidak) rajin-rajinlah buat research, Tanya dalam facebook pun boleh, pasal sekarang kalau tidak tau mau masak cekodok pisang pun boleh tanya dalam facebook, nanti ramailah yang tolong jawapkan, tapi jangan lah gatal-gatal bagitau mau beli rumah ke apa…nanti di kecam pula…
#3 – CARI LISTING JUALAN DAN HUBUNGI EJEN YANG BERTAULIAH
Pelbagai platform untuk mencari iklan rumah-rumah untuk di jual, tidak payah lah ambo terangkan lebih detail , anda taip saja rumah untuk di jual dan area mana yang anda berminat, nanti keluar lah macam-macam iklan, buat lah pilihan , hubungi ejen dan jika berminat boleh lah aturkan pertemuan di rumah yang hendak di jual, bukan di kedai kupi , centre point atau pun bus stop atau pun di Jamal Salim.
Set tarikh dengan ejen untuk tengok keadaan dalam rumah. Sebab kalau harga rumah tu berbaloi dengan keadaan rumah dan nilai hartanah semasa, ditambah pula berhampiran kawasan industri, boleh jadi rumah tu cepat dijual.
#4 – BAYAR BOOKING ( TEMPAHAN )
Sudah tengok. Berkenan? Negotiate harga. Bayar booking. Booking dengan ejen ni biasanya 3% daripada 10% harga rumah. Contoh harga rumah RM100,000. 3% = RM3,000. Ambil RESIT booking! Dalam resit tu ada dinyatakan tempoh berapa lama untuk dapatkan loan. Pastikan resit yang sah.
#5 – BUAT PERMOHONAN PINJAMAN
Kamurang akan diberikan tempoh tertentu untuk dapatkan pinjaman. Sediakan dokumen yang cukup awal-awal supaya permohonan loan anda tidak terlengah. Hantar dokumen dan borang permohonan serentak ke pelbagai bank, sebanyak mungkin, selarat dan semampu anda. Sekurang-kurangnya boleh cari kadar faedah yang rendah. Kalau malas buat semua ni, ambo tolong buatkan. Biar cepat itu urusan.
#6 – MENILAI HARTANAH
Panel penilai hartanah dari bank akan datang ke rumah untuk buat penilaian harga pasaran terhadap keluasan rumah dan keadaan rumah. Mereka juga akan membuat perbandingan dengan harga jualan rumah sekitar, untuk beberapa tempoh sebelumnya. Kalau harga pasaran yang dinilai kurang daripada harga jualan, bank akan bagi pinjaman setakat harga pasaran. Makna kata anda perlu bayar downpayment lebih dari 10%.
#7 – CARI PEGUAM
Ejen mungkin akan tawarkan peguam yang juga merupakan peguam penjual. Kelebihannya ialah urusan jual beli akan cepat selesai. Mungkin dalam sebulan dua dah boleh dapat kunci. Tapi seelok-eloknya, cari lah peguam sendiri. Peguam ni akan uruskan proses jual beli rumah kita. Untuk proses pinjaman, bank dah ada peguam sendiri tau.
#8 – PANTAU PEGUAM BUAT KERJA
INI PALING PENTING!! Waktu ni patutnya anda sudah tidak perlu buat apa-apa. Peguam yang akan uruskan (Untuk makluman, kamurang sudah bayar diorang buat kerja mahh...). Tapi, kalau anda dapat peguam yang tak efisyen, anda kena sentiasa follow up. Seminggu sekali follow up, ada setengah orang tu, hari-hari dia follow-up, bergantung kepada brutal nya anda, Urusan pengeluaran akaun 2 KWSP juga akan dimaklumkan oleh peguam. Sekali lagi diingatkan, kalau peguam lambat, anda follow up secara berhemah. Jangan marah-marah, Cuma perlu ingatkan sahaja… hehehe.... Kompromi lah katakan
#9 – SELESAIKAN BAYARAN
Dalam kes pertama kali pengeluaran akaun 2 KWSP untuk beli rumah, anda boleh mengeluarkan kesemua jumlah yang ada. Justeru, gunakan wang tersebut untuk selesaikan bayaran deposit dan upah peguam. Jangan pula dah dapat duit tu pegi beli superbike ke tau Iphone 8 baru atau ada yang bijak pandai pegi melabur Emas.…ada kes pernah terjadi tau..jangan ingin ketawa sangatlah… Dapat duit bayar deposit rumah cepat-cepat...
#10 – PROSES SERAH KUNCI
Buat pertukaran nama dgn SESB, pembekal air dan Management sekiranya rumah yg dibeli adalah Servis Apartment. Tapi ingat, peguam yang dilantik sepatutnya perlu pastikan bahawa tiada bil tertunggak daripada pihak penjual.
Senarai di atas hanya sebagai panduan ringkas untuk pembaca yang merancang untuk membeli rumah subsale berdasarkan pengalaman ambo yang tidak seberapa. Semoga mendapat manfaat. Seelok-eloknya banyakkan research dan bahan bacaan ataupun terus bertanya dengan ejen hartanah seperti ambo 😊
Sekadar berkongsi, kalau sudah baca lepas tu banyak info berguna, tolong lah tekan button SHARE… share lah terus sama kawan-kawan semua biar ilmu itu dikongsikan bersama.
Semoga di permudahkan segala urusan anda semua dan tercapai semua impian anda. Bah, mari beli rumah!!
ANDA ADA RUMAH INGIN DIJUAL, INGIN MEMBELI ATAU MENYEWAKAN RUMAH BOLEH MENGHUBUNGI SAYA DI TALIAN WHATSAPP 24 JAM 016-7862587.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan