KADAR inflasi pada bulan depan dijangka naik akibat beberapa faktor seperti kenaikan minyak petrol, kekurangan tenaga kerja, penyusutan nilai ringgit dan kos pengangkutan.
Seperti yang dilaporkan dalam Nanyang Siang Pau, beberapa pakar ekonomi meramalkan, dalam tempoh tiga bulan akan datang, kadar inflasi di Malaysia dijangka naik melebihi empat peratus berbanding 3.2 peratus pada bulan lalu, yang mencatatkan kadar tertinggi sejak Februari 2016.
Menurut analisis dibuat pakar ekonomi, punca utama kenaikan kadar inflasi bulan lalu adalah disebabkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 20 sen dan ditambahkan dengan penurunan nilai mata wang ringgit.
“Kenaikan harga minyak petrol dan diesel, serta nilai ringgit jatuh mendorong kebanyakan harga makanan naik secara mendadak, akhirnya inflasi turut meningkat,” kata seorang penganalisis kewangan kepada akhbar ini.
Beliau menjelaskan, sekiranya harga minyak petrol di pasaran antarabangsa berada di paras USD55 (RM244.94) setong, manakala nilai ringgit susut sehingga 4.40 berbanding USD dan didorongkan lagi harga minyak petrol RON95 terus kekal RM2.30 seliter dalam dua bulan akan datang, adalah tidak mustahil kadar inflasi di Malaysia pada tempoh tiga bulan akan datang ini melebihi empat peratus.
Katanya, perkembangan yang berlaku sejak kebelakangan ini menyebabkan ramai syarikat pengurusan kewangan menyemak semula kadar inflasi umum melebihi tiga peratus bagi 2017, berbanding 2.5 peratus sebelumnya dan juga 2.1 peratus antara 2015 hingga 2016.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan