Jumaat, 3 Mac 2017

7 SEBAB MENGAPA HARUS BANGGA SEHIDUP DENGAN NURSE

NURSE atau JURURAWAT adalah kerjaya yang mulia di mata saya. Dan kita patut rasa bersyukur & rasa bangga jika diberi peluang untuk mengenali @ hidup bersama dengan seorang insan bergelar NURSE.

Kenapa? Di sini saya senaraikan 7 sebab. (SILA BACA SAMPAI ABIS)

1. INSAN PENYABAR & TAHAN STRESS.

Kerja mereka ni deal dengan masyarakat. Macam-macam perangai orang orang diluar sana. Tambah pula bila time diorang sakit. Banyak kes yang pelawat@ahli keluarga yang menjaga lagi over. Nurse adalah orang yang akan melayan mereka ini. Kadang-kadang terpaksa kena jawab soalan yang tiada jawapan. Itu belum masuk part mau melayan sesetengah pegawai atasan @ doktor yang kuat menyakat. Ini menyebabkan mereka menjadi seorang penyabar & boleh handle STRESS dengan baik. Setakat anak-anak buat ragam atau hasben naik hantu di rumah tu, senang saja diorang handle. Di tempat kerja mereka, cabaran lagi besar macam gunung...... 👻

2. IKHLAS & BUKAN MATA DUITAN.

Kalu ikutkan pada gaji, memang tidak padan dengan penat lelah & tanggungjawab yang mereka pikul. Sudah la belajar susah macam mau jadi doktor (Pinjam PTPTN lagi), gaji yang dapat jauh bezanya. Tapi sebab minat, mereka ini ikhlas bekerja. Mereka kerja demi rezeki yang halal & support keluarga. Ikhlas mau bantu orang walaupun sebenarnya tidak berbaloi dengan imbuhan yang diterima. Mereka bukan jenis yang berkira. Sebab tu kalau dapat pasangan seorang NURSE, bab duit orang lain yang kena handle. Diorang akan REDHA. 😝😝

3. CEKAP URUS MASA & KELUARGA.

Waktu kerja adalah masa yang paling sibuk. Kadang-kadang mereka mau duduk pun tidak sempat. Terutamanya yang kerja di hospital @ jaga wad. Lagilah kalau mau pergi makan-makan @ bersembang @ cafe. Ada saja kerja mau kasi siapkan. Tidak usah cerita la kalau kena ON CALL @ Stand by @ kena attend kes. Tunggang langgang dibuatnya. Tapi kita kena respect mereka. Dalam keadaan macam tu pun, masih ada masa untuk diorang sediakan makan minum kita (Walaupun tidak selalu 😂). Ada saja masa untuk tengokkan anak-anak & bertanya khabar dengan hasben mereka. Mereka masih mampu jaga makan minum pakai keluarga. Saya syak mereka ni ada 27 jam dalam sehari haha... Bab rumah macam tongkang pecah tu belakang kira lah, yang menyepahkan pun bukan orang lain, anak-anak jugak 😂

4. MULUT LASER TAPI HATI BAIK.

Mungkin tidak semua NURSE macam ni. Mereka ni kadang-kadang mulut kena laser sikit. Kalau buat lembik dan control ayu, suruh patient makan ubat pun susah. Jadi kena tukar jadi garang & mulut laser sikit. Tapi niat mereka ni baik, hati mereka ni suci mulus. Untuk kebaikan patient juga. Demi tanggungjawab. Kadang-kadang perangai tu terbawa-bawa balik ke rumah. Membebel dan marah-marah atau bad mood itu kebiasaan mereka. So, kita pandai-pandai la buat pekak. Layan saja... kalau tidak, kita yang demam nanti...

5. DARING & SANGGUP BERKORBAN.

Mereka seorang yang daring. Kalau  tidak macam mana mau handle darah & benda-benda yang geli geleman. So, mereka ni confirm boleh jaga kita time sakit demam @ tua nanti. Bab pengorbanan memang tidak boleh challenge lah... Tidak semua orang sanggup berkorban mau jadi nurse. Kadang-kadang mau cuti pun susah. Orang cuti siok-siok mereka kena kerja. Kita hasben yang melopong di rumah dengan anak-anak. Orang lain sudah standby mau punch card, mereka masih lagi kelam kabut prepare report /return. Kena lagi kalau mereka kerja shift malam, peluk guling sajalah... Bab mau makan lagi azab, kadang-kadang tidak sempat mengunyah, terus telan. Silap-silap boleh gastrik. Sebab tu banyak nurse (Tidak Semua) yang slim.... hehe....

6. CANTIK LUAR & DALAM.

Mau jadi nurse kena sentiasa comel & anggun. Mereka ni kena mau tau skill asas grooming (Yakah??). Mestilah, sebab mau deal dengan patient@orang luar kena lah nampak approachable. Kalau muka macam baru bangun tidur, patient pun lambat sembuh. Mau pergi kerja kena touch up sikit. At least pakai foundation @ gincu nipis. Sebab tu kalau kita pigi hospital, rabun mata tengok nurse yang comel-comel. Chewaahh..💄

7. RASA EMPHATY YANG TINGGI.

Bila jadi nurse ni, mereka jumpa ramai orang. Tidak kira kaya atau miskin. Time jumpa orang kaya banyak songeh, rasa macam mau hempuk saja. Time jumpa orang susah, rasa simpati yang amat. Mereka ni banyak belajar dari pengalaman. Sebab tu seorang nurse hatinya mulia dan penuh emphaty. Mudah tersentuh dengan kesusahan orang lain. Ringan saja tangan kalau bab mau bantu orang 😓 Mereka tidak kisah dan sedia membantu.

Coretan di atas adalah pengalaman saya sendiri apabila seorang Nurse menjadi pasangan hidup ini sehinggalah sekarang....

Saya amat bersyukur & rasa bangga dengan kehadiran NURSE dalam hidup ini. Mungkin anda diluar sana juga patut rasa yang sama.

Terutamanya yang berpasangan dengan mereka. Berterima kasihlah kepada mereka. Kurang lebih tu, kira cincai lah 😆😆

Tiada ulasan:

Catat Ulasan