Apakah perbezaan proses membeli 2 jenis hartanah ini?
SUBSALE property: –
Standard procedure selepas sudah view rumah, kalau setuju nak beli, bayar booking 3% daripada harga jualan sebagai tanda jadi utk beli & nak lock harga utk mengelakkan unit terjual kpd org lain. Kalau takde 3%, sebaik2nya jangan la ajak viewing (kesian kat tuan rumah & agent yg meluangkan masa)
- Selepas booking, apply loan, jika loan approve, bayar 7% dan sign SPA (sales purchase agreement
- Tak cukup cash 7%? boleh runding untuk bayar sebahagian, bakinya boleh withdraw EPF
- Selain 3%+7% deposit rumah, sediakan 3%~4% utk bayar lawyer fee + stamp duty + disbursement + valuation fee
- Proses pertukaran nama makan masa 3~6 bulan selepas sign SPA.
**urusan pinjaman & lawyer diuruskan oleh ejen hartanah.
NEW PROJECT: –
Untuk lock unit tak semestinya 3%. Lain projek, lain pemaju, makanya berlainanlah pakejnye.
- Ada yg booking RM3000 je, ada RM5000, ada RM2000, RM1000, ikut suka pemaju
- Ada juga yg offer zero downpayment, discount la, cash rebate dan macam2.. Beli rumah bukan sahaja dpt rumah, tapi dapat cash lagi.
- Ada projek yg Lawyer Fee ditanggung oleh pemaju.. bayar stamp duty sahaja. Ada yg lagi best semua pemaju tanggung.
- Selepas sign SPA, tunggula 2~3 tahun utk rumah siap. Tak perlu bayar bank instalment tetapi perlu bayar progress interest.
Mana yg bagus, New property atau subsale?
Mana2 pun ada kelebihan & kekurangan bergantung kepada KEPERLUAN & KEMAMPUAN pembeli/pelabur. Saya senaraikan beberapa pros & cons.
NEW PROPERTY
Pros
1. Jumlah wang tunai yg diperlukan adalah rendah.
- Seperti yg saya kongsikan dalam Part 2. Biasanya pemaju tawarkan pakej zero downpayment/ discount/ cash rebate yg banyak dgn niat mengurangkan beban pembeli utk memiliki hartanah
- Ada penjimatan ke atas yuran guaman / stamp duty kerana pemaju suka tolong bayarkan sama ada kesemuanya atau sebahagian. Berapa banyak jimat? (3~4% from SPA price)..kalau SPA price 400K, 3%~4% lebih kurang 15k!!!! Duit juga kan.
2. Rumah Baru. – Toilet baru, cat baru, bilik baru,segalanya baru. Pembeli tak perlu risau keadaan piping/electrical wiring yg dah usang, tiles pecah,bocor sane sini, toilet buruk dll.
3. Kenaikan nilai hartanah apabila dah siap.
- Selalu tak dengar ayat kawan2 anda “masa launching dulu aku beli baru 300k je. Sudah dapat kunci, ada yg nak jual 350K~400K!).
(**bergantung kpd lokasi & pembangunan sekeliling)
Cons
1.Perlu tunggu 2~3 tahun sehingga siap.
2. Risiko projek terbengkalai. (**sebab tu kita perlu buat homework / check background developer, previous project yg completed, ongoing project, future project) utk kurangkan risiko. Bukan membeli tutup mata.
3. Kebarangkalian pembeli rasa tak puas hati dgn workmanship rumah, jiran yg tak best, atau macam2 lagi.
SUBSALE
Pros
1. Value for money
- Pembeli tak perlu risau kalau2 penjual jual terlalu mahal melebihi bank value. Boleh runding utk dapatkan tawaran yg terbaik.
2. Boleh duduk dgn kadar segera. Tiada risiko pemaju lari & projek terbengkalai. (proses tukar nama biasanya makan masa 3~6 bulan selepas sign SPA. Tertakluk kpd kes)
3. What you see is what you get
- Pembeli boleh lihat keadaan rumah, boleh tahu kejiranan sedia ada sebelum membuat keputusan.
Cons
1. Perlukan wang tunai yg banyak.
– Sekurang2nya 13%~14% daripada harga jualan. (10% ialah deposit rumah, 3%~4% utk guaman, valuation fee dll.
- Kos ubahsuai / pembaikan jika keadaan rumah tidak menepati citarasa pembeli.
2. Very little capital appreciation
- Kalau berhajat utk beli dan jual, perlu tunggu sedikit masa utk dpatkan keuntungan melainkan pembeli dapat beli jauh lebih rendah dari bank value.
- Kalau nak sewakan & inginkan +ve cashflow, perlu tunggu beberapa tahun melainkan pembeli beli cash atau loan margin sgt rendah.
Selesai topik ini. Terima kasih kerana sudi membaca.
Mana yg anda rasa sesuai dgn anda?apa pun pilihan anda, pastikan anda buat homework dulu. Harga hartanah ni sentiasa meningkat. It is only a MATTER of TIME.
SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI UNIT RUMAH UNTUK DIJUAL ATAU DISEWAKAN, BOLEH TERUS BERHUBUNG / WHATSAPP DENGAN SAYA KE TALIAN 0167862587.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan