IKHLASlink Lady Secure Takaful Rider
Melindungi ketidaktentuan kehidupan. Dengan IKHLASlink Lady Secure
Takaful Rider, wanita diperkasakan dengan keupayaan untuk melindungi diri kerana mereka memainkan peranan yang cukup besar dalam masyarakat, sama ada dalam institusi kekeluargaan atau dalam dunia pekerjaan yang kompetitif. Pelan ini meringankan beban kewangan mereka khususnya untuk musibah penyakit berkaitan wanita.
Apakah perlindungan / faedah yang disediakan?
Penyakit-penyakit Khusus Wanita
Kanser Berkaitan Wanita
Jika Orang Yang Dilindungi sebelum tarikh Matang / Tamat dan sebelum mencapai umur lapan puluh satu (81) tahun hari jadi yang akan datang, pertama kali didiagnosis dengan mana-mana salah satu daripada Kanser Berkaitan Wanita yang dinyatakan di bawah, 100% daripada Amaun Perlindungan akan dibayar. Selepas itu, Sijil Takaful Tambahan ini akan ditamatkan.
1) Kanser Payu Dara
2) Kanser Serviks Uterus
3) Kanser Tiub Fallopio
4) Kanser Ovari
5) Kanser Uterus
6) Kanser Vagina / Vulva
7) Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
Penyakit Berkaitan Wanita
Jika Orang Yang Dilindungi sebelum Tarikh Matang / Tamat dan sebelum mencapai umur Iapan puluh satu (81) tahun hari jadi yang akan datang, pertama kali didiagnosis mana-mana satu Penyakit Berkaitan Wanita yang dinyatakan di bawah, tiga puluh peratus (30%) daripada Amaun Perlindungan akan dibayar secara pra-bayar. Baki Amaun Perlindungan akan dibayar sekiranya Orang Yang Dilindungi didiagnosis menghidapi mana-mana satu Kanser Berkaitan Wanita.
1) Karsinoma-in-situ Payu Dara atau Serviks Uterus
2) Artritis Reumatoid dengan Komplikasi
3) Pembedahan Rekonstruktif Payu Dara akibat Kemalangan
4) Pembedahan Rekonstruktif Muka akibat Kemalangan
5) Pemindahan Kulit akibat Kanser Kulit
6) Fraktur Osteoporotik
Manfaat-manfaat Kehamilan dan Bersalin
Jika Orang Yang Dilindungi sebelum Tarikh Matang / Tamat dan sebelum mencapai umur empat puluh enam (46) tahun pada hari jadi yang akan datang, pertama kali didiagnosis dengan mana-mana salah satu daripada peristiwa yang dinyatakan di bawah, 100% daripada Amaun Perlindungan di bawah Manfaat Kehamilan dan Bersalin akan dibayar. Selepas itu, manfaat ini akan ditamatkan. Amaun Perlindungan di bawah manfaat ini adalah 30% daripada Amaun Perlindungan di bawah IKHLASlink Lady Secure Takaful Rider, tertakluk kepada maksimum sebanyak RM45,000. Manfaat-manfaat ini akan dibayar secara tambahan kepada Amaun Perlindungan bagi IKHLASlink Lady Secure Takaful Rider.
Komplikasi Kehamilan:
1) Kematian Orang Yang Dilindungi dalam tempoh 42 hari selepas bersalin
2) Kematian Neonatal dalam tempoh 28 hari kelahiran
3) Lahir mati selepas 195 hari kehamilan
4) Penamatan kehamilan ektopik
5) Penyebaran Penggumpalan Intravaskular
Penyakit Kongenital Bayi:
1) Sindrom Down
2) Spina Bifida
3) Tetralogi Fallot
4) Transposisi Saluran Utama
5) Lelangit Rekah
Manfaat-manfaat Perubatan & Hospital
a) ICU/ HDU untuk Kelahiran Pramatang
Sebelum Sijil Takaful Tambahan Matang atau Tamat, 0.3% daripada Amaun Perlindungan akan dibayar sehari, sehingga maksimum 30 hari untuk ICU/HDU untuk kelahiran pramatang.
b) Bantuan Inkubasi Kelahiran Awal
Sebelum Sijil Takaful Tambahan Matang atau Tamat, 0.1% daripada Amaun Perlindungan akan dibayar sehari, sehingga 60 hari untuk bantuan inkubasi kelahiran awal.
ENROLL SEKARANG. KLIK SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan