Bagi memastikan anda mengoptimumkan pelaburan anda dalam unit trust, ini langkah-langkah yang patut anda ambil
1. Mula seawal mungkin
Mulakan pelaburan anda secepat mungkin. Jangan tangguh kononnya menunggu masa yang sesuai walhal anda sudah maklum bahawa pelaburan dalam unit trust asasnya lagi lama anda melabur lagi bagus pulangannya hasil daripada compounding interest. Apa tunggu lagi? Segera berjumpa dengan unit trust consultant yang dekat dengan anda.
2. Melabur secara konsisten dan berjadual
Teknik pelaburan ini banyak memberi manfaat kepada pelabur melalui Konsep Ringgit Cost Averaging di mana anda melabur tidak mengira harga share semasa. Dengan kata lain, anda membeli share dengan banyak ketika harga share jatuh, dan sebaliknya jika harga share meningkat anda membeli dengan jumlah yang sedikit.
3. Melabur untuk jangka masa panjang
Umum di ketahui pelaburan unit trust adalah untuk jangka masa yang panjang. Berdasarkan rekod yang ada, sememangnya menunjukkan pelaburan unit trust terbukti memberi pulangan yang signifikan dalam jangka masa yang panjang. Sebaliknya, pelaburan jangka masa pendek mungkin memberikan sedikit risiko berbanding dengan pelaburan-pelaburan tertentu ataupun simpanan tetap di institusi perbankan.
4. Pelbagaikan porfolio pelaburan anda
Kepelbagaian @ diversification dalam portfolio pelaburan anda dapat mengimbangi risiko-risiko yang ada. Sebagai contoh, ketika ekonomi merudum lazimnya bond lebih perform berbanding ekuiti dan begitu sebaliknya ketika ekonomi memuncak, selalunya ekuiti lebih perform berbanding bond. Maka dalam jangka masa yang lama, diversification secara lazimnya memberi pulangan interest yang tinggi di samping mengurangkan dan mengimbangi risiko
5. Lakukan penilaian dan penambahbaikan
Lakukan penilaian dan penambahbaikan secara berkala supaya anda sentiasa mencapai objektif pelaburan@kewangan anda. Pastikan anda sentiasa mengoptimumkan pelaburan anda dalam unit trust.
Selamat Melabur!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan