Mesti dah tahu kan KWSP Isytihar 5.70% Untuk Dividen 2016?
Menurut laman web KWSP, aset pelaburan KWSP setakat 31 Disember 2016 bernilai RM731.11 bilion berbanding jumlah simpanan ahli sebanyak RM704.27 bilion. Keuntungan pelaburan yang diperolehi selepas ditolak pelbagai kos pengurusan, diagih-agihkan maka dapatlah kita 5.7% tu.
Secara asasnya simpanan ahli KWSP dilaburkan dalam instrumen pelaburan seperti berikut:
- Sekuriti Kerajaan Malaysia
- Pinjaman, Debentur dan Bon-Bon
- Saham-saham
- Pasaran Wang
- Hartanah
Maklumat ini juga boleh diperolehi di laman web KWSP.
KWSP merupakan pelabur utama dalam Bursa Malaysia dengan wajaran besar dalam saham perbankan, perladangan dan minyak dan gas, yang mencatatkan kerugian besar. Faham tak ni? Maksudnya KWSP juga jual beli saham syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia (melalui Panel Pelaburan KWSP).
“Eh, KWSP beli saham apa?”
Boleh rujuk jadual di bawah:
Setakat 30 September 2016
No. | Share | % Holding |
1 | Malaysia Building Society Bhd | 65.40% |
2 | RHB Bank Bhd | 40.85% |
3 | Malaysian Resources Corp Bhd | 34.73% |
4 | Alliance Financial Group Bhd | 16.65% |
5 | UMW Holding Bhd | 16.21% |
6 | Malayan Banking Bhd | 16.12% |
7 | Tenaga Nasional Bhd | 15.38% |
8 | MBM Resources Bhd | 15.35% |
9 | Cimb Group Holding Bhd | 15.32% |
10 | Axiata Group Bhd | 15.21% |
11 | AMMB Holdings Bhd | 15.12% |
12 | Telekom Malaysia Bhd | 15.00% |
13 | IJM Corporation Bhd | 13.98% |
14 | Media Prima Bhd | 13.86% |
15 | Sapura-Kencana Petroleum Bhd | 13.64% |
16 | Genting Plantations Bhd | 13.62% |
17 | Malakoff Corporation Bhd | 13.61% |
18 | United Plantations Bhd | 13.31% |
19 | KPJ Healthcare Bhd | 12.75% |
20 | Dialog Group Bhd | 12.74% |
21 | IJM Plantations Bhd | 12.60% |
22 | Hong Leong Bank Bhd | 12.56% |
23 | BIMB Holdings Bhd | 12.53% |
24 | Digi.com Bhd | 12.45% |
25 | Sunway Reit Bhd | 12.26% |
26 | Axis Real Estate Investment Bh | 12.26% |
27 | Kuala Lumpur Kepong Bhd | 12.23% |
28 | Cahya Mata Sarawak Bhd | 12.17% |
29 | Malaysia Airports Hlds Bhd | 12.06% |
30 | Public Bank Bhd | 11.82% |
KWSP juga mempunyai pelaburan dalam pembangunan hartanah dan saham prasarana termasuklah AS, United Kingdom dan Eropah.
Baru-baru ini KWSP juga telah melabur dalam projek infrastruktur sebagai alternatif. Terkini KWSP telah membeli 40% kepentingan dalam Nuzen Corporation Sdn Bhd (Nuzen), pemegang konsesi Duta-Ulu Kelang Expressway (Duke) bernilai RM1.13 bilion. Nuzen yang juga anak syarikat milik penuh Ekovest Bhd memeterai terma persetujuan bersama dengan KWSP bagi melupuskan kepentingannya dalam Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd (Kesturi).
“Owh, baru tahu KWSP melabur dalam saham syarikat-syarikat ni..”
Bukan KWSP je boleh. Kita sebagai rakyat biasa juga boleh jual beli saham yang tersenarai di atas tu dan buat untung (pilih yang patuh syariah saja ok). Nak jual beli saham syarikat lain pun boleh, tak semestinya apa yang KWSP beli tu ‘bagus’.
Janji kalau nak terlibat dalam pelaburan saham kena ada akaun saham (CDS). Boleh baca di sini jika berminat nak tahu cara buka akaun CDS.
Kalau tak berani ambil risiko, jangan gatal nak terlibat. Ada cara lain, Pak Teh cadangkan kau melabur dalam Unit Trust guna Akaun I KWSP. Pelaburan jenis ini tetap berisiko tetapi kau tak pening kepala. Banyak dana patuh syariah di luar sana tu. Sama juga ceritanya, duit kau tu mereka akan tolong laburkan dalam Bursa Malaysia juga.
“Eh, bukan kena ada modal besar ke nak melabur saham ni?”
Itulah skeptikalnya orang kita. Suka sangat dengar cakap orang. Tahu tak saham bawah RM1 yang bagus-bagus pun banyak tersenarai? Boleh lihat senarai saham syarikat yang tersenarai di Bursa Market Place.
Bila dah pandai jual beli saham nanti nak dapat pulangan banyak mana pun boleh sebab kau sendiri yang pilih nak melabur di mana dan berapa lama. Untung rugi duit sendiri!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan