Selasa, 22 Mei 2018

TUARAN BAKAL MENJADI BANDAR HEBAT MENJELANG 2020

Pernah dengar Greater Kota Kinabalu? Salah satu inisiatif utama kerajaan bagi membangunkan Sabah adalah di bawah rancangan ‘Greater Kota Kinabalu‘, yang dirancang sebagai transformasi baru sosio-ekonomi Sabah.
Di bawah rancangan ini, 5 kunci aspirasi transformasi ini adalah :
+ Pembangunan & Pemodenan Gaya Hidup Kota Kinabalu 
+ Memajukan Tarikan Pelancongan
+ Meningkatkan Mobiliti & Pengalaman Pejalanan
+ Menaiktaraf Kemudahan Kesihatan Awam dan Swasta
+ Memperluas Pendidikan Awal
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, populasi di Kota Kinabalu sahaja bakal mencecah 1 juta orangmenjelang tahun 2020. Ya, 1 juta orang.
Disebabkan populasi yang bakal berkembang pesat ini, Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah telah mengambil keputusan untuk meluaskan pembangunan ke kawasan-kawasan sekitar Kota Kinabalu. Dan Tuaran adalah salah satu darinya!
Sejarah Tuaran
Kewujudan Tuaran bermula dari tahun 1813, dari surat rasmi yang pertama kali ditulis oleh Sir Stamford Raffles. Pada ketika itu, Tuaran dikenali sebagai ‘Jawaran’ yang membawa 2 maksud iaitu ‘air segar’ yang merujuk kepada Tuaran sebagai sumber air segar kepada penduduk setempat. Maksud kedua pula bermaksud ‘tawar-menawar’, yang merujuk kepada aktiviti perniagaan yang giat dijalankan di Tuaran sebelum kemasukan British.

1. Salah Satu Destinasi Pelancong

Dengan beberapa tumpuan alam yang bertempat di Tuaran, sudah pasti Tuaran menjadi salah satu tempat yang wajib dikunjungi pelancong. Salah satu lokasi di Tuaran turut disenarai oleh TripAdvisor sebagai tempat yang harus di lawati di Sabah. Antaranya adalah :
+ Shangri-La Rasa Ria Nature Reserve
+ Dalit Bay Golf & Country Club
+ Orang Utan Care Project
+ Sabandar Leisure Rides
+ Chanteek Borneo Indigenous Museum
+ Tuaran Crocodile Farm
+ Tuaran Sunday Market
+ Poturidong Tengah Bundu Camping Site

+ Rumah Terbalik
Meskipun Tuaran bukanlah destinasi pelancongan utama jika dibandingkan dengan beberapa kawasan lain di Sabah, namun potensi ini sudah cukup untuk menjadikan Tuaran antara bandar yang mempunyai potensi tertinggi untuk berkembang luas.

2. Akses ke Bandar Kota Kinabalu

Lebuhraya Pan-Borneo
Dengan pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo sepanjang 5,324KM sudah pastinya ia bakal memberi kemudahan akses kepada rakyat di Timur Malaysia. Apa kesannya pada Tuaran?
Tuaran bakal mendapat jajaran persisir pantai. Jajaran ini bakal memperlihatkan sambungan Tuaran terus ke Kudat. Dalam erti kata lain, perjalanan ke Kudat bakal disingkatkan dengan lebuhraya ini.
Selain akses ke Kudat, lebuhraya dua-hala ke Kota Kinabalu turut mampu membantu mengurangkan jangka masa perjalanan dan kesesakan untuk ke pusat bandar.
Dengan kewujudan Lebuhraya Pan-Borneo, perjalanan yang asalnya memakan masa selama 19 jam ini dikatakan bakal disingkatkan kepada hanya 12 jam. Penjimatan 7 jam tu!
Tuaran Bypass
Tuaran bypass yang menghubungkan terus Jalan Tuaran dengan Jalan Lintas dilihat menjadi salah satu kelebihan yang baik untuk perjalanan mereka yang menetap di Tuaran untuk ke Kota Kinabalu.
Dengan perkembangan ekonomi yang rancak di Kota Kinabalu sehinggakan lapangan terbang di sini dikatakan yang ke-dua tersibuk di Malaysia, sudah pasti akses seperti ini menjadi nilai tambah buat Tuaran.

3. Kepelbagaian Kemudahan

Sebagai sebuah kawasan yang ingin dipilih sebagai kawasan kediaman, sudah tentunya kita inginkan akses kepada kemudahan awam serta pasaraya. Betul? Di tuaran sahaja, ada pelbagai kedai runcit serta pasaraya yang mampu kita pilih. Siap ada pilihan untuk banding-bandingkan harga lagi!
Berikut merupakan antara pasaraya/kedai runcit yang dapat dikunjungi di Tuaran :
+ G-Mart Supermarket
+ Milimewa Supermarket
+ 99 Speedmart
+ CKS
Dan banyak lagi kedai runcit seperti Ramai Jaya, 7-Eleven dan sebagainya.
Turut dilengkapi juga kemudahan Dewan Serbaguna Tuaran sekiranya ada sebarang aktiviti yang ingin dijalankan.
Akses kepada Klinik 1 Malaysia juga ada di dalam Tuaran. Untuk ke hospital besar, anda hanya perlu bergerak tidak sampai 20km untuk tiba di Hospital Tuaran, Sabah.

4. Dikelilingi Institusi Pendidikan

Sekiranya anda jenis berkeluarga dan memikirkan perjalanan pergi dan pulang anak-anak ke sekolah, saya boleh katakan yang Tuaran antara bandar yang mempunyai variasi institusi pendidikan.
Dari sekolah tadika, sehinggalah ke universiti dan Institut Perguruan semuanya boleh dikatakan hanya ‘sekangkang kera’ sahaja dari Tuaran. Tidak percaya, saya beri contoh :
+ Tabika Kemas Kampung Keliangau
+ Tadika Chen Sin Tuaran
+ SK Chen Sin
+ Sekolah Agama Tuaran
+ SM St. John Tuaran
+ SMK Badin, Tuaran
+ Institut Perguruan Tuaran
+ Universiti Malaysia Sabah (16km)
Sudah pasti Tuaran adalah tempat yang sesuai untuk kediaman mereka yang berkeluarga.

5. Peluang Pekerjaan Yang Luas

Di Tuaran ni, ada kah potensi pekerjaan?
Ya! Malah potensi di Tuaran boleh dikatakan amat luas. Daripada kerja-kerja perkilangan sehinggalah ke industri tanaman, pelbagai pilihan boleh dipilih untuk mereka yang menetap di sini.
Dari syarikat kecil sehinggalah besar, anda sendiri boleh pilih untuk kerja di mana dengan kepelbagaian bidang yang ada di sini.
+ Perodua (Automotif)
+ Asteel (Zink dan Pembinaan)
+ Kotabox (Kotak)
+ Kuari Telipok
+ PTM Farm (kebun)
+ Petro-Pipe
+ Tasco Bhd
+ Colorcoil

6. Capital Appreciation?

Jika ditanya soal ‘capital appreciation‘ di Tuaran, saya yakin dengan inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh kerajaan terutama sekali ke arah membangunkan Greater Kota Kinabalu, Tuaran adalah daerah yang mempunyai potensi yang besar.
Dengan populasi penduduk yang dikatakan bakal mencecah angka 1 juta pada 2020, sudah pasti bandar Kota Kinabalu akan lebih sibuk daripada hari ini.
Akan ada sebilangan penduduk yang memilih untuk lari dari kesibukan bandar, tapi dalam masa yang sama tidak terlalu jauh dari ibu negeri. Kawasan seperti Tuaran bakal menjadi salah satu opsyen mereka.

Tuaran, Untuk Yang Bujang atau Berkeluarga?

Pada pendapat saya, Tuaran adalah kawasan yang sesuai untuk yang bujang mahupun yang berkeluarga tetapi kurang sesuai untuk mereka yang berusia.
Dengan wujudnya pelbagai kilang dan peluang perniagaa , pasti jarak dan tempoh perjalanan untuk mereka yang bekerja dapat dikurangkan. Begitu juga dengan sekolah yang rata-ratanya berdekatan antara satu dengan yang lain. Sangat sesuai untuk pasangan yang masih ada anak yang bersekolah.
Bagi mereka yang berusia yang mungkin menginginkan suasana yang tenang dan penuh dengan kehijauan flora, mungkin Tuaran juga sesuai untuk didiami. Kawasan hijau yang masih banyak belum diterokai amat tenang dan mententeramkan.
Nasihat saya, berkunjunglah ke Tuaran dan rasai sendiri pengalaman kawasan kejiranan di sini sebelum membeli. Bak kata pepatah, “ndak kenal, ndak sinta”
Berminat untuk dapatkan rumah di Tuaran?
Anda boleh hubungi saya segera di mana harga tawaran TERBAIK akan saya berikan. Whatsapp saya segera 016-7862587.

Selasa, 15 Mei 2018

Panduan Membeli Rumah Menggunakan KWSP Akaun 2


Impian untuk memiliki rumah idaman anda tergendala akibat kesempitan wang dan ansuran pinjaman yang terlalu tinggi? Jangan risau kerana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ada jalan untuk membebaskan anda dari masalah ini. Jom ikuti langkah-langkahnya!

Pembelian rumah pertama memerlukan komitmen kewangan yang tinggi dan bukanlah perkara yang mudah bagi sebilangan besar rakyat Malaysia, terutamanya yang bekerja di bandar. Sebuah rumah keluarga yang “berpatutan” berharga lebih kurang RM500,000 dan memerlukan bayaran pendahuluan 10% iaitu sebanyak RM50,000! Walaupun halangan pertama ini diatasi, anda masih perlu memikirkan tentang pembayaran balik untuk bulan-bulan berikutnya. Tidak hairanlah masih berjuta lagi orang muda di bandar masih tinggal bersama ibu bapa mereka.

Bagi mereka yang mengalami masalah kewangan, ini adalah berita baik buat anda – sebagai pemilik rumah semasa atau yang bercita-cita membeli rumah, anda boleh menggunakan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dari Akaun 2 untuk membiayai sebarang perbelanjaan berkaitan rumah.

Mari kami tunjukkan langkah demi langkah proses pengeluaran KWSP untuk tujuan:
A) Membeli rumah pertama atau kedua
B) Penyelesaian ansuran bulanan untuk rumah sedia ada ATAU membayar pinjaman rumah sedia ada untuk penjimatan kos faedah

Pertama sekali, Daftar untuk i-Akaun

Untuk permulaan, anda perlu mendaftar untuk kemudahan i-Akaun di laman web KWSP. Cara terpantas untuk melakukannya adalah melalui Kiosk KWSP atau kaunter KWSP yang berdekatan. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi Pusat Pengurusan Hubungan KWSP di 03-89226000. Setelah mendaftar, aktifkan akaun anda dengan melog masuk ke i-Akaun anda seperti yang ditunjukkan di bawah:





KWSP telah mempermudahkan cara untuk pembeli rumah memohon pengeluaran secara online berbanding dengan melakukannya secara manual di  kaunter. Bagi pemohon kali pertama, anda masih perlu hadirkan diri di kaunter, manakala permohonan selanjutnya boleh dibuat menerusi laman web KWSP. Sebaik sahaja melog masuk, anda akan dibawa ke halaman di mana anda boleh memilih jenis pengeluaran yang berbeza dari senarai juntai bawah.




A) Pengeluaran untuk Membeli (atau Membina) Rumah

Anda perlu terlebih dahulu menyediakan 10% bayaran pendahuluan, yang harus dibayar kepada pemaju atau pemilik hartanah sekiranya membeli rumah subsale. Hanya dengan ini anda boleh mendapatkan pinjaman perumahan dari bank / institusi kewangan seperti Maybank, CIMB atau AmBank dan menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA). Sebaik sahaja SPA ditandatangani, segeralah memohon kepada KWSP untuk menebus kembali pembayaran pendahuluan yang telah dibuat.
Permohonan boleh dibuat untuk mengeluarkan perbezaan di antara harga rumah yang dinyatakan di SPA dan jumlah pinjaman perumahan (yang biasanya 90% kerana pembeli rumah pertama kali perlu mengemukakan 10% bayaran pendahuluan) dan tambahan 10% daripada harga rumah. Contohnya:
Harga SPA: RM500,000; Jumlah Pinjaman (90%): RM450,000
Jumlah yang boleh dikeluarkan:(RM500,000 – RM450,000) + (10% daripada RM500,000) = RM50,000 
Sudah semestinya, jumlah pengeluaran terhad kepada jumlah simpanan dalam Akaun 2 anda.
DOKUMEN DIPERLUKAN
  • Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL)(D5)
  • Kad Pengenalan Malaysia anda (untuk kali pertama sahaja). Pengesahan cap jari akan dilakukan untuk permohonan seterusnya.
  • Dokumen pinjaman bank (Surat Kelulusan Pinjaman atau Perjanjian Pinjaman Perumahan) yang disahkan oleh bank yang memberi pinjaman. Maklumkan kepada pegawai bank bahawa mahu membuat pengeluaran dari Akaun 2 dan selebihnya akan diuruskan. Anda boleh mengambil sendiri dokumen tersebut di cawangan atau meminta untuk ia dihantar ke alamat anda (biasanya dalam masa dua minggu). Oleh itu, sila pastikan anda mengambil dokumen tersebut beberapa minggu lebih awal.
  • Maklumat akaun bank. Anda digalakkan membawa buku simpanan bank ATAU salinan penyata bank.
  • Surat Perjanjian Jual Beli (SPA)
KRITERIA
  • Berumur bawah 55 tahun pada masa permohonan.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.
  • Hartanah yang dimaksudkan adalah hanya untuk tujuan kediaman iaitu banglo/teres/separa berkembar/pangsapuri/kondominium/apartmen studio/apartmen servis/rumah bandar/SOHO atau lot kedai dengan unit kediaman.
  • Rakyat Malaysia atau bukan rakyat Malaysia selagi anda merupakan ahli aktif dan telah membuat caruman KWSP.
  • Pembelian rumah anda boleh dibiayai sama ada oleh pinjaman rumah yang diberikan oleh bank atau melalui pembelian secara tunai. Maklumat lanjut di sini.
  • Pengeluaran hanya sah untuk satu harta (rumah) pada satu-satu masa. Sekiranya anda ingin memohon untuk rumah kedua, ia hanya boleh dilakukan apabila anda melupuskan harta pertama anda. Anda harus mengemukakan bukti pemindahan pemilikan.
  • Permohonan mesti dibuat dalam tempoh 3 TAHUN menandatangani SPA. Jangan bimbang jika pembelian rumah anda sudah lebih dari 3 tahun. Anda masih mempunyai pilihan untuk memohon pengeluaran secara bulanan untuk mengurangkan pinjaman perumahan anda (dibincangkan di bawah).
Kelebihan: KWSP sangat cekap dalam memproses permohonan. Seluruh proses mengambil masa kurang dari 3 minggu dari hari permohonan hingga ke saat wang dimasukkan ke dalam akaun anda. Sebaik sahaja permohonan anda diluluskan, anda akan menerima SMS yang memerlukan anda untuk hadir di kaunter KWSP untuk pengesahan cap jari. Bercakap dari pengalaman peribadi, ia hanya mengambil masa 3-4 hari untuk anda menerima wang yang dipohon!

TAHUKAH ANDA:Pengeluaran KWSP yang dibuat untuk tujuan pinjaman rumah tidak dikenakan cukai.

B) Pengeluaran untuk Membantu Membayar Ansuran atau untuk Mengurangkan Pinjaman Perumahan

Katakan anda tidak mengetahui tentang pilihan pengeluaran di atas dan telah membeli rumah lebih dari 3 tahun yang lalu. Anda masih boleh memilih untuk mengeluarkan wang KWSP  untuk membantu membayar ansuran bulanan  atau membayar modal pinjaman rumah anda demi menjimatkan kos faedah.
KRITERIA 
1) Sama seperti di atas untuk Kriteria 1-5
2) Rumah yang dimaksudkan haruslah rumah kediaman / rumah pertama anda.
3) Anda mesti menjadi pemilik hartanah dan mempunyai pinjaman rumah yang baik dengan bank.
Langkah seterusnya adalah untuk mendapatkan penyata baki pinjaman terkinidari bank anda untk dihantar ke KWSP. Biasanya bank akan mengambil masa 2 minggu untuk pemprosesan.
Anda boleh memohon untuk mengeluarkan semua simpanan  dalam Akaun 2  tetapi ia akan dibayar secara bulanan, iaitu tidak melebihi jumlah ansuran rumah bulanan anda. Sebagai contoh, katakan bayaran bulanan anda adalah RM1,000 dan anda mempunyai sejumlah RM10,000 dalam Akaun 2. RM1,000 akan dikreditkan ke dalam akaun peribadi anda atau terus ke bank peminjam anda setiap bulan selama 10 bulan.
NOTA: Bagi yang memohon pengeluaran untuk pembelian rumah yang belum mencapai 3 tahun, anda boleh memohon wang KWSP untuk dibayar sekaligus bagi membantu pembayaran baki pinjaman rumah. 
Sekali lagi, proses keseluruhannya cukup cepat dan mengambil masa kurang dari 3 minggu untuk diluluskan. Berikut adalah contoh garis masa permohonan:



Permohonan telah dibuat pada 19 Mac dan seterusnya dikemukakan untuk pengesahan bank mengenai butir-butir pinjaman rumah. Bank berkenaan meluluskan butiran tersebut hanya dalam masa seminggu iaitu pada 26 Mac. Pada hari berikutnya (27 Mac), KWSP memproses permohonan itu dan ia dimuktamadkan pada 4 April. Anda akan diberikan tempoh 2 minggu untuk hadir di kaunter KWSP untuk pengesahan cap jari. Setelah itu, wang akan diberikan kepada anda dalam masa 3-4 hari.
Dapatkan keterangan yang lebih terperinci serta pemahaman yang lebih mendalam di laman web KWSP. Lebih baik lagi, pergilah ke mana-mana pejabat KWSP dan berurusan dengan pegawai yang bertugas mengenai pilihan pengeluaran anda. Selamat berjaya kami ucapkan!
ANDA INGIN MEMBELI RUMAH ATAU MENJUAL RUMAH, BOLEH HUBUNGI SAYA DI TALIAN WHATSAPP 24 JAM.
www.wasap.my/60167862587
SENARAI HARTANAH UNTUK DIJUAL DI SABAH.
www.facebook.com/tusin.kinabalu