7 Sebab Kenapa Anda Perlu Melantik Ejen Hartanah untuk Menjual atau Menyewa Rumah Anda
Ramai orang fikir ruginya duit kalau melantik ejen hartanah. Cuba kira kalau ada rumah mau jual RM300,000, mau bayar FI kepada ejen RM9,000. Banyak tu, mana tidak ruginya.
Baik kawan-kawan, biar saya explain kenapa anda tidak akan rugi, malah perlu melantik ejen untuk menjual atau menyewakan rumah anda. Ingat, bila saya sebut EJEN, bukan bermaksud BROKER kampung :
1. Ejen hartanah merupakan satu bidang profesional.
Menjadi orang tengah dalam urusan jual beli rumah, bukan seperti jual telur. Beli harga 30 sen, jual dengan harga 50 sen. Itu broker kampung. Ejen hartanah ni ada standard-standard yang perlu dipatuhi, tertakluk kepada code of ethics yang telah ditetapkan. Jadi bila anda lantik seorang ejen, mereka akan lihat rumah anda terlebih dahulu, dan beri nasihat sama ada harga yang diletak itu munasabah atau tidak. Mereka juga boleh bagi networking dengan valuers yang boleh dipercayai, jadi mudah untuk anda tahu anggaran kasar bagi harga pasaran. Dan yang menariknya, mereka tidak akan markup harga, ini penting atau tidak? Spekulasi tidak akan berlaku, dan harga hartanah akan terkawal.
2. Jimat masa.
Cuba bayangkan kalau anda letak iklan rumah anda dalam mudah.my. Katakan 20 orang yang menelefon anda, mungkin 10 orang sahaja yang akan datang view rumah, 5 orang sahaja yang akan buat tawar-menawar, 2 orang sahaja yang lulus loan, akhihrnya seorang sahaja yang layak membelinya. Bayangkan kalau anda penat bekerja, kena melayan karenah unserious buyers (Joybuyer). Ndak ka letih? Lagi-lagi kalau anda tinggal di luar negeri. So nasihat saya, lantik ejen, biar diorang uruskan, yang penting kerja jalan, dapat buyer dengan pantas, rumah terjual atau tersewa. Habis cerita. Kawan saya orang mat saleh cakap, “the rich invest in time, the poor invest in money”. Anda mau jadi kaya kan?
3. Kemungkinan rumah terjual dengan cepat lagi tinggi.
Ejen hartanah mestilah berdaftar dengan syarikat hartanah. Dalam syarikat hartanah akan ada beberapa ejen lain. Anda bagi tahu ejen yang anda lantik, anda mahu rumah anda dijual dengan secepat mungkin. Minta dia ‘kerahkan semua ejen-ejen lain. Dalam profesion ini, ejen-ejen boleh berkongsi senarai rumah yang dijual kepada ejen lain. Ia dipanggil co-agency. Bayangkan kalau dalam satu syarikat ada 20 orang ejen. Anda cuma lantik seorang sahaja, tapi 20 orang buat kerja untuk anda. Itu belum lagi melibatkan lain-lain Agency Hartanah lagi. Kalau ada 10 Agensi, setiap agensi ada 20 Ejen... Anda kira lah sendiri.. Ini dipanggil NETWORKING. Bijak kan?
4. Pembeli akan lebih yakin jika beli dengan ejen berdaftar.
Jangan terkejut, kadang-kadang pembeli lebih percayakan ejen daripada tuan rumah. Kenapa? Pernah dengar kes tuan tanah tipu duit deposit? Tuan rumah batalkan perjanjian walaupun deposit hangus sudah dibayar? Inilah peranan ejen hartanah, segala urusan ada dokumen hitam putih. Apabila pembeli lebih yakin untuk membeli, peluang untuk rumah anda dibeli akan jadi tinggi.
5. Mencari penyewa yang baik.
Keadaan ini sesuai kalau anda mempunyai banyak rumah atau rumah kedai yang tidak berjaya disewakan. Apabila anda melantik seseorang ejen, dia akan merangka strategi untuk memastikan anda mendapat penyewa dengan kadar segera dan menapis penyewa-penyewa yang baik sahaja. Mungkin anda rasa jarang kedengaran, tapi tahukah anda ada satu Institut Pendidikan meminta bantuan saya untuk mencari Penyewa-penyewa untuk unit-unit rumah mereka.
6. Anda boleh minta servis tambahan daripada mereka.
Tahukah anda ejen yang bijak pasti akan tawarkan khidmat yang bagus kepada anda. Ada ejen yang sanggup tolong carikan tukang cuci untuk rumah anda, carikan tukang repair untuk membaiki segala kerosakan rumah, tolong cari tukang potong rumput. Saya juga pernah membantu beberapa pemilik rumah yang ingin menyewakan rumah mereka dengan khidmat mengecat rumah, baiki tandas, dan pendawaian elektirk. Kalau anda jumpa yang beramanah, boleh serah kunci dan minta dia uruskan semuanya. Ini memang rezeki, sangat berbaloi.
7. Ejen hartanah adalah pihak neutral.
Ejen hartanah merupakan orang tengah kepada kedua-dua pihak. Jadi dia akan pastikan kedua-dua pihak puas hati dengan transaksi jual beli, barulah keuntungan berpihak kepada dia. Anda pun tahu, ada sahaja kes di mana S&P sudah disain oleh kedua-dua pihak, tapi tiba-tiba sahaja ada satu pihak membatalkanya. Tidak jadi mau jual rumah. Salah satu sebab adalah rasa tidak puas hati oleh satu-satu pihak.
Oh, saya lupa satu lagi sebab penting, kos lantikan ejen boleh diserap ke dalam cukai RPGT. Jadi sangat beruntung jika rumah yang anda mau jual tu dikenakan RPGT. Apabila anda lantik ejen, anda dapat rebate cukai, ndak ka lagi JIMAT?
Setakat itu sahaja. Terima kasih kepada para pembaca
INGIN MENCARI EJEN HARTANAH ANDA?? BOLEH HUBUNGI SAYA MELALUI WHATSAPP DENGAN MENEKAN LINK DI BAWAH :
www.wasap.my/60128928616/tusinkinabalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan