Macam mana nak beli rumah kalau harga rumah mahal sangat?”.
“Alaaa tunggu je la nanti harga rumah turun.”
Kalau nak beli rumah tapi tak sediakan modal dan hanya harapkan harga rumah turun memang tak kemana la jawabnya.
Sebenarnya masa bukanlah faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pelaburan hartanah kerana jika anda hanya tunggu harga pasaran rumah turun ianya amat susah untuk dijangka. Ini kerana pasaran hartanah bukanlah seperti pasaran saham yang kita boleh ‘predict’ dan tahu turun naiknya.
Jadi, kalau anda dah cukup duit untuk beli hartanah teruskan sahaja niat anda dan yang paling penting pelaburan anda itu haruslah berbaloi dan pastikan anda tidak menyesal dengan keputusan yang dibuat pada kemudian hari.
Kepada mereka yang masih tertanya-tanya bilakah masa yang sesuai untuk melabur dalam bidang hartanah, ini adalah faktor-faktor yang penting dan sesuai untuk anda beli hartanah apabila:-
1) Duit dah cukup
Anda perlu menyimpan duit sedikit demi sedikit. ‘At least’ ada modal untuk buat bayar deposit rumah. Belum terlambat lagi kalau anda nak menabung dari sekarang ni. Kalau cakap nak beli rumah tapi duit tak simpan memang la susah dan harga rumah pun tak kan turun. Salah satu cara juga, anda boleh membuat pengeluaran KWSP untuk tujuan pembelian rumah.
2) Rekod CCRIS bersih
Kepada pelabur baru anda perlu menahan diri anda daripada membuat pinjaman seperti pinjaman peribadi, pinjaman untuk kenderaan, kad kredit dan lain-lain lagi. Jika anda mempunyai banyak hutang kemungkinan besar syarat kelayakan anda bagi pinjaman perumahan tidak dapat diluluskan oleh pihak bank. Jadi, hati-hati ya.
3) Kurang bebanan hutang
Jelaskan hutang yang sedia ada seperti kad kredit atau pun hutang PTPTN. Langsaikan hutang yang ada dengan secepat yang mungkin. Bila hutang dah tak ada baru hati rasa lega sebab satu beban dah kurang.
4) Cukup ilmu pelaburan hartanah
Anda akan lebih bersedia dan yakin untuk melabur pada bila-bila masa sahaja jika anda ada ilmu hartanah yang mantap. Oleh itu, buat para pelabur baru rajin-rajinkan diri untuk baca tips dan strategi hartanah yang dikongsi oleh pakar-pakar hartanah. Atau anda boleh sahaja dapatkan tips secara percuma dengan Ejen-ejen hartanah yang anda kenali.
5) Harga rumah yang berbaloi
Pastikan anda melabur pada hartanah yang harganya berbaloi dengan lokasi kawasan yang anda ingin beli. Ingat anda boleh beli rumah pada bila-bila masa sahaja asalkan beli pada harga yang betul dan berbaloi. Jadi jika anda boleh mendapatkan hartanah dengan harga yang berbaloi anda pasti akan mendapat keuntungan yang lumayan apabila disewakan.
Tidak kiralah anda mahu beli hartanah jenis apa sekali pun yang penting anda beli rumah mengikut bajet yang ada. Pelaburan hartanah tidak semestinya dilabur pada hartanah pasaran baru sahaja. Anda juga ada banyak pilihan lain dimana harga hartanahnya jauh lebih murah berbanding pasaran baru. Misalnya seperti rumah subsale dan lelong. Selain itu, anda juga boleh memilih untuk beli rumah ‘landed’ atau pun ‘non-landed’. Apa-apa pun semuanya mengikut kepada tahap kemampuan masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan