5 KELEBIHAN BELI RUMAH UNDER CONSTRUCTION
1. BANYAK PILIHAN UNIT DENGAN HARGA MURAH
Kalau beli rumah undercons ni banyak pilihan unit yang available, boleh pilih kalau mau yang menghadap mana, mau hadap jalan kah, mau menghadap gunung kah, menghadap kolam renang kah, dan kalau jenis 'highrise' boleh pilih tingkat berapa yang kita berkenan.
2. DEPOSIT SERENDAH RM1,000 BOLEH BELI RUMAH
Banyak Pakej yang menarik, contohnya DEPOSIT yang rendah. Kebiasaanya RM1,000 pun sudah boleh mendeposit rumah. Ada juga yang hanya buat bayaran RM500 sahaja, bergantung kepada projek & developer. Selepas buat bayaran booking deposit kemudian proses loan application dibuat dan sekiranya loan lulus proses seterusnya seperti Sales and Purchase Agreement dan sebagainya dibuat.
3. BANYAK PAKEJ MENJIMATKAN MENARIK
Untuk hartanah undercons, biasanya banyak pakej yang menarik yang ditawarkan, dan pakej ini biasanya dapat menjimatkan puluhan ribu ringgit dalam pembelian. Antara contoh ada yang menawarkan pakej hartanah lengkap dengan perabot, ataupun PERCUMA dapat kitchen cabinet. Selain itu ada juga developer yang menawarkan diskaun-diskaun tertentu untuk harga hartanah, yuran guaman dan sebagainya, yang mana kos diskaun tersebut dapat menjimatkan puluhan ribu ringgit kepada pembeli.
4. HANYA PERLU BUAT BAYARAN INTEREST
Pembeli hanya perlu membayar interest sahaja sepanjang tempoh construction sebelum hartanah siap dan mengambil kunci. Contohnya, tempoh projek adalah 3 tahun, jadi dalam tempoh 3 tahun, pembeli tidak perlu membuat bayaran penuh bulanan kepada bank. Pembeli hanya perlu membayar sejumlah kecil mengikut progress projek yang dijalankan. Silap-silap bila projek siap nilai hartanah yang dibeli adalah lebih tinggi.
5. TIDAK PERLU RISAU KEROSAKAN RUMAH
Semua projek yang telah siap ada tempoh WARRANTY. Bila sudah dapat kunci, pembeli boleh memeriksa keadaan rumah sekiranya terdapat apa-apa kerosakan yang perlu diperbetulkan. Pemaju bertanggungjawab untuk membetulkan kerosakan tersebut. Oleh itu pembeli tidak perlu risau dengan keadaan rumah setelah dibeli.
Sekiranya ada yang berminat untuk membeli hartanah undercons yang mempunyai pakej yang baik serta potensi pelaburan yang bagus terutamanya di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu dan Penampang boleh menghubungi saya melalui link WhatsApp ni www.wasap.my/60128928616
Tiada ulasan:
Catat Ulasan