Sabtu, 4 Mac 2017

SEJARAH RINGKAS : TUN M DAN CAMBODIA

Empat tahun rakyat Kemboja yang kebanyakannya ISLAM diseksa, dibunuh dengan cara yang amat kejam sekali. Pol Pot ialah pemimpin negara Kemboja yang mengamalkan dasar komunis dan manusia paling kejam melalui rejim gerillanya 'Khmer Rogue'. Lebih dari dua juta dibunuh. Umat Islam terutamanya TIDAK DIBENAR untuk solat sekalipun, malah masjid dijadikan kandang babi.

Mereka diseksa dengan cara yang amat kejam, disumbat dengan daging babi dan sebagainya. Wanita Islam dirogol dan dibunuh.

Baru-baru ni sempat ke Pejumpaan Ilmuan dan Ulama Nusantara. Sempat juga berborak dengan Ahli Agama Kemboja .

"Dulu, masa zaman pemerintahan  Pol Pot, kami diseksa begitu kejam. Semua ahli keluarga saya telah mati diseksa. Sehingga kalau nak solat, saya terpaksa solat dalam air!"

"Masa tu semua negara takut untuk campur tangan, malah, Amerika pun tak masuk campur, tapi ada sorang yang datang bawak bantuan"

Saya bertanya siapa?

"Your ex prime minister ! Dr Mahathir Mohamad! He come by himself! Beliau lah yang membekal  makanan dan peralatan secara senyap-senyap" (saya percaya beliau juga antara orang bertanggungjawab membantu Vietnam serang Kemboja dan akhirnya rejim Pol Pot jatuh!)

(Saya rasa Dr Mahathir bergerak sendiri bukan atas kapasiti PM kerana beliau hanya memangku jawatan Perdana Menteri masa tu - ketika Tun Hussein Onn sakit)

"He is a bless!"

Malah pelarian Kemboja diberi penempatan melalui THAILAND dan kami diajar bahasa Melayu dan adat-adat orang sini.

“Kami amat berterima kasih kepada umat Islam Malaysia yang prihatin dan banyak membantu bagi membangunkan semula penduduk Islam Kemboja,”

Setiap bulan ada sahaja rombongan dari Malaysia mengunjungi kampung etnik Cham di Kemboja untuk memberi bantuan.

Pembinaan masjid, surau, sekolah agama, telaga, ternakan lembu, itik dan pengisar tebu antara sumbangan masyarakat Islam di Malaysia.

“Kami juga menerima banyak kitab agama seperti muqadam dan al-Quran untuk diagihkan ke surau, masjid, sekolah agama dan penempatan penduduk Islam.

“Hanya Allah yang dapat membalas jasa dan pengorbanan umat Islam Malaysia membantu kami untuk bangun daripada trauma kekejaman Pol-Pot,”

Sebak bila mendengar kisah sebegini. Bukan hanya sekali saya dengar, tapi apabila mendengarnya sendiri. Saya rasa nak kongsi dengan sahabat.

Alhamdulillah. Beliau adalah hamba Allah yang 'ditugaskan' untuk membantu umat Islam di seluruh dunia. Syukur!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan