Selasa, 19 September 2017

SKIM PEMBIAYAAN RUMAH PERTAMA

Kriteria kelayakan

Pemohon Yang Layak
  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pembeli rumah pertama
  • Pekerja di dalam sektor swasta termasuk badan-badan berkanun yang tidak menerima kemudahan pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan
  • Individu berumur tidak lebih daripada 40 tahun
  • Pendapatan kasar pemohon perseorangan tidak lebih daripada RM5,000 sebulan dan pendapatan n pendapatan kasar pemohon bersama tidak lebih daripada RM10,000 sebulan (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap pemohon)
  • Pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan bersih bulanan atau had pembiayaan maksimum bank yang terlibat, yang mana lebih rendah


Harta yang Layak

  • Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
  • Nilai minimum hartanah RM100,000
  • Nilai maksimum hartanah RM500,000
  • Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)


Pembiayaan
  • Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan. Tempoh pembiayaan maksimum yang disemak semula ini adalah selaras dengan keputusan BNM yang telah diumumkan pada 5 Julai 2013.
  • Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
  • Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
  • Insurans/takaful kebakaran diwajibkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan