Jumaat, 6 April 2018

7 Tips Beli Rumah Untuk Golongan Peniaga

Bagi golongan peniaga, jangan terkejut kalau pihak bank rejek permohonan pinjaman perumahan anda walaupun bisnes anda membuat keuntungan juta-juta. Mereka mahukan jaminan bahawa anda mampu membuat bayaran semula. Nilai keuntungan bisnes anda semata-mata takkan mampu meyakinkan banker kerana pandai cari duit tidak semestinya pandai urus duit.

Cuba baca perkongsian dari usahawan muda Yt Farhan yang berkongsi melalui laman Facebook beliau bagaimana beliau dapat beli rumah melalui hasil perniagaanya di usia muda.

PERKONGISIAN BELIAU :-

Ini tips beli rumah yang saya boleh share & tips ni amat berguna buat anda yang menjalankan bisnes. Sebab tips nilah yang saya gunakan untuk beli rumah dulu kemudian beli kereta idaman.

Jangan beli kereta dulu lepas tu plan beli rumah nanti loan anda susah nak lulus, sebab loan kereta 9 tahun sahaja, loan rumah pulak bole ikat sampai 30tahun ke atas ikut umur kita. Walaupun kita beli rumah RM200k@300k bulanan tetap boleh sebab ikat lama tak macam beli kereta.

Untuk yang kerja dengan majikan lebih mudah kalau ikut tips ni sebab ade beberapa dokumen anda yang majikan dah siapkan. Usia pon main peranan kalau muda sangat bank susah nak bagi lulus. Sekurang-kurangnya berumur 18 tahun sebab adik saya backup penjamin saya. Dia berumur 19 tahun, sementara saya pula 24. Kalau tua sangat pon bank bagi lulus takat berapa % je loan.

So pada usia muda ni ambil peluang unutk beli rumah. Kita buat lain dari yang lain, macam kawan-kawan beli kereta dulu, kita beli la rumah dulu. Naik kereta lama pon takpe janji nama takde hutang kat kereta. Ini pengalaman saya beli rumah yang saya nak share:

1. Pilih/kaji/aim kawasan perumahan yang anda nak beli dari segi geografi@ekonomi ikut tujuan anda.

2. Cari pemaju & buat bayaran booking fee, jumlah bayaran booking pemaju yg tetapkan dalam lingkungan RM500 keatas jika loan anda tak lulus duit booking fee ni akan dikembalikan (perkara ni kena tanya dari awal). Lepas buat bayaran booking anda akan dapat 1 dokumen iaitu SALE & PURCHASE AGREEMENT S&P. Bawa dokumen ini ke bank yang pemaju syorkan @ bank yang anda nak buat loan.

3. Bank akan minta:
a) SSM & IC.

b) Penyata kewangan untung/rugi unutk 2 tahun. Ini bagi yang berniaga. Dokumen ini kita akan dapat bila kita buat dengan juru audit bertauliah. Segala resit beli stok & perbelanjaan bil, juru audit ni yang akan kira untuk kita, Bagi yang bergaji, bank akan minta slip gaji untuk beberapa bulan.

c) Slip bank akaun semasa, siapa yang bisnes tak buat akaun bank semasa sangatlah rugi sebab bank nak tengok benda ni duit keluar masuk bisnes kita.

d) Lengkapkan dokumen E-Filing. Kena daftar online dalam laman web LHDN. Dalam dokumen E-Filing ade nombor Cukai pendapatan kita nombor cukai pendapatan kita sangat penting.

e) Slip bayar cukai pendapatan ke LHDN, dokumen ni bank pon nak 2 tahun, sebab bank nak tengok macam mana tumbesaran bisnes kita. Dokumen ni jgn risau juru audit bole settel kan unutk kita juga.

f) 10% deposit daripada harga rumah yang kita nak beli.

g) Tak cukup dengan 10% deposit anda kena lebihkan duit untk YURAN GUAMAN, YURAN PINDAH NAMA PEMILIK & DUTY SETEM, serta YURAN PENILAIAN RUMAH. Jumlah semuanye mungkin 5% dari harga rumah. So kene standby duit lebih sikit. Kalau anda bernasib baik ada pemaju yang tanggung semua kos ini.

4. Lengkap semua dokumen di atas semoga permohonan kita lepas dari segi “scoring bank“ & clear dari CCRIS. Kalau ada tunggakan PTPTN cepat-cepatlah clearkan kalau tak memang permohonan kita gagal.

5. Jika permohanan bank luluskan, kita dah boleh bayar baki deposit + duit booking masa mula-mula nak dapatkan S&P. Kemudian boleh buat segala bayaran urusan bank & guaman.

6. Proses terakhir makan masa sikit ikut bank & pihak peguam uruskan macam mana. Bila loan kita lulus & masuk dalam poket pemaju kita dah boleh dapat kunci rumah kita. Lepas tu boleh lah setup bekalan TNB, air & dll.

7. Selain tu anda boleh sertakan dokumen simpanan ASNB, penyata KWSP, simpanan Tabung Haji atau combine segala dokumen dengan adik-beradik/isteri/suami bagi kukuhkan permohonan anda. Deposit yang dah dibayar pun kene pastikan ditolak dari jumlah pembiayaan yang kita mohon & kira balik faedah % yg di kenakan. Supaya tak ada pihak ketiga yang ambil kesempatan atas pembelian rumah kita.(takut ade yg ambil deposit tu sebagai duit poket mereka)

Saya nasihatkan kawan-kawan yang nak beli rumah seelok-eloknya buat persediaan 2 tahun awal. Pastikan akaun semasa dah buat, segala resit yang berkaitan bisnes simpan dalam fail, kalau malas sangat buat penyata untung rugi, cari juru audit unutk buatkan bagi pihak kita. Nak beli kereta pun gunakan dokumen yang sama.

Sebenarnya 2 tahun lepas permohonan loan rumah saya pernah ditolak disebabkan ada beberapa dokumen yang saya takde. Saya belajar dari situ betapa susahnya bank nak bagi kita pinjam duit walaupun gaji kita beribu-ribu tapi kalau dokumen yang bank perlukan kita tak sediakan memang bank tak layan kita. 

Saya bersyukur pada usia saya 24 tahun saya dah ada rumah & kereta yang saya impikan. Beruntung sangat disaat kawan-kawan belum tahu pasal beli rumah saya dah tahu. Saya harap anda semua berjaya beli rumah yang anda nak dengan perkongsian saya ni. Kalau ade dokumen yang tak faham atau tak tahu tu bolehlah tanya saya. Jangan segan-segan ye.

TAMAT PERKONGSIAN.

Terima kasih kepada Tuan Yt Farhan kerana sudi berkongsi tips bagaimana beli rumah bagi golongan berniaga seperti di atas.

ANDA PERLUKAN KHIDMAT HARTANAH SEPERTI JUAL BELI HARTANAH, PERSEWAAN, PENILAIAN HARTANAH ATAUPUN GUAMAN BOLEH HUBUNGI AMBO DI TALIAN WHATSAPP 24 JAM 016-7862587 atau layari FACEBOOK PAGE : TUSIN KINABALU