Sabtu, 29 April 2017

Cara Keluarkan Duit KWSP Akaun II Untuk Bayar Hutang PTPTN

Mulai 1 April 2016, peminjam PTPTN boleh membuat permohonan pengeluaran untuk bayaran balik melalui Akaun 2 KWSP. Jadi, bagi sesiapa yang dah disenarai hitam atau dah lama ada baki tertunggak, bolehlah pertimbangkan cara ini.

Dalam kes saya dulu, saya buat bayaran Akaun 2 KWSP sebab saya dah 3 tahun menganggur sejak jadi surirumah. Dalam tempoh tersebut, hutang pun bertambahlah. Jadi, saya cuba bertanya kepada pegawai PTPTN sama ada saya boleh diberi penangguhan sebab saya belum cari kerja dan ikut suami berhijrah. Mereka cadangkan saya untuk buat pengeluaran KWSP sebagai salah satu alternatif pembayaran.

Kelebihan Bayaran Balik PTPTN Melalui Pengeluaran KWSP

Mengikut laman web PTPTN, memang berbaloi kalau kita buat pengeluaran untuk langsaikan hutang PTPTN melalui akaun KWSP. Malah, mereka kini membenarkan penggunaan Akaun 2 milik ibu bapa masing-masing (tertakluk kepada syarat-syarat).

Tapi, jangan lupa bayar balik pada Mak Ayah kalau guna akaun mereka ya!

Antara kelebihannya kalau kita buat bayaran balik melalui KWSP adalah:

Tiada had pengeluaranBoleh membuat pengeluaran lebih daripada sekali (selagi Akaun 2 masih berbaki)Tidak dikenakan caj pemprosesanBoleh jimat kos upah/pentadbiranDapat pendekkan tempoh bayaran balikKalau bayaran sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah pinjaman, dapat diskaun 10%. Kalau bayar habis terus, dapat diskaun 15% daripada jumlah pinjaman. (*Berdasarkan peruntukan Bajet 2017)

Langkah Pengeluaran KWSP Akaun 2 Untuk Pembayaran PTPTN

Berikut adalah cara membayar PTPTN dengan akaun 2 KWSP dengan mudah. Boleh buat secara online saja, iaitu melalui permohonan e-Pengeluaran.( Tapi, mesti pergi ke Pejabat KWSP jugalah.)

1. Daftar i-Akaun KWSP

Pertama sekali, kita mesti ada i-Akaun untuk melakukan prosedur e-Pengeluaran.

Caranya mudah saja. Pergi ke mana-mana pejabat atau kiosk KWSP. Di sana, kita boleh mendaftar i-Akaun dengan menggunakan kad pengenalan. Selepas mendaftar, anda akan diberi kod pengaktifan yang sah untuk digunapakai dalam tempoh 30 hari.

Lepas dah dapat kod pengaktifan tadi, buka laman web KWSP (www.kwsp.gov.my) dan klik pada Pengaktifan i-Akaun (Login kali pertama). Kemudian, masukkan butiran pada ruang kosong.

2. Login i-Akaun KWSP

Sekarang, anda dah boleh login ke i-Akaun ahli. Klik Tab Pengeluaran, e-Pengeluaran dan klik Permohonan Baru untuk memulakan transaksi.

3. Semak Status Mesej Sekuriti

Seterusnya, semak status permohonan melalui SMS atau Mesej Sekuriti Inbox di i-Akaun. Biasanya, permohonan e-Pengeluaran tak akan ambil masa lama untuk lulus. Mungkin dalam 2-3 hari dan kurang daripada 1 minggu.

Bila dah dapat mesej ini, anda diberi tempoh 14 hari untuk hadir di kaunter KWSP bagi proses pengecaman Cap Ibu Jari. Kalau tak hadir dalam tempoh tersebut, permohonan akan dibatalkan secara automatik.

4. Sediakan Dokumen Sokongan

Dalam mesej sekuriti juga, ada dimaklumkan dokumen sokongan yang perlu dibawa, bergantung kepada situasi akaun / jenis pengeluaran anda.

Antara dokumen penting yang perlu dibawa bersama adalah:

Kad pengenalan beserta salinanDokumen Pengesahan Permohonan PengeluaranSijil/Skrol Ijazah atau Diploma beserta salinanSurat tunggakan dari PTPTN (jika ada)

5. Buat Pengesahan Di Pejabat KWSP

Bila dah cukup dokumen sokongan, bolehlah hadir di mana-mana cawangan KWSP bagi pengecaman cap ibu jari.

Tujuan pengecaman ini adalah bagi menentukan kesahihan identiti ahli sebagai pemohon dan menurunkan cap ibu jari pada notis pengesahan sebagai bukti mengemukakan permohonan.

6. Semak Penyata PTPTN

Di pejabat KWSP nanti, anda akan dimaklumkan bahawa borang permohonan e-Pengeluaran ini akan dihantar ke PTPTN. Pengeluaran bayaran ini akan diproses dalam masa 2 minggu.

Setelah siap diproses nanti, pihak KWSP akan mengeluarkan dokumen rasmi yang mengesahkan bahawa mereka telah membuat pembayaran kepada PTPTN.

Selepas dapat surat ini, bolehlah anda semak penyata pinjaman PTPTN anda. Selesai!

Jangan Bertangguh Lagi

Biasanya proses ini ambil masa yang sekejap saja. Kalau dalam kes saya, kira-kira 20 minit di Pejabat KWSP. Tapi, saya cuma selesaikan sebahagian daripada jumlah pinjaman dan pada masa yang sama saya sedang memohon ujrah. Jadi, saya perlu pergi ke pejabat PTPTN untuk menyerahkan dokumen dari KWSP tadi.

Bagi yang tak ada urusan lain, kemungkinan besar akan settle semuanya di pejabat KWSP saja dan tak perlu ke pejabat PTPTN. Apapun, caranya memang mudah dan sistemnya juga begitu efisyen.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh dapatkan maklumat selengkapnya melalui pegawai KWSP semasa membuat pendaftaran i-Akaun atau pengesahan cap jari nanti.

Lega sikit bila tengok hutang dah berkurang, kan? Saya doakan pembaca semua diberikan kekuatan dan diluaskan rezeki untuk melangsaikan hutang.

Rabu, 26 April 2017

New Fuel Price Update

Starting tomorrow, April 27, RON 95 will be priced at RM2.21 per litre (down six sen compared to the previous week), with RON 97 at RM2.48 per litre (down six sen). As for diesel, Euro 2M will be RM2.14 per litre (down seven sen), with Euro 5 diesel at RM2.24 per litre (down seven sen). These prices will last until May 3, when the next price adjustment will be announced.

This is the fifth update of the weekly price announcements since the new pricing system came into effect on March 30. Compared to March 2017 prices – before the system was implemented – RON 95 is down nine sen, RON 97 down 12 sen, and diesel is down eight sen.

Isnin, 24 April 2017

APA ITU MACAU SCAM

KECANGGIHAN teknologi masa kini, pelbagai macam taktik jenayah akan datang walaupun ia tidak sama sekali diundang.

Namun, sejak kebelakangan ini, kita sering terdengar taktik penjenayah yang menggunakan panggilan telefon untuk menipu mangsa.

Tidak dinafikan mangsa akan bulat-bulat ditipu dan ianya merupakan sejumlah angka yang besar dan tidak masuk akal.

Tapi dengan taktik si penjenayah ini yang memancing beberapa individu dengan menawarkan hadiah berupa cabutan bertuah, pakej pelancongan dan penyamaran sebagai pegawai polis atau pihak bank.

Kepada individu yang yang pernah mengalami kejadian sebegini, bolehlah rujuk di balai polis berdekatan untuk mendapatkan kesahihan dan kebenarannya. Ini penting bagi mengelakkan anda ‘berputih mata’ apabila wang anda hangus begitu sahaja.

Apa itu Macau Scam?

Sindiket didalangi oleh rakyat Taiwan dan mereka menghubungi mangsa melalui talian antarabangsa dari Hong Kong dan tempatan. Sindiket ini akan menggunakan akaun bank milik rakyat tempatan untuk mengutip wang dari mangsa. Kemudiannya, wang yang diperolehi tersebut akan dikeluarkan secara tunai sebelum dihantar ke luar negara melalui khidmat ‘money changer’ dan seumpamanya.

Modus Operandi 1 (tipu pinjaman bank)

Suspek memperdayakan mangsa dengan menyamar sebagai pegawai bank. Suspek akan menghubungi mangsa dan menyatakan bahawa nama mangsa atau butiran akaun miliknya telah digunakan untuk membuat pinjaman bank di mana mangsa dikehendaki membayar semula pinjaman yang dibuat.

Bila mangsa cuba menafikan perkara itu, suspek akan memainkan peranan dengan mengarahkan mangsa untuk menghubungi Bank Negara atau memintanya menghubungi nombor yang diberikan. Kemudian, suspek yang lain akan menghubungi mangsa dan memperkenalkan diri sebagai pegawai Bank Negara.

Suspek ini akan mengatakan bahawa akaun mangsa digunakan untuk kegiatan jenayah dan perlu disiasat.

Mangsa kemudian telah dihubungi daripada suspek ketiga yang menyamar sebagai pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Mangsa akan bercakap dengan individu yang menyamar sebagai pegawai polis yang kononnya menguatkan dakwaan bahawa akaun mangsa digunakan dalam kegiatan jenayah.

Suspek kemudian meyakinkan mangsa untuk memindahkan wang ke dalam akaun yang diberikan bagi mengelakkan akaun tersebut dibekukan atau dirampas.

Modus Operandi 2 (Tipu Kad Kredit)

Suspek akan menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai pegawai bank menyatakan bahawa nama dan butiran akaun mangsa telah digunakan untuk membuat kad kredit yang didaftarakan atas nama mangsa.

Mangsa yang menafikan perkara itu telah dimaklumkan suspek cara untuk atasi perkara itu dengan menyambungkan talian ke Bank Negara.

Mangsa kemudian dihubungi suspek kedua yang berperanan sebagai pegawai Bank Negara  dan telah mengarahkan amngsa memindahkan wang ke dalam akaun yang diberikan bagi tujuan keselamatan.

Suspek juga berjanji akan memulangkan wang dalam tempoh tujuh hari selepas siasatan selesai dijalankan sebelum terus menghilangkan diri.

Modus Operandi 3 (Tipu Culik Untuk Minta Wang Tebusan)

Dalam situasi ini kebanyak mangsa berusia lingkungan umur 50-an ke atas di mana suspek memperdayakan mangsa dengan menghubungi dan memberitahu bahawa anak atau ahli keluarga mangsa telah diculik.

Suspek memberitahu akan mencederakan ahli keluarga sekiranya tidak membayar wang tebusan dan usah melaporkan kepada polis. Bimbang dengan perkara itu, mangsa telah menyerahkan wang tebusan melalui satu akaun atau meletakkan wang berkenaan di tempat sunyi sebelum diambil suspek.

Setelah wang diserahkan, mangsa gagal dihubungi.

Modus Operandi 4 (Tipu Menyamar Polis Bebaskan Tahanan)

Bagi taktik ini, suspek akan menghubungi mangsa dan menyamar sebagai pegawai polis dan memaklumkan ahli keluarga mangsa telah ditahan polis berkaitan kes dadah dan sebagainya.

Jika mahu selesaikan perkara itu, mangsa diminta untuk memasukkan wang ke dalam akaun yang diberikan sebagai jaminan pembebasan.

Bagaimanapun, setelah wang dimasukkan, susupek gagal dihubungi.

Modus Operandi 5 (Tipu Cabutan Bertuah/Peraduan/Percutian)

Dalam kes ini, suspek akan mempengaruhi mangsa dengan memberitahunya telah memenangi hadiah cabutan bertuah berupa wang tunai dari Hong Kong.

Mangsa yang teruja akan diarahkan untuk membayar cukai atau yuran untuk menuntut hadiah berkenaan dengan memintanya membayar sejumlah wang melalui akaun. Namun, setelah wang dimasukkan, suspek gagal gagal menghubungi mangsa.

Dalam kes yang lain, suspek akan memberikan SMS kepada mangsa untuk menyertai pelaburan Toto Hong Kong melalui aplikasi Wechat yang menawarkan keuntungan berbentuk tanah atau wang tunai. Bagi menarik perhatian mangsa, suspek akan menggunakan gambar profil seorang wanita cantik.

Mangsa yang terpikat dengan helah itu akan memasukkan wang ke dalam akaun yang diberikan sebelum menyedari dirinya ditipu.

Modus Operandi 6 (Hadiah Pakej Pelancongan Tidak Wujud)

Mangsa akan dihubungi dengan memberitahunya telah memenangi hadiah pakej pelancongan. Bagi menebus pakej itu, suspek mengarahkan mangsa membayar wang pemprosesan dengan sejumlah amaun yang ditetapkan.

Setelah wang dimasukkan, suspek terus gagal untuk dihubungi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Sakri Arifin berkata, jika ada sesiapa yang menghubungi melalui telefon berkenaan transaksi bank atau penggunaan kad kredit, sila hubungi bank secara terus sendiri atau kunjungi bank yang berdekatan untuk kepastian.

Menurutnya, usah sesekali hubungi semula nombor telefon yang diberikan kononnya untuk pengesahan bank atau polis.

“Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan agar tidak terburu-buru tanpa soal periksa dan usah mudah terpedaya dengan janji yang diberikan.

“Bagi kes menyamar sebagai anggota polis dengan meminta wang, orang ramai diminta untuk berkunjung ke balai polis berhampiran untuk pengesahan dan jangan sesekali bersetuju walaupun untuk kepentingan ahli keluarga terdekat.

“Kategori mangsa bagi kes penyamaran polis ini lingkungan 50 hingga 70 tahun di mana mereka lebih risaukan kepentingan keluarga dan anak-anak yang menyebabkan mereka mudah terpedaya untuk melakukan transaksi bank,” katanya.

Tambahnya, bagi kes pelaburan pula, usah mudah terpengaruh dengan rupa paras cantik dan siasat perkara itu dahulu sebelum membuat sebarang tindakan.

Selain itu, jika ada terima mesej atau panggilan telefon berkaitan penyalahgunaan nama bagi kad kredit atau pinjaman wang usah layan.

“Orang ramai yang menerima panggilan sebegini perlulah semak dahulu dengan pihak bank untuk kepastian,” katanya.

Dalam pada itu, Sakri turut menegaskan agar orang ramai mahupun pengguna laman sosial agar tidak terlalu menonjol dengan mendedahkan butiran peribadi bagi mengelakkan ia disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

STATISTIK KES MACAU SCAM DI SELANGOR

TAHUN                                           2016                               2017 (JAN-MAC)

JUMLAH KES                                   237                                         89

JUMLAH KERUGIAN (RM)      17,828,279.95                      2,917,027

Sumber : Sinar Harian

Rabu, 5 April 2017

Taktik penipuan menerusi talian telefon dikenal pasti

KUALA TERENGGANU - Polis Kemaman mengesan kegiatan penipuan menerusi talian telefon dengan taktik licik mengakibatkan tiga mangsa di sini kerugian sehingga RM180,000.

Ketua Polis Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata taktik penipuan tersebut menunjukkan peningkatan bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

"Mereka akan membuat panggilan secara rawak ke atas mangsa dengan memperkenalkan dari institusi perbankan dan memberikan pelbagai helah sebelum mengarahkan mangsa memindahkan wang.

Golongan ini sangat licik, suspek pakar dalam mengalihkan talian telefon dipercayai menggunakan 'Voice Over Internet Protocol (VoIP)' bagi menyakinkan mangsa panggilan yang dibuat itu menerusi talian bank," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini."

Menurutnya mangsa masing-masing menanggung kerugian sehingga RM12,000, RM28,000 dan RM140,000 hasil helah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Katanya penjenayah tidak mengira mangsa, pangkat dan peringkat umur dan bagi kes di Kemaman melibatkan mangsa yang bekerja dalam sektor swasta dan pesara bank.

Mohd Said berkata sepatutnya penipuan seumpama itu senang dikesan kerana pihak bank tidak akan meminta butiran peribadi menerusi panggilan telefon.

"Jangan mudah percaya dan sesekali memberikan butiran peribadi menerusi panggilan telefon dan  jika menerima panggilan yang meminta untuk memindahkan wang semak terlebih dahulu panggilan berkenaan," katanya.

Selain itu beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan pembelian dalam talian dan perlu berwaspada agar tidak menjadi mangsa dan tertipu. - Bernama