Saya terangkan berdasarkan maklumat lanjut yang KWSP beri. Dalam entri ini, saya tambah beberapa info mana yang berkaitan.
Tujuan
Of course untuk beli rumah bagi yang belum ada rumah. Bukan untuk beli kereta atau renovate rumah.
Bagi rumah kedua, boleh keluarkan dengan syarat rumah pertama yang dibeli sudah dilupuskan hak. Tidak kisahlah samada jual kah, tukar nama kepada ahli keluarga lain kah, kena lelong atau apa sahaja.
Kelayakan
Minimum amaun yang perlu ada dalam akaun ni adalah RM500. Boleh keluarkan sepenuhnya.
Syarat-syarat
Pengeluaran dibuat dalam masa 3 tahun daripada tarikh S&P. Lebih daripada itu, tidak boleh sudah. Kena beli hartanah lain untuk buat pengeluaran, kalau belum pernah buat pengeluaran.
Amaun Kelayakan
Kalau tanya orang yang tidak berapa tau, ada yang cakap 10%, ada yang cakap 20% daripada harga rumah. Salah. Formula pengiraan dia macam ni :-
Harga Rumah – Jumlah Pembiayaan Rumah* + 10% daripada harga Rumah = Amaun Kelayakan
Contoh pengiraan:
- Harga rumah = RM360,000
- Jumlah pembiayaan = RM288,000 (80% loan)
- 10% harga rumah = RM36,000
- Amaun kelayakan = RM360,000 – RM288,000 + RM36,000 = RM108,000
(Tidak termasuk Insuran / Lawyer fee yang dimasukkan ke dalam loan)
Pada amaun kelayakan ini saya nampak kelebihannya. Ada peluang untuk tambah hartanah lagi selepas setahun atau dua tahun membeli rumah pertama dengan tambahan duit simpanan akaun 2 KWSP ni.
Dokumen
Penting untuk pastikan semua dokumen ada. Bagi salinan dokumen seperti S&P, Title dan Bank punya Loan Offer Letter, benda ni perlu disahkan. Dokumen tidak diterima kalau tidak disahkan.
Bagi yang ingin buat pengeluaran lebih daripada setahun tarikh S&P, mesti sertakan penyata loan terkini daripada bank.
Lain-lain dokumen seperti yang diterangkan dalam rujukan daripada KWSP itu.
Strategi Untuk Orang Muda
- Biar rumah dibeli ada dua nama (suami & isteri) walaupun loan satu nama supaya dua-dua boleh buat pengeluaran. Had pengeluaran ikut had kelayakan, tiada had individu. Maksudnya had tadi takdelah 50:50 kalau dua nama. Boleh keluarkan ikut berapa yang ada asalkan tak lebih amaun kelayakan bagi hartanah tersebut.
- Bergantung sepenuhnya kepada pengeluaran KWSP untuk deposit pembelian rumah pertama adalah agak mustahil. Jadi senang cerita, kumpul duit deposit secukupnya, atau gunakan cara lain untuk cukupkan deposit pembelian rumah. Ingin guna Personal Loan pun boleh.
- Pengeluaran ambil masa kurang dua minggu sekarang. Tidak perlu tunggu lama, boleh start cari hartanah seterusnya yang ingin dibeli.
- Digalakkan pengeluaran dibuat sepenuhnya sebelum tamat tempoh 3 tahun pembelian hartanah. Kenapa? Sebab rugi simpan duit dalam KWSP. Sudahlah dividen tidak tinggi, dengan polisi yang sering berubah, menyusahkan lagi pengeluaran, eloklah duit itu dikeluarkan dan dilaburkan untuk pembelian hartanah lain.
Maklumat tambahan. Urusan di kaunter KWSP tidak sampai 30 minit untuk buat pengeluaran. Ingatkan lama, rupa-rupanya KWSP ni bukanlah macam badan kerajaan yang lain. EFISIEN.
ANDA ADA HARTANAH INGIN DIJUAL ATAU PUN MENCARI HARTANAH, BOLEH HUBUNGI SAYA DI TALIAN WHATSAPP 24 JAM 016-7862587 ATAUPUN FB PAGE : TUSIN KINABALU.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan