Antara tanda sesebuah negara itu mencapai status negara maju ialah dengan memiliki jenama antarabangsa sendiri seperti Samsung di Korea atau Toyota di Jepun dan Apple di USA.
Apakah jenama daripada Malaysia yang boleh masuk ke dalam rumah seluruh penduduk dunia seperti mana iPhone, dan Samsung serta mampu bersaing dengan jenama tempatan.
Artikel ini membawa perbandingan antara Korea Selatan dan Malaysia. Saya tertanya-tanya apakah kurangnya Malaysia untuk berjaya seperti Korea Selatan? Padahal sebelum 1985 pendapatan dan kuasa membeli Rakyat Malaysia adalah lebih tinggi daripada Korea Selatan.
Malaysia dipintas oleh Korea Selatan sejak tahun 1985. Taiwan pula memintas Malaysia lebih awal pada tahun 1975 (sumber: IMF,The Leap of the Tiger: How Malaysia Can Escape the Middle-Income Trap)
Pemindahan Teknologi
Sebelum tahun 1985 Malaysia bergantung kepada hasil export komoditi. Berikutan kejatuhan harga komoditi dunia bermula pada tahun 1985, Malaysia ditranformasi kepada negara perindustrian.
Pada masa itu negara bergantung kepada pelaburan luar dan pemindahan teknologi. Technology Transfer melalui Dasar Pandang ke Timur diharapkan menjadi alat untuk membawa Malaysia ke status negara maju.
Namun, kajian menunjukkan syarikat multinational tidak berminat memindahkan teknologi mereka ke negara lain. Nyata sekali pemindahan teknologi tidak berlaku mengikut seperti yang kita rancangkan.
Tidak seperti Malaysia, Korea dan Taiwan tidak bergantung kepada pemindahan teknologi. Negara-negara ini belajar dan mencipta teknologi mereka sendiri.
Hinggakan mereka menguasai teknologi LED/LCD screen yang mendahului teknologi Jepun.
Buktinya, Korea menerima 50 patents pada tahun 1985 berbanding Malaysia kurang daripada 5 pada tahun yang sama Pada tahun 2013, Malaysia hanya menerima 220 patents sedangkan SAMSUNG sahaja menerima 4652 patents!
Inilah jawapannya kenapa kita gagal selama 30 tahun untuk bangkit seperti Korea.
Korea bukan tandingan Malaysia lagi. Mereka kini berada di liga lain. Kini kita bertungkus lumus untuk setanding dengan Indonesia, Myanmar dan Thailand.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan